Bab 27

5.6K 97 1
                                    

Aku meletakkan cawan teh'o panas di atas meja depan sebelum melabuhkan duduk di sofa

Hari ini hari Ahad, aku tidak membuat apa-apa kerja

Suraya pula keluar untuk makan tengahari bersama kawan-kawan pejabatnya kerana menyambut ulang tahun kelahiran Leader mereka

Aku membuka netflix di televisyen sambil mengunyah kerepek

Memandangkan pagi tadi aku sudah makan nasi goreng, jadi rasa kenyang nak makan sekarang

Aku memilih cerita Mask Girl

Viral cerita ni dekat Tik Tok

Untuk permulaan cerita aku rasa kesian dekat heroin cerita ini kerana dia seperti di tipu dan dipergunakan tetapi itulah dunia sekarang. Kecantikkan adalah segalanya.

Beberapa minit menonton aku rasa okey tetapi lama-kelamaan aku rasa semacam pula

Sampai di pertengahan cerita baru aku faham cerita ini berkaitan apa

Sampai sahaja di suku episode, hampir menjerit aku melihat adegannya.

Apabila aku tukar ke episode yang lain, pun sama juga !

Terus aku tutup cerita itu

Aku terasa bahang di mukaku

Cerita macam ni pun ada !

Aku teringin sangat nak tahu jalan ceritanya tetapi aku tak sanggup melihat adegan adegan itu

Masya Allah

Akhirnya aku tukar kepada cerita Goblin

Entah berapa kali aku tengok pun tak jemu melihat kelucuan cerita ini

Best sangat !

Sedang asyik aku melihat cerita ini, aku terdengar bunyi loceng dibunyikan

Selalu bunyi loceng ini abang JnT je

Aku berlalu ke tingkap dan mengintai keluar, terlihat dua orang gadis sedang menunggu di luar pagar

Siapakah ?

Aku berlalu ke dalam bilik dan mengambil cardigen serta menyarung selendang

Buka sahaja pintu, aku terus berlalu ke arah mereka

Daripada jauh lagi aku sudah tersenyum melihat mereka, mereka turut tersenyum melihat ku

"Ye ?" tanyaku

Kotlah mereka nak tanya jalan ke

"Cik Sabrina ke ?" tanya salah seorang daripada mereka

Aku mengangguk kecil

Macam mana dorang tahu nama aku ?

"Ini baju yang dikirim oleh Encik Aiden" kata Fiza

Berkerut seribu dahiku apabila dia menyerahkan paper bag berwarna putih ke arahku

Baju apa lah pula Aiden nak bagi aku ni !

Aku mengintai kecil isi di dalam paper bag

Eh

"Baju kurung ke ?" tanya ku

Kenapa Aiden memberi ku baju kurung ?

Dia mengangguk kecil

Aku lihat dia mengambil satu lagi paper beg berwarna putih di tangan dan menyerahkannya ke arahku

"Ini pula selendang yang Encik Aiden minta saya sampaikan" katanya

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now