Bab 7

9.4K 94 0
                                    

Percaya atau tidak, termasuk hari ini sudah 2 hari Ammar tidak menegur kami

Lebih tepatnya aku

Semalam dia masuk ke pejabatnya dengan muka ketat

Semasa lunch pula dia akan keluar lebih awal daripada biasa

Pelik

Ada sahaja Fiqah mengajaknya untuk lunch bersama tapi di tolak oleh Ammar

Apa lagi, luluh lah hati dia

Pagi tadi pun sama juga, dia masuk dengan muka yang ketat apatah menegur kami. Pada waktu tengahari pula, Ammar tidak mempelawa kami untuk lunch bersama-samanua

Aku terasa serba salah

Dia terasa dengan aku ke ?

"Hoi Rin.."

Tersentak aku apabila tanganku disiku lembut

"... Kau kenapa ? Makanlah" kata Suraya

Aku hanya mengangguk kecil

Qila dan Suraya kembali berborak bersilang tawa kecil. Aku dan Fiqah pula sebagai pendengar dan adakalanya menyampuk kecil juga. Maklumlah, mereka sebaya jadi memang satu kepalalah !

Sejak beberapa tempoh hari yang lepas, aku mengajak Suraya untuk makan bersama Qila dan Fiqah.

Memandangkan ketika itu Suraya teringin nasi padang dan Qila serta Fiqah bercadang untuk pergi ke kedai nasi padang berdekatan. Jadi mereka mengajak aku dan Suraya sekali, kami ke sana dengan menggunakan kereta Qila

Hari ini pula kami makan di satu kedai berlauk berdekatan pejabat

Sangat sedap nasi berlauknya !

Dahlah dekat pula tu, jimat masa

Aku sambung menyuap lauk ikan keli berlado bersama pucuk paku masak lemak

Sedap babe

Aku memandang sekeliling untuk sekian kalinya, memang ramai betul orang yang berkunjung ke sini. Nasib sahaja kami tiba lebih awal ke sini

Selesai sahaja makan, kami bergilir gilir untuk membersihkan tangan memandangkan kami makan menggunakan tangan

Sampai sahaja giliranku, aku bangun dari dudukku dan berlalu ke satu-satunya singki di kedai itu yang terletak di hujung kedai bersebelahan tandas

Aku berdiri di belakang seorang lelaki yang turut sama membersihkan tangannya

Haih tiba-tiba aku teringat Ammar

Rasa bersalah aku kembali menghirung

Mungkin ini salah aku, dia terasa aku perlakukan dia seperti itu

Haih

Sedang aku menunggu giliran, entah macam mana. Mungkin aku berdiri rapat sangat sehingga apabila lelaki tadi memusingkan badannya ke belakang, baju di bahagian perutnya tersentuh tanganku yang masih kotor

Mungkin salah aku kerana letakkan tangan di hadapan separa dengan dada

"Eh sorry sorry. Saya tak sengaja" ucapku

Macam mana aku nak bersihkan ni dengan tangan yang kotor

Ha gelabah

"Sokey sikit je" balas jejaka itu

"Sorry sangat saya tak sengaja" kataku berulang kali

Takut juga dengan kecuaian aku sendiri

Mataku naik memandang jejaka tinggi lampai di hadapanku ini

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now