Nadia terjaga dari tidur dia mengeliatkan badan..nyaman pula dia tidur malam ni..
Dia menoleh ke kiri dia terkejut melihat Aidan yang tidur di sofa disebelahnya..
"Mesti aku tertidur ni.."Nadia mengosok mata sebelum dia melihat jam di dinding..
0630 pagi maknanya sudah waktu subuh..Nadia memandang Aidan risau pula di Aidan terlepas waktu subuh...
Dia menyentuh hujung hidung Aidan yang mancung..tak dinafikan yang suaminya ini kacak dan wajahnya kelihatan wajah yang sombong..itulah yang menarik hatinya untuk mengenali Aidan selain sikap Aidan di Finland sangat mencairkan hatinya namun semua itu berubah..
"Aidan?"panggil Nadia menyentuh bahu Aidan..
"Aidan?wake up.."Nadia mengubah duduknya dia duduk semakin dekat dengan Aidan..
Nadia merenung segenap wajah Aidan yang terlihat lembut saja tidak seperti ketika dia sedar..
"Aidan..bangun laa nak lewat solat subuh.."
Aidan perlahan membuka mata setelah merasakan tidurnya diganggu..
"Nadia?"Aidan terus bangun pembaringan..
"Dah pukul 6 setengah lebih ni..nanti terlepas subuh pula.."ujar Nadia lembut saja suaranya tiada sinis mahupun perlian..
Mata Aidan terus melihat jam..betullah kata Nadia waktu subuh semakin suntuk..
"Okey..saya masuk bilik dulu..awak nanti pergi laa mandi lepas mandi kita solat subuh berjemaah..."Aidan berjalan menuju ke anak tangga..Nadia menoleh kearah Aidan..
"Saya tak boleh solat..."Nadia mengaru kepala segan pula ambil berkata begitu..
"Ouhh..kalau macam tu pergi mandi lagipun ini rumah awak juga jadi tahukan dekat mana bilik air,dekat mana bilik wardrobe dan dekat mana bilik kita..pakaian awak tu masih ada dalam bilik kita tu.."ujar Aidan lalu dia memanjat anak tangan..
Nadia diam saja apabila terdengar Aidan menyebut 'bilik kita' dia menekup muka..argg kenapa dia nak segan?
......
Nadia termenung di pantry LZ lama dah dia tak melepak disini..dia selalu saja duduk di dalam pejabat Aidan..
"Nadia?"seseorang menegurnya yang sedang menikmati kopi panas..
"Noah?
Nadia memandang Noah yang berjalan mendekatinya..Noah menarik kerusi didepan Nadia lalu dia duduk..
"Awak buat sini?jumpa Aidan ke?tapi Aidan tak ada.."Nadia pelik jarang laa kalau Noah nak datang LZ..Noah tersenyum mendengar soalan Nadia..
"Yupp cari Aidan..takkan nak cari Nadia kang saya kena kejar dengan suami Nadia.."ujar Noah bersahaja..
Tup!
Nadia tercengang..suami?macam mana Noah tahu?..
"Su..suami?awak tahu?"soal Nadia dan Noah angguk..
"Ermm saya tahu..Fir yang beritahu saya dengan Fatih before Nadia pergi Laguna tu.."Noah bangun menuju ke almari..ada beberapa variasi kopi dan seangkatan dengannya..
"Saya bancuh kopi satu cawan ehh.."Noah meminta izin..
"Ermm bancuh laa.."balas Nadia masih memikirkan perkara tadi...Noah pun mencapai satu cawan kaca kemudian dia membancuh kopi panas..
"Abang Fir kata apa lagi?"soal Nadia perlahan risau pula pekerja lain dengar..
"Dia cakap Nadia berkahwin dekat Finland masa sambung master..dia wakilkan wali hakim untuk Nadia...lepas tu dia cakap suami Nadia masih di Finland dan sampai sekarang dia tak kenal dan tak jumpa pun suami Nadia.."Noah membawa cawan yang dia bancuh kopi tadi lalu kembali duduk..
Nadia diam sambil mengacau air didalam cawan dengan sudu kecil..
