DENDAM YANG TERINDAH 29

315 11 0
                                    

Nadia berjalan di sekitar mall yang dia sudah lama dia tak jejak dan shopping jadi harini dia ingin lakukan itu..

Pagi tadi dia menemani Firdaus untuk check up dan alhamdulillah kaki abangnya semakin sembuh dah berjalan beberapa waktu tanpa tongkat..

Tapi apa yang buatkan dia rasa sedikit lemah apabila Firdaus tak mahu kembali ke LZ jika dia sudah sembuh..dia memilih untuk bekerja di hotel ibu mereka..

Kata Firdaus dia tak mahu bekerja bersama anak musuh keluarga mereka yang lain tak bukan adalah Aidan..tapi Nadia tahu jauh di sudut hati Firdaus abangnya itu sangat ingin kembali ke LZ namun setelah LZ terlepas dari tangan Firdaus buatkan abangnya itu lemah dan berputus asa..

Nadia melangkah ke dalam kedai pakaian Uniqlo..beberapa blouse yang cantik itu menarik minat Nadia untuk membeli..sempat juga dia melihat beberapa skirt dan seluar..

Dan hasil menyelam disitu Nadia melangkah keluar dengan dua beg di tangannya..

"Cik Nadia?"

Seseorang menegurnya dari belakang dan Nadia pun berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang..

Pemuda itu tersenyum manis ke arahnya..Nadia terkejut melihat orang yang menegurnya..

"Encik Zafir?"

Zafir angkat kening setelah Nadia menyebut namanya..

"Yes i am..panggil jee Zafir tak perlu encik lagipun kita di luar bukan di tempat kerja kan?"Zafir memandang tepat kearah Nadia gadis cantik yang berada didepannya ini menarik minatnya..

"Ermm okay.."Nadia rasa tak berapa selesa apabila berdepan dengan Zafir..

Kerana pandangan lelaki itu terhadapnya terasa tajam dan menikam mata..

"Sorang je ke?mana partner?"soal Zafir..

"Saya sorang je.."balas Nadia mahu tak mahu je..jujur dia rasa tak selesa sekarang ini..sudah la si Zafir ini musuh business Aidan..

Beberapa kali Nadia meminta diri namun dihalang Zafir tanpa Nadia sedar ada orang yang diam-diam mengambil gambar mereka berdua..

....

Nadia berjalan menuju ke pejabat Aidan..harini dia masuk kerja tengahari kerana dia ada hal keluarga di waktu pagi tadi..

Dan Nadia perasaan beberapa orang pekerja yang di lewati memandang kearah dengan lirikan dan mereka berbisik sesama sendiri..

Rasa pelik hadir dihati namun Nadia menepis dengan pantas..terus dia masuk ke dalam pejabat Aidan..

Aidan berdiri di tengah ruang pejabatnya sambil memegang beberapa keping gambar..

Dari raut wajah Aidan yang kelihatan berkerut itu buatkan Nadia hanya diam berjalan ke arah meja kerjanya..

"Nadia sini.."suara dingin Aidan kedengaran..

Nadia sudah berasa hairan dengan suara dingin Aidan terhadapnya..

"Ada apa boss?"

Nadia melangkah kearah Aidan dengan segera..Aidan menatap tajam kearah Nadia..

"Ada perkara yang aku perlu tahu ke?"soal Aidan membuatkan Nadia berkerut dahi..

"Perkara apa?"

"Jujur sekarang Nadia..aku tak ada masa..!"jerkah Aidan tiba-tiba buatkan Nadia terkejut..

"Jujur apa?saya tak tahu apa yang awak maksudkan!"soal Nadia dengan rasa pelik..

"Tak tahu?ni apa?!!"Aidan beberapa keping gambar ke dada Nadia dan berterbangan kemudian jatuh ke lantai..

Nadia terkedu dengan tindakan Aidan melempar kepingan gambar ke arahnya..Nadia mengambil beberapa gambar..

Gambar itu ketika Zafir cuba mengambil beg belajaannya ketika dia meminta diri..satu keping lagi ketika Zafir cuba menghalangnya pulang dengan menarik lengannya..

"Awak nak cakap saya keluar dengan Zafir ke? Aidan apa yang awak nampak dalam gambar ni tak sama dengan apa yang berlaku..."ujar Naida ingin menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya..

