Aku melangkah keluar daripada rumah dan terus berjalan kaki ke arah bus stop berhampiran rumah ku
Bukanlah hampir sangat pun, adalah dalam 10 minit berjalan
Dari jauh aku sudah melihat beberapa orang sudah menunggu untuk menaiki bas, agak ramai juga. Maknanya bas tidak melepasi bus stop ini lagi
Sampai sahaja di bus stop, aku lihat jam pada pergelangan tanganku
Sudah hampir pukul 6.45 pagi
Kalau di ikutkan, bas akan sampai bila-bila masa sahaja
Tepat sahaja aku mendongak, kelihatan bas sudah membelok ke arah tempat ku berada
Alhamdulillah
Permulaan yang baik untuk ku menghadapi hari ini
Sampai sahaja bas, aku dan beberapa orang lagi mula menaiki bas
Disebabkan aku antara yang terawal menaiki bas ketika itu, aku dapat duduk di tempat yang kosong diikuti dengan orang yang berada di belakang ku yang turut melabuhkan duduk disebelah ku
Nasib baik kami di antara bus stop yang awal dari tempat perhentian bas, jadi adalah juga tempat duduknya
Perjalanan kami mula berjalan seperti biasa, bas akan berhenti di setiap bus stop yang perlu.
Lebih kurang 20 minit perjalanan, bas berhenti di perhentian yang berhubung bersama LRT
Aku serta yang lain mula melangkah turun dan mengejar train LRT masing masing.
Aku menyentuh kad touch n go di mesin dan terus berlari anak ke arah escolator apabila mendengar bunyi LRT sudah menghampiri landasan
Aku bernasib baik kerana dapat melangkah masuk ke dalam LRT tempat pada masanya.
Terdapat banyak segombolan manusia di dalam LRT ketika itu. Almaklumlah, hari pertama hari bekerja. Mungkin ada yang sedang mengeluh dan juga sedang di buai mimpi tetapi aku, aku sudah bersedia dan sangat bersemangat untuk memulakan hari.
Selepas lebih kurang, 20 minit di dalam train. Aku turun di perhentian masjid jamek.
Aku berjalan laju ke arah pintu keluar
Aku membelek jam di pergelangan tangan ku, sudah pukul 7.30 pagi
Masih awal
Sempat ke aku nak sarapan ?
Kalau di ikutkan daripada email yang aku terima, untuk temuduga ini waktunya adalah pada pukul 8.30 pagi
Aku tiba sejam awal daripada yang di janjikan
Hehe
Tidak mengapa, janji aku sudah selamat sampai di sini
Aku berjalan terus ke bangunan syarikat Nadim Holdings Berhad yang akan menemudugaku
Nasib baik tidak jauh daripada LRT, hanya 5-7 minit berjalan sahaja
Itulah salah satu sebab aku memilih syarikat ini untuk menambah ilmu apatah lagi aku baru sahaja tamat Degree di dalam bidang HR.
Tempat internship ku tidak menerima pekerja baharu jadi aku tidak boleh menyambung kerja di sana. Nasib baiklah aku ternampak iklan syarikat ini di dalam salah satu platform mencari pekerjaan
Sampai sahaja di bangunan syarikat tersebut, mata ku terpandang sebuah gerai tepi jalan kecil yang ada di seberang jalan
Boleh juga aku bersarapan di sana apatah lagi aku ada banyak masa lagi ni

YOU ARE READING
[E-book] Sabrina
RomanceThird Story 🔞 Larangan 🔞 ************************ This story will become an E-Book, so those chapter is to promote my work If you dont like or support any hard work author so please dont read this or you will be hating it because the story will no...