"Saya dengan Fatih bahagia untuk Nadia..tak sangka pula ehh princess kami dah kahwin..kalau suami Nadia kecewakan Nadia hmmm siap laa dia kena hadap kami bertiga..kami kan abang kesayangan Nadia.."seloroh Noah lalu menghirup kopi..Nadia ketawa mendengar seloroh Noah..
"Rasanya Nadia dah boleh panggil saya Abang Noah kut..mana aci dekat Fatih panggil abang..hahahaha.."Noah ketawa di hujung ayatnya..
"Hmmm yelahh abang Noah.."ujar Nadia dan terdengar ketawa dari Noah..
"Nadia nak tahu tak yang sekarang ni si Fatih tengah dekati seorang doktor pelatih ni.."ujar Noah mengangkat sebelah kening...
"Serius laaa abang..."Nadia teruja mendengar itu..Fatih jatuh cinta?wahhh!!
"Yupp..doktor tu baru dua bulan masuk King hospital..."
"Okey laa tu umur abang Fatih pun dah sesuai untuk kahwin...hmm abang Noah bila lagi?abang Fir pun dah ada kak Luna.."usik Nadia melihat Noah yang sedang menikmati kopi panasnya..
"Abang?hmm lambat lagi kut..tak jumpa lagi yang sesuai..tak apa bagi korang semua lepas dulu..."balas Noah dan Nadia angguk faham...
"Yeke tengok-tengok dia yang naik pelamin dulu.."ujar Nadia...
"Ehh mana ada...ermm Fir macam mana?dah semakin sihat?"soal Noah ingin tahu tentang Firdaus yang sudah keluar dari hospital..
"Abang Fir?alhamdullilah dia okey jee cuma itu laa kaki dia masih tak boleh berdiri tanpa tongkat..ada orang yang kami upah untuk ajar dia berjalan and berdiri buat latihan kaki..."
"Alhamdulillah...Firdaus tu sayang sangat dekat Nadia...ingat tak time kami bertiga ikut Nadia senyap-senyap masa Nadia keluar dengan kawan waktu sekolah menengah..."Noah tiba-tiba teringat kenangan dulu..
"Haa ingat!abang Fir tu memang risau sangat kalau Nadia keluar dengan kawan...sejak itu laaa korang panggil Nadia princess..."Nadia masih ingat lagi dia marah dekat Firdaus kerana mengikutnya dalam diam..
"Yelah Nadia princess kami bertiga.."
Noah dan Nadia ketawa riang di pantry tanpa sedar Aidan berdiri di pintu masuk pantry..
"Rancak betul berbual..ada apa?"tegur Aidan berjalan masuk ke dalam pantry menghentikan ketawa mereka berdua..
"Aidan..aku nak jumpa kau tadi tapi Susan cakap kau keluar dan aku terjumpa Nadia dekat pantry.."balas Noah..
Nadia diam dia menunduk merenung air kopi panas yang masih tersisa setengah cawan..
"Ouhh aku pergi RUBY jap tadi ada hal nak kena urus.."Aidan melirik Nadia dengan hujung mata..
"I see..hmm kau free tak aku ada hal nak bincang dengan kau.."soal Noah..
"Ermm free je..jom masuk pejabat aku..Nadia come.."ujar Aidan lalu melangkah keluar dari pantry..
Noah mengikut langkah Aidan sambil membawa cawan kopinya yang masih hangat..dia menoleh kebelakang melihat Nadia masih ditempat duduk..
"Princess?"panggil Noah..
"Ermm?"Nadia angkat muka melihat Noah..
"Let's go.."
Nadia pun bangun dia turut membawa cawan kopinya..dia berjalan dibelakang Aidan dan Noah..
Dari lirikan Aidan tadi dia tahu lelaki itu menatapnya dengan tajam..lirikan penuh rasa dingin dan cemburu..
Dia masih ingat Aidan tak mahu dia dekat dengan Noah dan Fatih tapi itu hak dia laa nak dekat dengan sesiapa lagipun dia dan Aidan pun bukan macam suami isteri yang lain..
Tbc
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...