Bab 14

6.3K 104 0
                                    

Seperti biasa, setiba sahaja aku di hadapan pejabat, aku dan Suraya akan singgah di kedai Mak Zie

Aku membelek kuih miuh yang ada di kedai Mak Zie sementara Suraya memesan nasi lemaknya

"Kak nak kuih apa ?"

Aku mengangkat wajah memandang tuan suara itu, Warda sedang memandangku dengan wajah tersenyum

"Kuoj lapis bagi dua biji, kuih seri muka pun bagi dua biji lepastu karipap bagi satu biji" balasku

Warda mengangguk faham

Ini kali pertama aku melihat Warda secara dekat begini kerana selalunya dia hanya dibelakang membuat air atau pun dia tiada di kedai

"Hari ini tak ade class ke ?" tanyaku

"Minggu ni cuti pertengahan semester, minggu depan start balik" balas Warda

Aku mengangguk faham

"Jarang tengok Warda dekat kedai" balasku

Sekadar mahu berbasi

"Warda kerja partime dekat butik baju, sebab tu jarang tolong Mak dekat kedai" balasnya

Aku mengangguk faham

Rajinnya Warda ni kerja partime dengan keadaan yang masih belajar pula tu

Kehidupan di kota sangat sukar dan kebanyakkan orang akan membuat dua hingga tiga kerja sekaligus

Aku menyambut huluran kuih Warda dan aku membalas dengan duit ku

"Sekejap ye kak, saya bagi balance"

"Eh tak ape, saya ikhlas" kataku

Warda mengucap terima kasih dan tersenyum

Aku membalas senyumannya

Ketika itu, ada seorang lelaki yang datang berdiri di sebelah ku. Riak wajah Warda yang tadi nya manis dan comel terus berubah menjadi masam mencuka

Mungkin jejaka di sebelah ku ini seorang yang dia kenal, sebab itulah masam wajahnya

"Saya nak bungkus nasi lemak paru 3 lepastu nasi lemak kerang dua" kata jejaka itu

Itu sahaja yang aku dengar daripada mereka sebelum aku dan Suraya melintas jalan ke arah bangunan syarikat

"Elok-elok Rin, anything terus bagitahu aku" kata Suraya sebelum berjalan ke syarikatnya

Aku hanya mengangguk faham

Selepas pulang semalam, Suraya menyoal siasat ku untuk memberitahu apakah yang terjadi

Katanya Qila tidak memberitahunya apa-apa cuma dia dapat menghidu ada sesuatu yang tidak kena. Suraya memaksa ku bercerita kepadanya walaupun dia tidak tahu apa yang perlu diberitahu

Serentak itu, Suraya ternampak kesan melecur di tangan ku. Nak atau tidak, aku harus bercerita kepada Suraya kerana lambat laun dia akan tahu juga tapi aku memaksa Suraya berjanji agar tidak memberitahu sesiapa di kampung terutama Mak

Suraya hanya mengikut sahaja

Aku meletakkan access card di tempatnya dan menolak pintu utama

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu kedua aku bekerja di sini

Tak sangka dalam masa dua minggu ini sahaja aku telah dapat sesuatu dan hilang sesuatu

Haih

Ting

Aku melangkah masuk ke dalam lift, dan menekan tingkat 15

Tersentak aku apabila ada tangan yang menahan lift daripada tutup

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now