Firdaus dan Nadia menuju ke ruang tamu rumah agam mereka..kata Kak Fi ada orang datang bertemu ibu mereka
"Dan Aidan..tolong lepaskan Nadia.."Datin Zaliha menoleh kearah Aidan..
Aidan terpaku dengan permintaan atau lebih kepada perintah dari Datin Zaliha..mulutnya kaku untuk berkata..
"Ibu?"
Kaki Nadia terkaku apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Datin Zaliha..Aidan turut menoleh kearah Nadia..
"Ibu kenapa ni?"Firdaus berjalan kearah ibunya meninggalkan Nadia yang terkaku di situ..
"Dorang datang nak minta maaf.."ujar Datin Zaliha..
"Ibu itu kan perkara yang baik?"Firdaus memeluk bahu ibunya..dia memandang Tan Sri Ramdan dan Aidan bersilih ganti..
"Lepas dorang buat macam-macam dekat kita?ingat senang ke nak maafkan?"tempelak Datin Zaliha..
"Ibu..Firdaus tahu ini semua terlalu berat untuk ibu.."
"Ehh jap Nad dah balik dan Aidan ada disini..so Aidan lepaskan Nadia.."ungkap Datin Zaliha buatkan semua disitu terkejut..
"Ibu??"Firdaus tak sangka ibunya akan bersikap begitu..
"Ibu..?"Nadia melangkah perlahan kearah ibunya..
"Saya taknak lepaskan Nadia.."ujar Aidan yang dari tadi hanya diam..
"Zaliha..ini masalah kita bukan masalah anak-anak.."Tan Sri Ramdan bersuara..
"Kau diam Ramdan!jangan nak mengajar aku!bukan masalah anak-anak?bukan ke kau suruh anak kau rampas LZ?dekati Nadia untuk balas dendam!"Marah Datin Zaliha..
"Ibu...cukup laa."Nadia memandang kearah Aidan lalu kearah ibunya dia dalam dilema..
"Nad..tolong dengar cakap ibu..berpisah dengan Aidan dan kamu akan bertemu lelaki yang lebih baik.."
"Ibu.."nada suara Firdaus sedikit terkejut..
"Ibu..Nad.."Nadia memegang kepala tiba-tiba saja dia rasa sakit dikepala..
"Nadia please..."rayu Datin Zaliha..
Nadia simpati dengan ibunya dan dia menoleh kearah Aidan..air matanya mula mengalir di pipi..dia merenung segenap wajah Aidan..
"Aidan..tolong...."
Aidan menggeleng kepala dia tahu apa yang ingin dikatakan isterinya..
"Aidan.."
Nadia memejamkan mata pandangan menjadi kabur sebelum dia rebah ke lantai..
"Nad!!"
"Adik"
"Sayang!"
Aidan segera mendapatkan Nadia yang sudah terbaring atas lantai..
"Nad..."
Datin Zaliha berlari dan duduk di sebelah Nadia yang sudah tak sedarkan diri..
"Nad..Nad bangun.."
"Sayang?sayang?"Aidan mengelus lembut pipi isterinya..
"Kita bawa dia ke hospital..!"saran Tan Sri Ramdan apabila Nadia tak sedarkan diri dan wajah kelihatan pucat..
Terus Aidan mendukung Nadia tanpa membuang masa..dia takut kehilangan Nadia..mereka yang berada disitu turut mengejar langkah Aidan..
....
Aidan dan yang lain gusar menunggu Nadia didepan bilik kecemasan..sudah setengah jam Nadia di dalam namun masih belum tahu keadaan Nadia..
"Sayang..jangan buat abang risau.."gumam Aidan bersandar ke dinding..
"Adik aku kuat..jangan risau.."Firdaus menepuk bahu Aidan beberapa kali..
Pintu bilik kecemasan dibuka..keluar seorang doktor perempuan muda yang manis..
"Waris puan Nadia?"panggil doktor muda itu..
"Saya ibu dia"Datin Zaliha pantas berdiri mendekati doktor..
"Saya suami dia.."namun Aidan lebih pantas mendekati doktor yang merawat Nadia..
