Bab 28

5.6K 116 1
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Sabrina Binti Amiruddin dengan mas kahwinnya RM300 tunai"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Tanganku angkat untuk bacaan doa yang di bacakan oleh imam masjid di sekitar perkarangan rumah ku.

Suasana masjid itu kelihatan lenggang selepas solat Asar tadi. Kelihatan beberapa orang masjid sahaja yang duduk mengelilingi lelaki yang baru sahaja sah menjadi suamiku

Siapa sangka yang aku akan mendirikan rumah tangga di dalam keadaan yang seperti ini, di waktu begini ketika tiada sesiapa di sisi ku serta bersama lelaki yang tidak pernah langsung terlintas dalam akal fikiran ku.

Apatah lagi aku dan dia seperti langit dan bumi, jauh pangkal dari hujung. Aku tahu itu

Tetapi lihatlah sekarang, aku sedang menadah tangan memanjat kesyukuran di atas lafaz ikatan yang hanya di lafaz sekali

Adakah aku buat keputusan yang tepat ?

"Kau baca doa tidur sekali ke tu ?" satu suara mengusik

Aku mengalihkan pandangan ke arah Suraya, kawan baikku.

Berkerut dahiku melihat dia yang sedang tersenyum mengusik tu

"Dah habis dah doanya Rin" Suraya menepuk lembut pehaku

Aku tersentak, cepat-cepat aku raupkan tangan tadi ke muka sebagai pengamin doa.

Pandangan ku angkat memandang hadapan, kelihatan suamiku sedang menunaikan solat sunatnya

Nampak tertib dan kemas solatnya

"Aku rasa kan boss kau ni macam betul-betul nak kahwin dengan kau lah" bisik Suraya di tepi telingaku

Aku mengalihkan pandangan kembali ke arah Suraya yang masih sibuk memandang ke arah suamiku yang sedang menanah tangan untuk berdoa

"Kenapa kau cakap macam tu ?" aku bertanya pelik

"Yelah, aku tengok dia tenang je masa ucap lafaz tadi. Sekali lafaz pula tu..."

"... Lepastu, tengok tu. Boleh solat sunat lagi. Aku rasa memang dia nak kahwin dengan kau lah Rin cuma mungkin.."

Belum sempat Suraya menghabiskan kata-katanya ada satu suara menyampuk

"Apa yang di bisikkannya tu" tegur satu suara garau

Tersentak aku

Cepat-cepat aku tundukkan kepalaku.

Terasa malu pula

"Assalammualaikum" suara garau itu berbicara

Mahu luruh jantung aku mendengar suara garaunya, bauan maskulinnya menerjah ke dalam rongga hidung ku membuatkan hati ku tidak berhenti berdegup kencang. Tangan dan dahi mula merenjis peluh kecil, kaki pula rasa cram bila duduk bersimpuh macam ni

Tersentak aku apabila terasa tolakkan lembut di tanganku

"Oi Rin, jawablah salam laki kau tu" bisik Suraya

"Haa.." aku tergadah

Gelabah punya pasal sampai lupa semua benda

Gugup

Takut

Aku menarik nafas perlahan cuba menyembunyikan detak jantung yang semakin laju ini

"Waa.. Waalaikum.. Mussalam" tergagap aku menjawab

Terdengar ketawa kecil dari orang di hadapan ku ini

Agaknya nampak sangat kot aku ni nervous.

Aku rasa muka aku dah biru dah

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now