Bab 26

5.4K 121 0
                                    

"Saya faham Abah, saya ikhlas dia adalah isteri yang dihadirkan untuk saya sebab tu saya berani melamar dia. Saya tak mampu ungkapkan dengan kata-kata sebab saya tak pandai sangat berbicara tapi saya yakin dan betul betul nak jadikan Sabrina isteri saya yang sah..."

".. Saya mungkin tak dapat jadi penganti Abah dalam hidup Sabrina tapi saya yakin dan janji akan jadi orang yang terbaik dalam hidup dia. Saya tak mampu kata apa-apa tapi saya akan buktikan dengan perbuatan, saya akan jaga Sabrina dan letakkan diri dia sebelum diri saya.."

Aku terharu mendengar kata-kata Aiden

Tutur bicaranya kedengaran ikhlas daripada hati

Ye Aiden tak pandai berkata tapi dia buktikan dengan tindakkannya

"... Disebabkan itu saya nak datang jumpa dengan Abah dan Mak secepat mungkin, saya tak nak dia dikebas orang. Lagipun saya tahu saya agak sedikit kurang ajar kerana datang tak bawa orang tua. Jadi kalau boleh saya nak bincang dulu dengan Mak dan Abah, macam mana yang okey..."

Aku terasa bagai di tenung, aku mengalihkan pandanganku ke arah Suraya

Suraya dan Farhan sedang memandangku dengan senyuman mengusik

Entah sejak bila Farhan masuk

Haih la dua beradik ni

"Rin, Kakak. Ikut Mak ke dapur. Sediakan makan tengahari" kata Mak

Aku mengangguk sahaja

Sempat aku memandang Aiden

Dia memandangku dengan senyuman tipisnya

Sampai sahaja di dapur, Mak menyuruh ku dan Suraya memotong bawang dan sayur

Kata Mak nak buat gulai ketam dan ikan bakar serta sayur bayam. Kebetulan pula Abah dan Farhan baru sahaja memancing ketam semalam

Aku dan Suraya mula menolong Mak menyiapkan barang basah dan kering sementara Mak pula hanya perlu memasak sahaja. Nasi pula aku masak dengan sukatan yang banyak seperti yang Mak minta

Nanti kalau anak dara dia yang masak, ada sahaja terkurang terlebih

Sambil membakar ikan di luar, Mak turut memasak gulai yang dikacau oleh ku. Apa sahaja yang Mak suruh tambah dan kurangkan, aku ikut rapi

Apabila mahu mengoreng sayur, Farhan masuk ke dapur

"Mak, Abah panggil" kata Farhan

Mak menyuruhku terus sahaja memasak sayur sementara Suraya pula membawa kicap untuk ikan bakar

Sehingga selesai aku memasak sayur, Mak tidak pulang ke belakang

Entah apa yang serius sangat dibincangkan di hadapan tu, takut pula aku

Aku dan Suraya mula menyediakan makanan dan diletakkan di meja makan kami yang berada di tengah rumah di antara dapur dan bilik tidur

Aku meninjau mereka yang berada di ruang tamu, nampak serius sangat rupanya, wajah Abah dan Aiden berbincang antara mereka sambil Dallen dan Mak mendengar

"Kenapa Rin ?"

Aku memandang Suraya sekilas sebelum mengangkat bahu

"Kenapa serius sangat dorang bincang tu"'tanyaku

Takut pula tengok Abah buat muka serius mendengar setiap butir kata Aiden dan sesekali Abah mencelah

"Bincang pasal kahwin, tak akan nak gelak pula" kata Suraya

Betul juga kan

Setelah selesai menyediakan meja makan, aku membuat air minuman

Aku membuat air sirap bandung ais sementara Suraya pula membuat air panas iaitu nescafe kegemarannya

[E-book] SabrinaWhere stories live. Discover now