Pagi-pagi lagi Nadia bangun kerana dikejutkan dengan panggilan telefon dari Firdaus..suara Firdaus serius ketika menelefonnya pagi tadi membuatkan hatinya gusar..
Kini dia tiba di depan pintu masuk rumah agam keluarganya dihantar pulang oleh Aidan..
Dua malam tadi dia bermalam di rumah bersama Aidan..dia memberitahu ibunya yang dia bermalam dirumah kawan selama dua hari itu..
"Assalamualaikum..."
Nadia mencari ibu dan abangnya..sunyi saja rumah mereka pagi ini..
"Abang Fir?"
Nadia mendaki anak tangga ke tingkat atas..sampai ditingkat atas Nadia melihat Firdaus dan ibunya sudah berada di ruang tamu peribadi mereka di tingkat atas..
"Ibu?abang Fir?"
Tiada senyuman diwajah mereka berdua buatkan Nadia kehairanan..
"Why?kenapa pandang Nad macam tu?"soal Nadia gugup pula dia apabila di pandang tajam oleh ibu dan abangnya..
"Cuba Nad terangkan dekat ibu apa semua ni?"Datin Zaliha melempar satu sampul surat dan beberapa keping gambar..
Nadia terkejut melihat tindakan ibunya..matanya jatuh ke bawah melihat sampul surat dan kepingan gambar..
Hari itu dia dah dilempar gambar harini pun sama lagi..Nadia tunduk mengutip gambar itu dan matanya terpaku melihat dirinya bersama Aidan ketika di Finland dan juga sampul surat yang berisi sijil perkahwinan..
"Ibu....Nad..."
"Apa semua ni Nad?huhh?sanggup Nad buat macam ni dekat ibu.."ujar Datin Zaliha duduk disebelah Firdaus yang cuba menenangkan hatinya ibu mereka..
"Ibu..."
Nadia meluru kearah Datin Zaliha dia melutut didepan ibunya..
"Ibu..Nad minta maaf ibu..Nad tak tahu...ibu..."Nadia cuba meraih tangan ibunya namun pantas Datin Zaliha menarik tangannya..
"Ibu...maafkan Nad.."air mata Nadia mula mengalir dipipi..
Datin Zaliha menyeka air mata di pipi..dia tak sangka selama ini Aidan adalah menantunya..anak musuhnya adalah menantunya..
"Ibu..."Datin Zaliha memalingkan muka dari memandang Nadia..
"Ibu...."melihat ibunya diam Nadia bergerak kearah Firdaus..dia melutut didepan Firdaus..
"Abang..abang Fir maafkan Nad..Nad betul tak tahu masa tu abang..."sebak Nadia meminta maaf dari keduanya..
Firdaus memandang adiknya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan..dia kecewa dengan Nadia dalam masa yang sama dia juga kesiankan Nadia..
"Abang...."Nadia mengenggam tangan Firdaus dengan erat..
"Sanggup Nad bernikah dengan anak kepada musuh yang tuduh arwah bapa kamu pembunuh!!"marah Datin Zaliha..
"Ibu..ibu masa tu Nad betul-betul tak tahu ibu..demi Allah ibu masa dekat Finland Nad tak tahu dia anak kepada orang yang tuduh arwah bapa pembunuh..."
Nadia mendekati kembali ibunya tetap seperti tadi dia masih melutut..
"Ibu...maafkan Nad..masa dekat restaurant malam tu baru Nad tahu dorang musuh kita ibu..."
Datin Zaliha menoleh kearah Nadia dengan tatapan yang penuh kecewa..
"Nadia..dorang tuduh macam-macam dekat arwah bapa kamu..even bapa kamu cuba buktikan dia tak salah..tapi dorang hentam arwah bapa kamu..bila kami nak siasat semula kes tu dorang tutup kes katanya nak hormati arwah Puan Sri Faridah..arwah bapa kamu tanggung semua susah payah sebab tuduhan dorang tu..ibu tengok dengan mata kepala sendiri betapa strugglenya arwah bapa nak selamatkan LZ group...sampaikan dia jatuh sakit dan meninggalkan kita semua..after that LZ dibangunkan semula oleh abang kamu tapi dorang juga rampas LZ..jadi apa yang Nadia nak explain dekat ibu kalau dorang ada ikatan dengan kita?huhh?tell me Nadia Qalisha.."bahu Nadia dipegang ibunya lalu di di goncang badannya...
