Aku memandang satu bunga tips berwarna kuning yang terbentuk elok di taman itu
Aku mencangkung dan membelainya manja
Cantik sungguh ciptaan mu Ya Allah
"Myy"
Terdengar suara si manja memanggilku
Aku memandang ke arah punca suara tersebut
Aku tersenyum melihat seorang budak lelaki sekitar 3 tahun berlari ke arahku
Di tangannya ada sekuntum bunga tulip berwarna kuning
Sampai sahaja di sisiku, dia memberikan bunga itu kepadaku
"Tuk Myy tik" katanya
"Untuk Mummy ?" tanyaku
Aku ambil bunga itu daripada genggamannya
Laju sahaja dia mengangguk
Aku tersenyum kecil, kucupan lembut aku berikan ke pipi gebunya
"Terima kasih sayang Mummy" balasku
Serentak itu, ada seorang lelaki berbadan sasa dan berpakaian jaket tebal berwarna hitam berjenama Moncler muncul di belakangnya
Aku mendongak melihat jejaka itu
Aiden ?
"Happy Birthday My Sweetheart" katanya
Aku mengalih pandang ke tangan Aiden, dia sedang memegang sebungkus bunga tulip berwarna kuning di dalamnya
Aiden menghulurkan bunga tulip itu dan serentak itu aku bangun daripada cangkungan ku
Bungkusan bunga itu aku capai
"Ada 26 kuntum semuanya sempena 26 usia Sayang" balas Aiden
Aku rasa terlalu terharu dan gembira sangat
Aku memandang Aiden dengan penuh kasih sayang
Masya Allah, handsomenya Aiden
"Terima kasih Biy" kataku
Aiden tersenyum dan mengucup lembut dahiku
Ciuman itu turun ke hidung dan kedua-dua belah pipiku sebelum hinggap sekilas di bibirku
"Sama-sama Sayang" ucap nya tanpa serba salah
Aiden tersenyum kecil
"Jangan pernah ragu dengan setiap perbuatan saya, saya ikhlas jadikan Sayang isteri saya yang sah" kata Aiden
Aku tersenyum manja melihat Aiden
Aku terjaga dari tidur ku
Kali ini, aku terus bangun dari perbaringanku dan terdiam seribu bahasa
Kata-kata Aiden seperti benar, seperti mengatakan kepadaku bahawa dia memang ikhlas berkahwin dengan ku
Termasuk hari ini sudah hari ketiga aku bermimpi Aiden
Adakah ini tanda dariNya menandakan pilihan ku tepat ?
Teringat semalam, aku ada solat istikarah untuk kali terakhir.
Aku berdoa bersungguh-sungguh agar jika apa yang aku mimpi untuk dua hari lepas adalah benar, maka jadikanlah malam ini mimpi yang sama agar aku yakin dengan petunjukNya
Dan Allah tunjukkan sekali lagi, Masya Allah
Besar sungguh kuasamu, serta merta petunjuk yang engkau beri
YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...