DENDAM YANG TERINDAH 34

338 12 0
                                    

Dia tak mahu melukakan atau kecewakan salah seorang dari mereka apalagi ibunya..Nadia mendengar kata-kata Firdaus sambil merebahkan kepala diatas bahu Firdaus..

"Tak mudah untuk ibu maafkan dorang..Abang tahu tak mudah juga untuk adik nak berpisah dengan Aidan..kecewa bagi hati abang biarlah abang rasakan sendiri..jadi fikirkan apa yang terbaik untuk semua.."ujar Firdaus lalu menoleh kearah Nadia namun terlihat Nadia tertidur di bahunya..

Firdaus tersenyum kecil melihat adiknya tertidur diatas bahu..tak mahu mengganggu tidur Nadia jadi dia diamkan saja meminjamkan bahu untuk adiknya..

Tiba-tiba telefon Nadia bergetar..tiada deringan telefon mungkin kerana Nadia diamkan dering telefonnya..

Firdaus mengambil telefon yang diletakkan di sisi Nadia..terlihat tertera nama Aidan di skrin telefon tak menunggu lama Firdaus pun menjawab panggilan itu..

"Hello sayang?Ya Allah sayang kenapa tak jawab call dari tadi?abang risau tahu tak?"suara Aidan kedengaran.

"Hello?"Firduas bersuara.

"Ni siapa?bukan ni telefon Nadia ke?"Aidan kembali melihat skrin telefon jika dia salah nombor..

"Yee telefon dia tapi sekarang dia tengah tidur.."ujar Firdaus..

"Tidur?kau siapa ni?kenapa telefon Nadia ada dekat kau?"suara Aidan mula meninggi..siapa pula yang pegang telefon isterinya..

"Aku abang dia..rasanya aku tak perlu kenalkan diri kut..kau tahu aku siapa kan?"balas Firdaus buatkan Aidan terpegun kejap..

"Firdaus..aku.."Aidan kelu sekejap untuk jelaskan..

"Aku pernah bagitahu kau jangan dekati Nadia kalau taknak ada masalah dengan aku..but sebaliknya berlaku hmm?"pintas Firdaus tanpa menunggu Aidan hampirkan ayatnya..

"Firdaus..aku sebenarnya..."Aidan mengaru kepala yang tak gatal..

"Sebenarnya apa?sebenarnya kau suami Nadia?kau adik ipar aku?macam tu?"bidas Firdaus dan Aidan terkejut..

"Aku..aku tak tahu nak explain macam mana tapi masa tu kami di Finland.."Aidan bicarakan yang sebenarnya..

"Yes I know..Nadia dah ceritakan but kau tahu tak apa yang keluarga kau buat dekat keluarga aku tak boleh diterima.."ujar Firdaus menduga Aidan..

"Fird..."

"Ibu aku terseksa tau waktu tu..and now dia perlu terima kenyataan yang anak musuh dia adalah menantu dia?"dia masih ingat wajah keruh ibunya tadi..

"Aku pun tak tahu akan jadi macam ni..masa di Finland kami tak tahu.."ungkap Aidan dia cuba jelaskan kepada Firdaus..

"Aku taknak salahkan sesiapa sekarang..sebab apa yang berlaku adalah takdirNYA..aku sebagai wali dia yang izinkan pernikahan korang..ibu aku dan Nadia sama-sama terluka sekarang jadi aku nasihatkan kau supaya buat masa sekarang jangan jumpa Nadia lagi.."ujar Firdaus lebih kepada arahan..

"Tapi Nadia..."Aidan tak mahu mengalah begitu saja..

"Dan!dan Nadia takkan jadi P.A kau lagi and aku akan masuk LZ mulai minggu depan..jadi kau tahukan apa yang kau perlu buat?"putus Firdaus yang sebelum ini keputusan adalah disebaliknya tapi kerana keadaan sudah jadi begini dia perlu bertindak..

"Nadia nak berhenti ke?"soal Aidan..

"Nadia akan berhenti kalau aku suruh berhenti jadi kau buat tugas kau.."

"Firdaus aku tahu kita musuh but aku betul-betul cintakan Nadia..aku ikhlas dengan dia Firdaus.."Aidan jujur soal hatinya..

"Kalau betul kau cintakan adik aku jadi berikan kami masa untuk selesaikan masalah antara kami..dan kau jangan sesekali sakiti adik aku..kalau tak siap kau"ujar sekali dengan ugutan dari Firdaus..

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now