"Itu semua tak penting laa..kau tahukan pagi tadi aku ada meeting dengan Noah? pembincangan tawaran kita untuk projek baru dan Noah akan pilih siapa yang patut dapat projek baru ni antara aku dengan Zafir..?and you know what?Zafir terlebih dahulu buatkan tawaran and tawaran dia sama dengan tawaran kita!sebijik Nadia!sedikit pun lari dari segala aspek!kau tahu tak apa yang ada dalam fikiran aku sekarang?!!"tempelak Aidan merah mukanya..Nadia terkejut mendengar berita itu..

"Aidan..saya tak tahu semua ni..kenapa tawaran dia sama dengan tawaran kita?"soal Nadia masih keliru..

"Kau tak tahu?kau yang bocorkan tawaran tu dekat Zafir kan?Nadia hanya kita bertiga tahu isi tawaran tu!siapa nak bocorkan?Norman takkan buat macam tu dekat aku!kecuali kau!kau marah sebab aku rampas LZ kan?sebab tu aku bocorkan hal ini dekat Zafir!"

Nadia terkedu mendengar tuduhan dari Aidan..Nadia menggeleng kepalanya dengan laju..

"Saya tak bodoh laa Aidan!LZ hasil usaha arwah bapa saya..abang Fir susah payah naikkan LZ kembali..takkan saya nak sabotage LZ!sampai hati tuduh saya macam ni?!"Aidan ketawa kecil mendengar kata Nadia..

"Aku takkan cakap kalau tak ada bukti!!"

"Bukti apa Aidan?setakat gambar ni tak ada makna!waktu ini pun saya tak terfikir akan terserempak dengan Zafir!and tak sangka akan ada yang ambil gambar macam kami ni ada something!"Nadia cuba menerangkan namun Aidan seperti tak mahu mendengarkan penerangannya..

"Tipu!Ayla sendiri yang nampak!dia cakap kau berdua dengan Zafir shopping!dia ada dekat situ Nadia.."Aidan menatap Nadia dengan tajam dan Nadia tersenyum kecil..

"And awak percaya?semudah tu awak percaya?"air mata Nadia hampir gugur melihat Aidan tak percayakan dirinya..

"Zafir beritahu sendiri Nadia..dia cakap kau yang bagi dekat dia pendrive yang ada tawaran kita..!kau cakap kau nak balas dendam sebab aku ambil alih LZ group...!!"

"Tak!!saya tak bagi pun dekat dia!dia tipu!Aidan!dia tipu awak...kenapa awak tak percaya saya?"

Nadia cuba meraih lengan Aidan namun Aidan menepis kasar..air mata laju mengalir di pipi Nadia..

"Aidan..."

Aidan memalingkan muka tak mahu melihat Nadia yang sedang menangis..dia sakit hati dengan apa yang dia terima sekarang..

"Aidan..."

"Keluar Nadia.."

"Aidan..!"

"Nadia..keluar..."

"Aidan Qalish..."

"Just get out Nadia...aku benci tengok kau.."perlahan suara Aidan namun menghiris hati Nadia..

Nadia tersenyum kecil mendengar kata-kata yang menghiris hatinya..

"Awak benci tengok saya?okey fine!ingat saya tak benci ke tengok awak?Aidan!awak sakiti hati saya berulang kali..tapi saya terima apa yang awak buat..awak kata macam-macam dekat saya ..saya terima walau sakit walau pedih..sebab apa?sebab saya cintakan awak..tapi itu semua tak ada makna lagi..awak langsung tak pernah percayakan saya..awak percaya kata orang lain tapi tak percaya kata saya..mungkin sebab awak dah tak cintakan saya.."Nadia merenung belakang badan Aidan yang membelakanginya..

"Baik kalau awak benci tengok saya..saya akan pergi..saya akan pergi dari LZ dan saya akan pergi dari hidup awak buat selamanya..thanks for everything..halalkan apa yang awak berikan untuk saya.."tambah Nadia dengan sebak..untuk apa lagi merayu supaya orang percayakan kita kalau orang itu memang takkan percayakan kita..

Perlahan Nadia melangkah jauhi Aidan..derap kakinya menuju ke pintu pejabat Aidan..Nadia menoleh sekali lagi kearah Aidan lalu dia melangkah keluar dari pejabatnya..

Klak!

Pintu pejabat Aidan tertutup kembali setelah Nadia melangkah keluar..

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now