"Alhamdulillah keadaan puan Nadia stabil..dia hanya tertekan dan penat sebab ada yang berkongsi badan dengannya.."ujar doktor dengan lembut sambil tersenyum..
"Maksud doktor?"Aidan bingung..
"Tahniah..isteri tuan hamil dua minggu..kandungan dia masih awal jadi jangan berikan dia sebarang tekanan jika tak mahu apa-apa berlaku pada ibu dan anak yang dikandung.."jelas doktor buatkan mereka semua terkejut..
"Nadia mengandung?"Datin Zaliha tergamam namun dia gembira..
"Isteri saya mengandung?alhamdulillah.."Aidan masih tak percaya yang dia bakal jadi seorang bapa..
Tan Sri Ramdan dan Firdaus mengucap syukur dengan khabar hadirkan insan baru dalam keluarga mereka..
"Terima kasih doktor.."ucap Firdaus berdiri disebelah Aidan..
"Sama-sama..puan Nadia perlu berehat di sini kerana tekanan darah dia agak rendah jadi lepas ni kami bawa ke wad biasa..jururawat akan maklumkan kepada keluarga.."ujar doktor sebelum dia meminta diri..
"Tahniah Aidan.."Firdaus menepuk bahu Aidan beberapa kali..
Aidan menitiskan air mata khabar indah itu mengembirakan hatinya yang sedang bergelora...
"Ibu..Firdaus tahu keadaan sekarang sukar untuk ibu terima tapi ibu untuk kebaikan dan kesihatan Nadia dengan anak di kandungan dia..Firdaus harap sangat ibu jangan paksa Nadia berpisah dengan Aidan..Nadia perlukan suami disisi begitu juga anak di kandungannya perlukan seorang bapa.."lembut tutur kata Firdaus dia tahu hati ibunya lembut namun akibat luka lama hati ibunya menjadi beku..
Aidan berjalan menuju kearah Datin Zaliha yang duduk atas kerusi..dia melutut didepan ibu mentuanya..
"Ibu..Aidan tahu sukar untuk ibu terima Aidan hadir dalam keluarga ibu...Aidan betul-betul minta maaf..tapi cinta Aidan untuk Nadia sangat dalam dan Aidan betul-betul cintakan dia..ketika Aidan tahu persengketaan antara keluarga kita..Aidan cuba jauhi Nadia dan cuba berdendam dengan dia tapi rasa cinta dan sayang Aidan terhadap Nadia lebih dari itu..Aidan akan tunggu sampai waktu ibu boleh terima Aidan tapi tolong jangan minta Aidan untuk berpisah dengan Nadia.."sebak suara Aidan duduk melutut didepan Datin Zaliha..
Air mata Datin Zaliha mengalir laju di pipi..dia dapat rasa ketulusan dan cinta Aidan terhadap Nadia..tangannya naik menyentuh bahu Aidan..
"Kamu tahu tak kenapa nama kamu hampir mirip dengan Nadia?"soal Datin Zaliha dan Aidan pantas geleng kepala..
"Dulu waktu ibu mengandung arwah mama kamu rajin melawat dan menemani ibu check up kalau arwah bapa sibuk..satu hari arwah mama kamu cadangkan nama untuk Nadia ketika dia masih dalam rahim ibu..Nadia Qalisha dia cadangkan sebab nama anak lelaki dia Aidan Qalish..Aidan dan Nadia kalau diterbalikkan tetap menjadi nama kamu dua..maafkan ibu sebab minta kamu lepaskan Nadia..tapi ibu minta masa untuk ibu terima semua ini.."lembut suara Datin Zaliha tiada lagi marah mahupun benci..
Tan Sri Ramdan dan Firdaus yang melihat pendamaian itu mengucap syukur..
"Terima kasih ibu.."Aidan mengambil tangan ibu mentuanya lalu disalam..
"Jaga anak dan cucu ibu dengan baik supaya ibu tak menyesal dengan pilihan ini.."bisik Datin Zaliha..
"Baik ibu..Aidan janji"Aidan tersenyum lebar memandang ibu mentuanya...
Alhamdulillah persengketaan bertahun ini sudah hampir menjumpai pendamaiannya..petang itu mereka itu menunggu Nadia di wad..
Tbc
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...