Sudah berpuluh minit berlalu dan berapa kali juga bola hampir masuk kedalam kawasan gol pasukan Nadia namun dia dapat halang...sukar juga untuk bermain kerana dia perlu mengendali kuda dalam masa yang sama perlu untuk memukul bola...
"Gol..!"
"Gol!!"
"Gol!!"
"Gol!!"
Skor untuk dua pasukan adalah dua sama..Aidan berada didepan Fatih...mereka sama-sama penyerang utama pasukan..
Bola dipukul ke kawasan pasukan Aidan..lama mereka bermain disitu..seorang demi seorang memukul bola..
Kini bola sampai ke kayu Nadia namun ada Aidan yang mahu merampas dan dengan sekuat hati Nadia memukul ke arah kawasan pasukan Aidan...
Bola dapat diambil oleh Luna dan dipukul kearah Firdaus..Nadia dan Aidan sama-sama tercenggang melihat bola itu dan entah dimana silapnya kuda Nadia bergerak tanpa dia sedia...
"Arghhh...!"sekelip mata Nadia terbaring atas tanah...
"Gol!!!"
Terdengar sorakkan dari pasukan LZ group menandakan mereka menambahkan gol sebelum perlawanan tamat..
"Yess!goodjob!!"Firdaus menepuk tangan dengan Fatih kemudian dia terdengar Luan menjerit...
"Nad jatuh..!"
Firdaus menoleh kearah adiknya yang sudah terbaring atas padang...ada Aidan yang diatas kuda sedang melihat Nadia...
"Adik!!"Firdaus melompat turut dari kuda dia berlari ke arah Nadia..
Nadia mengaduh sakit dilutut dan sikunya..Aidan melihat Nadia terbaring itu serba tak kena...
Perlu ke dia tolong Nadia?ada papanya disini Aidan berdolak dalih..Nadia mendongak melihat Aidan yang masih diatas kuda..
Disudut hatinya dia mengharap Aidan turun membantunya berdiri namun tidak..Aidan hanya memerhatinya dengan pandangan yang dingin...
"Nadia..awak okey..?"seorang jejaka menghulurkan tangannya..Nadia menoleh kearah jejaka itu..
"Noah?"Nadia tak sangka Noah akan menghulurkan tangan untuk membantunya..
Aidan mula rasa marah apabila melihat ada lelaki lain ingin menolong Nadia..
Dan Aidan pun dari atas kuda menghulurkan tangannya kearah Nadia..Nadia terkedu dengan tindakan Aidan..Nadia ragu untuk menyambut huluran itu..
"Adik...."Firdaus terus mendapatkan Nadia..dia melihat dua jejaka menghulurkan tangan mereka kearah Nadia..
Dengan pantas Firdaus menolong Nadia berdiri namun Nadia teriak sakit dibuku lali..
"Adik okay?"Firdaus memeluk bahu Nadia..Luna dan Fatih berdiri dibelakang Firdaus...
"Macam mana Nad boleh jatuh?korang buat apa dekat dia?tak puas hati sebab korang kalah ke?"serbu Luna memandang tajam kearah Aidan dan Noah...
Aidan tersenyum sinis dia ketawa kecil..dia memandang mereka bersilih ganti...
"Dia jatuh sendiri mana aku tahu..kalau aku nak buat something dekat dia..dah lama aku buat sebab aku mampu...kan Nadia?"sinis sekali bicara Aidan memandang tajam kearah Nadia...
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...