Nadia menangis dengan kuat mendengar cerita penderitaan arwah bapanya akibat kes kebakaran itu..
"Ibu..."Firdaus menarik ibunya dari terus mengoncang badan Nadia..dia tahu semuanya dalam derita..
"Ibu maafkan Nadia..."
"Ibu nak tidur..jangan nak ganggu ibu.."Datin Zaliha berdiri berjalan meninggalkan kedua anaknya..
"Ibu.."sempat Nadia memegang tangan ibunya sebelum ditarik kembali tangan ibunya..
Nadia memandang ibunya yang ingin melangkah dengan penuh rasa kecewa akan dirinya..
"Ibu nak Nadia buat apa supaya ibu maafkan Nadia?"soal Nadia perlahan buatkan ibunya berhenti melangkah..
"Berpisah dengan Aidan dengan segera.."jawab ibunya sebelum melangkah kembali..
Nadia terpaku dengan jawapan ibunya..dia duduk lemah diatas lantai..beberapa minit kemudian Firdaus pula meninggalkannya..
"Abang Fir..."
"Abang perlukan masa jap untuk terima kenyataan yang musuh abang sekarang adalah adik ipar abang.."ujar Firdaus lalu melangkah pergi..
Nadia menangis seorang diri..dia baru berbaik dengan Aidan namun sekarang dia ada masalah dengan keluarganya..
....
Nadia termenung di balkoni rumah agam keluarganya..jiwanya tak tenteram apabila dia dan ibu berselisih faham..
Telefon digenggam erat dari tadi Aidan tak berhenti menelefonnya namun sekali pun dia tak jawab..
Firdaus mendekati Nadia yang dia lihat dari tadi termenung jauh..
"Adik..."
Nadia menoleh apabila dirinya dipanggil Firdaus..
"Abang..."
Firdaus duduk diatas bangku kerana kakinya baru pulih jadi tak kuat untuk berdiri lama..
"Abang maafkan Nadia.."
Nadia meluru kearah Firdaus dan duduk disebelah abangnya..
"Abang..maafkan Nad tapi Nad tak tipu..masa di Finland Nad tak tahu pasal keluarga kita dan keluarga Aidan.."Nadia menangis lagi dia dilema apabila terjadi masalah begini..walaupun dia tahu lambat laun keluarganya akan tahu penikahan dengan Aidan..
"Adik..jujur kali pertama abang tengok gambar dan sijil pernikahan tu abang kecewa dengan Nadia..tapi bila abang fikir yang adik mungkin tak tahu semua ni dan mungkin adik juga dalam dilema abang jadi berbelah bahagi Nadia..apa yang keluarga Aidan buat dekat keluarga kita terlalu kejam..dorang penuh dendam dengan kita dan abang takut Aidan kecewakan adik.."lembut saja tutur kata Firdaus dia tahu hati Nadia sekarang bergelora..
"Abang sebenarnya kami berdua baru berbaik..dari sejak kita jumpa dorang di restaurant malam tu kami sering bergaduh dan tak bertemu berduaan..baru ni je kami berbaik sebab Aidan cakap dia nak buka balik kes tu sebab ada beberapa bukti yang menunjukkan arwah bapa memang tak bersalah dan ada suspek lain.."
"Tapi ibu dah terlebih dahulu kecewa dengan keluarga Aidan..sampaikan dia nak adik berpisah dengan Aidan..hanya ibu yang ada disisi arwah bapa ketika waktu tu jadi kita tak boleh paksa ibu terima saja Aidan..."Firdaus sedar ada dua hati wanita yang perlu dijaga..
Dia tak mahu melukakan atau kecewakan salah seorang dari mereka apalagi ibunya..Nadia mendengar kata-kata Firdaus sambil merebahkan kepala diatas bahu Firdaus..
"Tak mudah untuk ibu maafkan dorang..Abang tahu tak mudah juga untuk adik nak berpisah dengan Aidan..kecewa bagi hati abang biarlah abang rasakan sendiri..jadi fikirkan apa yang terbaik untuk semua.."ujar Firdaus lalu menoleh kearah Nadia namun terlihat Nadia sudah tertidur di bahunya..
Firdaus tersenyum kecil melihat adiknya tertidur diatas bahu..tak mahu mengganggu tidur Nadia jadi dia diamkan saja meminjamkan bahu untuk adiknya..
Tbc
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...