Bab 16

6.4K 117 6
                                    

Aku menghidangkan lauk yang baru sahaja aku selesai masak sebentar tadi

Hari ini aku hanya masak simple sahaja, iaitu ayam masak merah dan sup sayur

Memandangkan aku dan Suraya tidak ke mana-mana hari ini, jadi kami merancang untuk beriadah di taman berdekatan rumah

Tapi sebelum tu haruslah tambah kalori dulu, nanti pengsan kang

Pagi tadi pula aku hanya bersarapan biskut kering dan air teh'o suam manakala Suraya pula bangun lambat. Jadi dia hanya tunggu untuk makan tengah hari sahaja

Aku memandang jam di dinding rumah

Pukul 1.30 petang

Serentak itu dengar azan berkumandang memecah kesunyian

Solat dululah baru makan

Selesai meletakkan makanan di atas meja, aku tutup dengan tudung saji

Aku ke ruang tamu memerhati Suraya

Dia sedang asyik menonton K drama nya di televisyen

Untung sahaja di rumah ini disediakan Smart TV jadi kami boleh menonton Netflix

"Su, makanan dah siap. Makanlah dulu" kataku

Hari ini giliran ku menyediakan makanan dan Suraya membersih, disebabkan itu dia tidak menolong. Kami juga telah bersetuju untuk melakukan sedemikian pada setiap hari minggu yang kami ada bersama

"Jomlah makan sekali" kata Suraya

"Aku nak solat dulu, kau makanlah" kata ku

"Tak ape, aku tunggu" balas Suraya

Aku hanya mengangguk

Aku berlalu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk dan kembali semula ke bilik ku untuk menunaikan solat

Selesai menunaikan solat fardhu zohor, aku membaca doa. Memohon segala rahmat Nya dan mengampuni segala dosa-dosa ku

Beberapa ketika berdoa, aku mengaminkan doa ku dan mula mengemas sejadah dan telekung. Serentak itu, phone ku di atas meja berbunyi

Dahiku berkerut

Unknown Number is calling....

Siapa pula yang call aku ni

Icon hijau aku gesek perlahan sebelum aku letak ke telinga

"Hello ?"

Senyap

Dahiku berkerut

"Hello ?" aku kuat kan sedikit suara ku

Kot lah tadi tu slow sangat ke

Masih Senyap

Ish sapa lah pula memain ni

Aku mematikan panggilan itu dan terus berlalu keluar daripada bilik

Perut pun dah berbunyi, marilah kita isi

Duduk sahaja di meja, aku mula mencedok nasi ke dalam pingganku

Kami mula menjamu selera sambil berbual kecil

"Ouh ye, aku nak tanya pendapat kau ni"

Aku memandang Suraya bersama mulut yang penuh

"Apa dia ?"

"Kau ingat tak pasal program syarikat aku yang berpeluang pergi Amsterdem dan belajar dengan syarikat sana selama 3 tahun"

Aku mengangguk

Ye, Suraya pernah memberitahuku tentang itu, beberapa minggu yang lepas

Untung sungguh syarikat Suraya berurusan dengan syarikat luar negara

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now