Nadia menarik nafas yang dalam sebelum dihembus keluar..dia berdiri di tengah lobi bangunan RUBY group..
Kaki Nadia melangkah ke kaunter utama ditengah lobi itu..Nadia memberikan senyuman yang manis...
"Assalamualaikum..."salam diberi dengan sopan..
"Waalaikumusalam...ada apa boleh kami tolong cik?"soal seorang pekerja wanita yang manis..
"Ermm saya nak jumpa Aidan Qalish..dia ada tak dalam pejabat.."dua pekerja itu silih berganti memandang antara satu sama lain..
"Tuan Aidan ada tapi cik ada buat appointment dengan beliau tak?"pantas Nadia geleng kepala..
"Saya tak ada appointment dengan dia tapi saya perlu jumpa dia.."dua pkerja itu senyum dan geleng kepala..
"Kalau tak ada appointment cik tak boleh jumpa Tuan Aidan..."Nadia mengeluh mendengar jawapan itu..
"Boleh tak call dia cakap Nadia Qalisha nak jumpa dia.."dengan suara yang lembut Nadia meminta..
"Kejap yee.."pekerja itu mencapai ganggang telefon ditekan nombor lalu diletakkan ke telinga..
"Hello Nuqman..."
"Boleh bagitahu Tuan Aidan yang ada orang nak jumpa dia.."
"Ermm tak ada appointment..dia bagitahu nama dia Nadia Qalisha..."
"Hmmm yaaa okay.."Pekerja itu angkat muka melihat Nadia yang setia menanti..
"Cik boleh masuk..jom ikut saya.."tanpa cakap banyak Nadia pun ikut langkah pekerja itu meletakkan kad akses lalu pagar kecil itu terbuka untuk menuju ke lift..
"Tekan butang 7 pejabat Tuan Aidan paling hujung sebelah kiri.."ujar pekerja itu..
"Baik...terima kasih.."Nadia lega kerana dibenarkan bertemu dengan Aidan.
Tapi entah apa yang perlu dihadapi nanti ketika bertemu dengan Aidan..pintu lift terbuka Nadia pun melangkah masuk..
Butang nombor 7 ditekan namun baru saja pintu lift mahu tutup ada tangan yang menghalang dan pintu lift kembali terbuka..
"Sorry.."ujar lelaki yang berlari masuk ke dalam lift...
"It's okay.."balas Nadia tanpa melihat siapa yang berdiri disebelah..lelaki itu seperti terkejut melihatnya..
Lelaki itu beberapa kali berdehem dan dia dari tadi menatap kearah Nadia..Nadia rasa kurang selesa apabila ada mata yang melihatnya terlalu lama..
"Kerja sini ke?"soal lelaki itu tiba-tiba..
"Ermm?arr saya tak kerja sini..saya datang nak jumpa Aidan.."balas Nadia tanpa melihat muka lelaki itu..
"Ada apa dengan Aidan?kerja ke nak goda dia?kalau nak goda dia baik awak goda saya Nadia.."Nadia angkat muka apabila nama dia disebut..pelik dengan ayat yang keluar dari mulut lelaki yang baru dia jumpa..
"Encik kenal saya ke?macam mana tahu nama saya?"Nadia menoleh kearah lelaki itu rasa takut berhuni di hati..
"Saya kenal awak Nadia..keluarga awak,syarikat awak semua saya tahu..gadis secantik awak takkan saya taknak ambil tahu kan?"tangan lelaki itu cuba untuk menyentuh bahu Nadia namun dia mengelak...
"Encik jangan nak buat bukan-bukan yaa..kita baru jumpa tau..!"marah Nadia dia melihat nombor ditepi pintu lift baru aras lima..
"Ouh maksudnya kena jumpa kali kedua ke untuk......"lelaki itu cuba untuk menyentuh pipi Nadia tanpa dia menepis tangan lelaki...
"Lagi taknak lagi aku suka!"lelaki itu tersenyum nakal dia mendekati Nadia..
Ting!!
Pintu lift terbuka Nadia tak menunggu lama dia terus lari keluar tanpa tahu ada seseorang yang berdiri dipintu lift..
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...