Bab 17

5.6K 115 4
                                    

"Awak tolong saya kemas bahagian belakang kerusi boleh ? Saya kemas bahagian depan ni"

Arahan itu datang daripada Ammar

Aku hanya mengangguk setuju

Aku meletakkan beg tanganku di atas meja Ammar sebelum melutut di bahagian belakang kerusi tempat duduknya. Aku mengemas file-file yang ada

Agak berselerak juga belakang ini tetapi tidaklah teruk sangat

Banyak juga file Ammar ni, nasib sahaja tidak berhabuk

"Maaf ye susahkan awak" kata Ammar

"Tak ape, lagipun awak kawan saya kan..."

Terhenti kata-kataku

Aku rasa serba salah sangat dengan Ammar

Aku mengalih pandang ke arah Ammar yang sedang berkemas di hadapan

"... Saya minta maaf kalau saya tak dapat jadi kawan yang baik macam dulu" kata ku

Yelah

Sepanjang dua minggu aku di sini, aku selalu mengindahkan Ammar kerana berasa tidak selesa. Sehingga aku lupa, dialah kawan baik aku waktu sekolah dahulu

"Tak adelah. Awak memang kawan baik saya Sabrina. Lagipun..."

"... Tak terlambat awak nak tebus rasa serba salah awak tu" kata Ammar

Dahiku berkerut

Apa maksud Ammar aku masih tak terlambat ?

"Maksud awak ?" tanyaku

Ammar tertawa

"Belanja saya makanlah" kata Ammar

Aku tertawa kecil

"Insya Allah" balasku

Aku ingatkan apalah tadi yang disebutkan olehnya

Tak pasal aku dah gelabah tapi tak jadi

Aku mula menyambung mengemas barang-barang Ammar di belakang meja nya ini

Tidak lah banyak pun barangnya, mungkin Ammar hanya memerlukan kawan untuk bersembang sahaja

Beberapa ketika mengemas, aku sudah siap membersihkan kawasan di belakang. Segala file-file milik Ammar aku letak di satu kotak manakala yang file-file milik pejabat aku asingkan di sebelahnya

Aku lihat Ammar bangun daripada membongkok

"Dah siap pun, awak dah siap ?" tanya Ammar

Aku mengangguk kecil

"Ini barang awak, ini barang office" balasku sambil menunjukkan satu kotak di atas meja ini

Ammar mengangguk faham

"Saya simpan kejap yang office punya, awak tolong kemas atas meja ni boleh ? Letak dalam kotak" kata Ammar

Aku hanya mengangguk sahaja

Ammar mula membawa file file berkaitan ke bilik file di hujung kanan office berdekatan dengan laluan ke pantry

Aku membelek jam pada tangan, pukul 8.30 malam

Adalah dalam setengah jam mengemas,

Cepat betul masa berlalu, mungkin disebabkan kemas berdua jadi tak terasa masa itu berlalu

Aku membuka phone milikku

Ada beberapa nombor yang sama menghubungi daripada tadi

Tetapi aku rasa ini nombor yang lain

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now