DENDAM YANG TERINDAH 7

297 14 0
                                    

Nadia mukanya kelihatan comot dengan kesan tanah di pipi dan hidung...Datin Zaliha geleng kepala melihat anak gadisnya itu kelihatan bersungguh untuk menolongnya bercucuk tanam...

"Nad..."

"Yee ibu..."mata Nadia masih fokus tanah merah yang digemburkan...

"Masa kamu sambung belajar di Finland..Nad ada minta restu untuk berkahwin kan?ibu kata Nad masih muda untuk berkahwin masa tu..selepas tu ibu beri restu untuk Nad berkahwin tapi ibu taknak ambil tahu dah kalau itu pilihan Nad kan?Nad masih ingat?"terhenti tangan Nadia yang sedang mengembur tanah...

Nadia gigit bibir menanti bicara Datin Zaliha yang seterusnya perlahan dia angguk..

"Ibu tak tahu siapa lelaki pilihan hati Nad..tapi bila Nad balik sini tak ada seorang suami disisi..ibu jadi pelik dan dah lama ibu nak tanya..Nad jadi ke berkahwin dengan dia?"soal Datin Zaliha menatap lembut kearah Nadia...

"Ibu...actually..."Nadia gusar macam mana dia nak terangkan ke ibunya?lagipun hubungan dia dan Aidan bukan seperti dulu..

"Sebenarnya ibu dah tahu kamu berkahwin Nad..ibu yang cakap dengan Fir supaya wakilkan wali untuk Nad berkahwin di Finland..."perlahan Datin Zaliha bertutur buatkan Nadia terkejut..Nadia cuba memahami yang berlaku...

"Ibu...jadi..ibu tahu Nad kahwin?ibu Nad..."Nadia menanggalkan sarung tangan yang dipakai terus dia menyentuh lengan ibunya..

"Yee Nad..ibu tahu kamu dah berkahwin sebab tu ibu pelik bila Nad balik sini seorang diri..mana suami Nad?taknak kenalkan kepada ibu dengan Fir ke?"Datin Zaliha melihat wajah anaknya dan dia tahu ada yang tak kena..

"Suami..suami Nad..dia masih di Finland nanti dia balik Nad kenalkan yee.."Nadia terpaksa menipu seperti mana dia menipu Firdaus takkan dia nak cakap anak musuh mereka adalah suaminya?

"Nad tak ada gambar dia ke nak tunjuk dekat ibu?"Nadia terkedu sesaat...

"Tak apalah kalau kamu taknak kenalkan dia lagi..nanti je laa kamu kenalkan dia.."Datin Zaliha tak mahu berfikir negatif soal anaknya dan dia pun taknak menekan Nadia...

"Maafkan Nad ibu..maafkan Nad..mungkin Nad dah lukakan hati ibu soal perkahwinan Nad..tapi jujur ibu waktu disana Nad keseorangan..hanya dia ada disisi Nad tolong Nad dan Nad tak kumpul dosa ibu..jadi kami putuskan untuk berkahwin..."terbayang dimata Nadia waktu mereka berbahagia disana..bercinta selepas berkahwin sangat indah namun itu semua bagai mimpi sesaat..

"Ibu okey je Nad..mungkin itu yang berikan kebahagiaan pada Nad ibu restu dan berdoa kamu dua sentiasa bahagia.."terdengar itu Nadia terasa pilu air mata tak semena-mena jatuh ke pipi...

"Ibu...."terus Nad memeluk ibunya..kalau ibu tahu apa yang dia lalui sekarang apakah perasaan ibu?Aidan sudah tak seperti dulu..

Aidan yang dahulu ceria dan sangat mencintainya namun sekarang dia seorang yang dingin dan benci kepada dirinya..

.........

Berkerut wajah Nadia mendengar perkara yang baru keluar dari mulut Noah..dia memandang Aidan yang berada disebelahnya...

"Maksud awak LZ group tak dapat projek baru ni?"soal Nadia sekali lagi untuk kepastian..

Noah mengeluh perlahan susah juga untuk dia putuskan semua ini..

