DENDAM YANG TERINDAH 41

398 7 0
                                    

Nadia terjaga dari tidur perutnya yang sudah besar ini terasa sakit..Nadia bergerak ke kiri dan ke kanan..

Aidan terjaga apabila merasakan pergerakan yang kerap dari Nadia..

"Sayang?kenapa ni?"

Aidan menyentuh perut Nadia..dia perasan yang tangan Nadia kerap melurut perutnya..

"Senak pulak perut ni.."Nadia menarik nafas kemudian dihembus perlahan..

"Sayang okay ke?jom kita pergi hospital.."Aidan risau melihat Nadia sakit begitu..

Minggu ini kandungan Nadia sudah mencecah 9 bulan jadi dia merasakan sudah waktunya Nadia melahirkan..

"Sakit sikit jee tak apa kut.."Nadia menolak walaupun dia sangat sakit sekarang..

"Sayang.."

"Arghh....arrrr sakit...."Nadia meraung kesakitan lagilah panik Aidan dibuatnya..

Aidan tak mahu buang masa dia menarik selimut yang menutupi Nadia dan matanya terbuntang apabila melihat tempat tidur Nadia terdapat setompok darah...

"Sayang..sayang dah nak bersalin ni..!"Aidan panik melihat Nadia yang dalam kesakitan..

"Abang...sakit bang...!"Nadia mencengkam lengan Aidan sekuat hati kerana menahan sakit..

"Tarik nafas sayang...kemudian hembus.."Aidan terus mendukung Nadia tapi kerana Nadia sekarang hamil jadi Nadia lebih berat dari biasa..

"Saya boleh jalan sendiri.."dalam sakit Nadia masih tak mahu Aidan mendukungnya..

Aidan tak pedulikan kata-kata Nadia dia terus membawa keluar Nadia menuju ke pintu utama..

Sekarang mereka berada di rumah keluarga Nadia dan berada di bilik yang bawah..kerana Datin Zaliha mahu Nadia bersamanya ketika minggu akhir kehamilan..

"Ehhh Aidan kenapa ni?Nadia dah sakit bersalin ke?"Firdaus yang baru keluar dari ruang dapur terkejut melihat Aidan mendukung Nadia dan Nadia yang meraung kesakitan..

"Haahh.."

Melihat Aidan yang kesusahan mendukung Nadia yang berbadan dua itu pantas Firdaus berlari ke Aidan lalu membantu Aidan mendukung Nadia menuju ke luar rumah..

Sempat Firdaus mencapai kunci kereta di tepi pintu utama mereka menuju ke kereta milik Firdaus..

Mereka meletakkan Nadia dikerusi penumpang belakang..Aidan berlari masuk kembali ke dalam rumah..

"Abang pergi ambil barang dengan tudung sayang.."berlari sekuat hati silap besar dia tak bawa sekali barangan keperluan Nadia..

"Nadia..tarik nafas hembus...perlahan jee jangan panik.."ujar Firdaus walaupun dia sendiri panik..

Nadia memejamkan matanya perlahan menarik nafas kemudian hembus..sakit sedikit berkurangan dari yang tadi..

"Teruskan tarik nafas then hembus..abang panggil ibu jap.."Firdaus kembali ke dalam rumah berselisih dengan Aidan yang membawa barangan keperluan ke hospital..

"Kau pergi dulu dengan kereta aku..nanti aku pergi dengan ibu dengan kereta dia..hati-hati jangan panik time drive.."

Sempat Firdaus berpesan kepada Aidan yang kelihatan sangat panik sekarang..

"Kpj depan ni kan?"soal Firdaus pantas Aidan angguk kepala sambil menuju ke kereta..

Kpj yang berdekatan sini menjadi pilihan mereka untuk Nadia bersalin jika Nadia tiba-tiba sakit walaupun pada awalnya KING hospital menjadi pilihan mereka..

....

Aidan memandang Nadia yang tidur setelah tiba di hospital..tadi doktor sudah periksa kandungan dan bukaan untuk Nadia bersalin..

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now