DENDAM YANG TERINDAH 2

412 14 0
                                    

Nadia berlari keluar dari restaurant..tadi Aidan meminta diri dari Tan sri Ramdan dan Nadia pun meminta diri untuk mengejar Aidan..

"Ibu..abang..Nad pergi tandas jap..ibu dengan abang cari tempat duduk dulu yaa"

Aidan yang berdiri di depan tasik buatan di restaurant itu didekati Nadia..jujur Nadia masih belum boleh mencerna apa yang berlaku tadi..

"Mereka pembunuh arwah mama kamu.."

"Arghh!!!"Aidan menjerit sekuat hati mujurlah tiada orang disekitar itu..Nadia terkejut kerana Aidan menjerit dengan tiba-tiba...

"Awak?.."perlahan Nadia menyentuh bahu Aidan...

Aidan memejam mata apabila terdengar suara Nadia yang memanggilnya..Aidan menghembus nafas dengan berat sebelum menoleh ke belakang...

"Kau nak apa?"dingin suara Aidan..Nadia terkedu dengan nada suara Aidan yang berubah dan tiada panggilan 'sayang'...

"Abang..abang..kenapa ni?.."soal Nadia yang belum mencerna apa yang berlaku...tangan Nadia naik mahu menyentuh wajah Aidan namun Aidan pantas menghalang..

Aidan genggam dengan kuat tangan Nadia..dia menatap Nadia dengan tatapan yang tajam dan penuh dendam..

"Kau bodoh ke pura-pura bodoh?kau tak dengar ke apa yang papa aku cakap?!!!"terhenjut bahu Nadia dengan jerkahan Aidan didepa muka belum pernah Aidan jerkah dia sebegini...

"Sakit laa abang..."suara Nadia bergetar dia cuba merungkai genggaman Aidan ditangannya..

"Abang...."Nadia menatap lembut kearah mata Aidan..hati Nadia terasa sakit apabila dia melihat tiada lagi tatapan lembut yang penuh cinta kearah matanya melain tatapan kebencian dan dendam di mata Aidan..

"Abang..abang!stop panggil aku macam tu!!selama ni aku cari siapa pembunuh arwah mama aku!rupa-rupanya depan mata aku je!!"marah Aidan buatkan air mata Nadia jatuh...

"Saya tak faham laa Aidan..."

"Tak faham??!!"Aidan tersenyum sinis..kemudian Aidan dekatkan wajahnya ke sebelah Nadia..

"Keluarga kau keluarga pembunuh..pembunuh arwah mama aku!"penuh benci Aidan ucap perlahan ke telinga Nadia yang ditutupi tudung..

"Sayang minta maaf..tapi..tapi mungkin itu bukan cerita yang sebenarnya?mungkin ada kebenaran yang di sebaliknya?"ujar Nadia sambil air mata yang mengalir laju dan Aidan tersenyum sinis..

"Aku nampak depan mata aku laa Nadia!!!aku nampak arwah mama aku menangis meratap minta tolong!!aku nak tolong tak boleh!!dan puncanya datang dari Dato Loqman!"Nadia terkedu apabila terdengar nama arwah bapanya disebut Aidan dengan penuh benci..

Aidan melepaskan genggaman ditangan Nadia..kemudian Aidan menatap cincin perkahwinan dijari manisnya dengan amarah Aidan mencabut cincin itu dari jarinya..

Nadia melihat cincin Aidan yang dipegang hujung jari..Aidan dekatkan cincin itu ke mata Nadia...

"This ring?it means nothing to me..."setelah ungkapkan perkataan itu terus Aidan melontar cincin perkahwinan mereka ke dalam kolam buatan itu..

"Aidan....!"Nadia terkejut dia tak percaya Aidan sanggup membuang cincin mereka..sekelip mata saja Aidan terus membencinya..

"What??Nadia just go!!"

"Abang..."

"Perkahwinan kita hanya atas kertas!!"ujar Aidan dengan sinis..

"Aidan!"

"Go!!I said go!!go Nadia Qalisha!!"

Nadia tersenyum kecil lalu dia angguk perlahan beberapa kali...Nadia menyeka air mata di bawah mata..

"Okey..okey kalau itu awak nak..saya akan pergi!!awak jangan menyesal!"perlahan Nadia melangkah meninggalkan Aidan di tepi kolam..

Aidan memandang Nadia yang berjalan menjauhinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan..hilang susuk tubuh Nadia dimata..Aidan memandang ke dalam air kolam..