"Nadia...saya tahu LZ group diberikan keutamaan untuk projek ni tapi ahli lembaga pengarah kurang percaya awak untuk handle sebab awak masih baru..."Nadia ketawa kecil manakala Aidan hanya kemenangan..

"Noah...awak pun tahu saya berusaha untuk dapatkan projek ni..budak baru?kalau budak baru tak diberikan kepercayaan sampai bila orang akan percaya kerja dia dan sampai bila dia nak ada pengalaman?"sabar Nadia mula hilang apalagi ketika mendengar RUBY group yang akan dapat projek ini..

"Calm down Nadia...jangan risau kalau kau nak projek ni kau boleh datang merayu dekat aku...melutut dekat aku untuk projek ni..kesian Fir dia percayakan adik dia untuk dapatkan projek ni tapi gagal"ujar Aidan yang buat menyejukkan hati Nadia malah menambah api kemarahan...

"Aidan!"Noah menegur Aidan supaya berdiam saja...

"Melutut?dalam mimpi laa"ujar Nadia memandang tajam kearah Aidan..

"Kalau realiti tak dapat dalam mimpi pun okey.."Aidan membalas pandangan tajam Nadia...

"I hate you Aidan...!"Nadia bangun dari sofa buat apa berlama disini kalau keputusan bukan memihak kepada dirinya..

"But I love you..."berubah wajah Nadia mendengar ayat itu dari Aidan..

"Aidan..!just shut up.."Noah pelik dengan perangai si Aidan ni sejak bila pula lelaki ini suka cari pasal macam budak-budak...

Nadia terus melangkah keluar dari bilik mensyuarat di KING Hospital..Noah bangun mengejar langkah Nadia...

"Nadia..!"

"Nadia!"

Aidan memandang dengan hujung mata Noah mengejar langkah Nadia..ada raut cemburu di wajahnya tanpa dia sedari..

......

"Nadia..."

"Nadia...."

"Qalisha.."

Terhenti langkah Nadia apabila nama keduanya dipanggil Noah..dulu Noah sering memanggilnya Qalisha..

Noah mendekati Nadia yang sudah berhenti melangkah..

"Nadia..saya minta maaf tapi ini semua keputusan ahli lembaga..saya pun pelik sebab awalnya mereka setuju untuk berikan projek ini kepada LZ group tapi tak tahu kenapa mereka berubah fikiran dan memilih RUBY group.."jelas Noah dia tahu ada salah faham antara dirinya dan Nadia..

"Tak apalah..saya anggap ni bukan rezeki saya...saya tak tahu nak menghadap abang Fir macam mana..."Nadia menyentuh kepala yang terasa berat kerana masalah ini..

"Biar saya yang jelaskan dekat Fir..dia akan faham dan takkan salahkan awak Nadia.."Noah cuba memujuk hati Nadia yang dia tahu sedikit kecewa..

"Kalau kau nak projek ni jugak..aku bagi kau satu cadangan..."suara Aidan mengalihkan perhatian mereka berdua..Nadia dan Noah memusing badan menghadap Aidan..

"Aidan..kau..."Noah cuba menghentikan bicara Aidan supaya tak lagi melukakan hati Nadia namun Aidan tak endah...

"Kau dan aku bekerjasama dalam projek ni..kita berdua akan ke Laguna untuk kaji selidik projek ni selama dua minggu dekat sana.."Nadia bekerut dahi mendengar cadangan dari Aidan itu...

"Aidan..Tan Sri Ramdan tak marah ke kau bekerjasama dengan LZ group?"soal Noah sudah maklum akan permusuhan dua syarikat itu..

"Ini projek aku..so papa aku tak ada hak untuk halang..."balas Aidan matanya masih menatap wajah Nadia..

"Jangan harap aku nak kerjasama dengan kau!"bidas Nadia lalu melangkah pergi..

"Dua hari Nadia..!dua hari aku bagi tempoh untuk kau berfikir!!"laung Aidan dia tahu Nadia akan kembali untuk bekerjasama dengannya...

Noah garu kepala yang tak gatal itu melihat Aidan dan Nadia yang sering saja bertengkar..ingatkan permusuhan antara orang tua mereka je rupanya sampai ke anak...

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now