Aku memandang satu bunga tips berwarna kuning yang terbentuk elok di taman itu
Aku mencangkung dan membelainya manja
Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah
"Myy"
Terdengar suara si manja memanggilku
Aku memandang ke arah punca suara tersebut
Aku tersenyum melihat seorang budak lelaki sekitar 3 tahun berlari ke arahku
Di tangannya ada sekuntum bunga tulip berwarna kuning
Sampai sahaja di sisiku, dia memberikan bunga itu kepadaku
"Tuk Myy tik" katanya
"Untuk Mummy ?" tanyaku
Aku ambil bunga itu daripada genggamannya
Laju sahaja dia mengangguk
Aku tersenyum kecil, kucupan lembut aku berikan ke pipi gebunya
"Terima kasih sayang Mummy" balasku
Serentak itu, ada seorang lelaki berbadan sasa dan berpakaian jaket tebal berwarna hitam berjenama Moncler muncul di belakangnya
Aku mendongak melihat jejaka itu
Aiden
"Happy Birthday My Sweetheart" katanya
Aku mengalih pandang ke tangan Aiden, dia sedang memegang sebungkus bunga tulip berwarna kuning di dalamnya
Aiden menghulurkan bunga tulip itu dan serentak itu aku bangun daripada cangkungan ku
Bungkusan bunga itu aku capai
"Ada 26 kuntum semuanya sempena 26 usia Sayang" balas Aiden
Aku rasa terlalu terharu dan gembira sangat
Aku memandang Aiden dengan penuh kasih sayang
Masya Allah, handsomenya Aiden
"Terima kasih Biy" kataku
Aiden tersenyum dan mengucup lembut dahiku
Ciuman itu turun ke hidung dan kedua-dua belah pipiku sebelum hinggap sekilas di bibirku
"Sama-sama Sayang" ucap nya tanpa serba salah
"Biy ni" kata ku manja
Aiden tergelak kecil
Aku membuang pandang ke arah budak lelaki yang bermain dengan rama-rama
Aku terjaga dari tidurku
Aku mengatur nafas yang kencang
Hari kedua aku bermimpi Aiden
Senyuman Aiden aku masih segar di dalam ingatan ku sehingga sekarang
Senyuman Aiden yang sangat manis dan ikhlas
Aku tidak pernah lihat Aiden senyum begitu sepanjang aku mengenali dirinya
Almaklumlah mukanya ketat sahaja memanjang
Serentak itu kedengaran azan subuh berkumandang, seperti semalam aku terjaga tepat pada subuh hari
Dejavu
Aku bangun daripada katil ku dan mula meregangkan otot yang terasa tegang
Setelah mengemas katil, aku capai tuala dan berlalu untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat subuh
YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...