"Arghh!!!!kenapa semua ni berlaku!!"

Aidan tertunduk lemah..dia menangis sakit hatinya hanya Allah yang tahu..tatapan Nadia tadi melukakan hatinya begitu dengan kenyataan yang dia baru dengar tadi..

.......

Tan sri Ramdan memandang Aidan yang sedang memandu..raut wajah Aidan keruh saja dia sedar mungkin tadi Aidan jadi begini..

"Aidan..."

"Yaa papa?"balas Aidan masih fokus memandu tanpa menoleh kearah papanya..

"Kenapa seluar kamu basah?"soalnya hairan melihat seluar Aidan basah dari bawah hingga ke lutut..

"Ouhh nothing...tadi ada hal sikit sebab tu basah.."

Tan sri Ramdan ragu dengan jawapan Aidan namun dia tak mahu menyoal lagi..lagipun dia lihat Aidan seperti tiada mood saja...

"Aidan mulai esok kita mulakan misi kita..."

"Misi apa papa?"soal Aidan..

"Misi balas dendam kepada keluarga Dato Loqman...kita dalam persaingan syarikat peniagaan yang sama..jadi papa nak lepas ni kamu cuba rampas projek-projek yang mereka mahu terima atau tawarkan kepada rakan syarikat kita.."Tan sri Ramdan mahu jatuhkan syarikat keluarga itu..Dia tak mahu keluarga itu bahagia...

"Baik papa.."

Aidan perlahan angguk..dia perlu balas dendam!dia perlu lakukan apapun sampai dia puas kerana dia kehilangan mama dalam hidupnya kerana keluarga pembunuh itu...

........

Nadia termenung di halaman rumah agam milik keluarganya..fikirannya terarah ke Aidan dan perkara yang berlaku di restaurant tadi..air mata sudah kering puas dia menangis tadi...

"I love you sayang..sampai mati saya akan jaga cinta kita..."

Kata manis Aidan teriang di telinganya..hari ini tiada panggilan sayang dari Aidan..kenapa semuanya berubah dengan sekelip mata?

"Adik..."Firdaus datang mendekati adiknya..

Sebenarnya dari biliknya di tingkat atas di melihat Nadia yang jauh termenung di halam jadi dia turun untuk menemani Nadia..

"Abang..."Nadia tersenyum kecil melihat Firdaus yang duduk disebelahnya...

"Abang tengok adik macam ada masalah jee..dari balik tadi abang tengok adik diam..kenapa hmm?"soal Firdaus dia tak mahu melihat Nadia yang terus sedih dan ada masalah...

"Nothing...just adik terfikir pasal apa yang Tan Sri Ramdan cakap pasal keluarga kita..dia cakap keluarga kita pembunuh...abang boleh terima ke kita kena tuduh macam tu?"Firdaus menghela nafas memikirkan perkara itu..

"Actually abang dah pernah dengar perkara ni..abang dah pernah jumpa Tan Sri Ramdan waktu program charity..dia cakap benda yang sama..keluarga kita pembunuh...abang dah cuba tanya ibu tapi ibu taknak jawab..dia cakap hanya arwah bapa je tahu..tapi dia yakin keluarga kita bukan keluarga pembunuh"Dia sendiri pun pening dengan perkara ini dia cuba siasat namun ada saja yang menghalangnya dan bukti-bukti pun banyak yang terhapus...

Nadia kembali termenung selepas dengar apa yang dikata oleh Firdaus...Firdaus menatap wajah adiknya dia tahu ada perkara lain yang ganggu adiknya..

"Adik...macam mana suami adik?taknak bawa dia jumpa abang dengan ibu ke?"Nadia terkejut dia tak terfikir yang Firdaus akan menyoal itu..

Nadia terkedu apa yang perlu dia jawab sekarang..takkan dia nak cakap yang anak Tan Sri Ramdan tadi tu suaminya...oh tak boleh!

"Actually..dia tak ada kat Malaysia lagi..dia still dekat Finland..dia kerja sana jadi payah nak balik...dia cakap..dia cakap dia akan berhenti kerja untuk balik sini tapi tak tahu bila..."Nadia terpaksa menipu..

Nadia rasa bersalah namun itulah yang terbaik untuk sekarang ini..Firdaus angguk kepala setelah mendengarnya..Mereka pun terus berbual panjang hingga larut malam...

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now