DENDAM YANG TERINDAH 40

413 10 0
                                    

Beberapa bulan sudah berlalu..semua perkara dan masalah yang harus diselesaikan sudah selesai..malam ini mereka mengadakan majlis untuk meraikan Aidan dan Nadia..

Kerana risau akan keadaan kesihatan Nadia dan kandungannya mereka menunggu hingga kandungan Nadia mencapai enam bulan barulah mereka adakan majlis ini..

Majlis diadakan di dewan hotel milik keluarga Datin Zaliha..dewan yang besar dan mewah ini dihiasi dengan simple sahaja..

"Assalamualaikum semua terima kasih sebab hadir ke majlis kami yang semoganya dirahmati Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Assalamualaikum semua terima kasih sebab hadir ke majlis kami yang semoganya dirahmati Allah..malam ini kami ingin memaklumkan sesuatu.."ujar Tan Sri Ramdan yang berada di pentas bersama Datin Zaliha..

Semua tetamu yang hadir di majlis malam itu memberikan tumpuan kepada mereka berdua..

"Kami ingin mengumumkan bahawa LZ group dan RUBY group akan bekerjasama semula dan menjalankan penyelidikan bersama seperti dulu..seperti yang kita ketahui projek di Laguna sempat berhenti atas beberapa faktor namun sekarang projek itu akan berjalan semula.."Datin Zaliha tersenyum sambil mengumumkan itu..

"Yaa LZ group dan RUBY group akan bekerjasama semula dan semoga terus bersama sampai bila-bila.."ujar Tan Sri Ramdan mendapatkan tepukan gemuruh dari semua yang hadir..

"Dari semua yang terjadi antara kami..saya boleh simpulkan bahawa kemaafan dendam yang terindah...selagi ada dendam dalam hidup jiwa kita takkan tenang jadi berikan kemaafan untuk menenangkan jiwa.."

"Selain itu kami ingin memaklumkan satu perkara lagi..perkara ini kami sembunyikan agak lama...dan sila berikan perhatian kepada pintu utama.."Tan Sri Ramdan menunjuk kearah pintu utama yang besar itu..

Aidan dan Nadia melangkah masuk ke dalam dewan yang mewah itu apabila pintu utama dibuka..semua mata memandang kearah mereka..

Nadia gugup namun Aidan menggenggam jari jemarinya senang erat..Aidan tersenyum kearah tetamu yang hadir begitu juga Nadia..dia melihat beberapa pekerja mereka hadir malam itu..

"Kami ingin mengumumkan bahawa putera tunggal saya Aidan Qalish Tan Sri Ramdan telah berkahwin dengan puteri bongsu Datin Zaliha Nadia Qalisha Dato Luqman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kami ingin mengumumkan bahawa putera tunggal saya Aidan Qalish Tan Sri Ramdan telah berkahwin dengan puteri bongsu Datin Zaliha Nadia Qalisha Dato Luqman..perkahwinan mereka sudah melebihi setahun lebih dan bakal menimang cahaya mata tak lama lagi.."terdengar suara Tan Sri Ramdan mengumumkan perkahwinan anaknya..

"Kami mohon doa yang baik-baik dari tetamu yang hadir untuk keluarga kecil anak-anak kami..."tambah Datin Zaliha..

Firdaus tersenyum bahagia melihat Nadia jalan beriringan Aidan..adik satu-satunya sudah menemui kebahagiaan..

Alhamdulillah ibunya dapat memaafkan keluarga Tan Sri Ramdan..walaupun perit dan pedih untuk diterima namun demi kebaikan semua Datin Zaliha memaafkan...

Tepuk gemuruh dan bisik-bisikan tahniah kedengaran di dalam dewan..ada yang bergosip ada yang mengucap syukur..

....

Sedang berbual dengan rakan peniagaan Aidan dan Nadia tiba-tiba didekati seseorang..bahu Nadia ditepuk lembut..

"Nadia?"

Nadia menoleh kebelakang apabila bahunya ditepuk..

"Ayla?"cuak juga Nadia apabila ditegur Ayla..dia tak sangka Ayla akan hadir..tapi Nadia bersyukur kerana Ayla hadir ke majlis mereka..

Aidan pantas menoleh apabila terdengar nama Ayla disebut Nadia..

"Ayla?"Aidan menarik Nadia kebelakangnya risau jika Ayla apa-apakan isterinya..

Ayla tersenyum kecil apabila melihat Aidan melindungi Nadia..dia tahu kenapa Aidan bertindak seperti itu..

"Abang..."Nadia geleng kepala menegur tindakan Aidan risau jika itu menguriskan hati Ayla..

"Ayla awak dah makan?"soal Nadia lalu berjalan mendekati Ayla kembali..

"Nadia..saya datang nak minta maaf atas perkara yang saya buat dulu..saya terbawa emosi dan bersikap tak matang.."ujar Ayla dengan perlahan..

Nadia tersenyum lalu meraih tangan Ayla..dia menggenggam jari jemari Ayla..

"Ayla saya pun nak minta maaf sebab berlaku kasar dekat awak malam tu..jadi mulai sekarang kita kosong-kosong yee?dan kesalahan ibu bapa tak perlu anak tanggung..apa yang papa awak buat biar dia tanggung bukan awak..dan awak ada hak untuk bahagia jangan menanggung beban papa awak"lembut saja tutur kata Nadia..Aidan tersenyum kecil mendengar kata-kata Nadia..

"Terima kasih Nadia.."Ayla menarik Nadia ke dalam pelukannya..

"Sama-sama.."Nadia mengelus belakang badan Ayla..

Ayla turut memohon maaf kepada Aidan..dan dia mendoakan kebahagiaan untuk mereka sekeluarga..Ayla bersyukur Nadia menerima permohonan maafnya..begitu juga Aidan walaupun pada awalnya Aidan bersikap dingin..

....

Pukul 1 pagi mereka masih berada dalam dewan..tetamu yang hadir sudah pulang namun hanya mereka saja yang masih berada di dalam dewan..

Nadia sudah tertidur dibahu Aidan sambil memeluk lengan Aidan..mulanya Aidan mengajak Nadia kembali ke bilik hotel namun dia menolak kerana mahu berada di sini lagi..

"Aidan kau jaga adik aku elok-elok..kau silap sikit jee buat adik aku kecewa kau kena hadap kami.."ujar Firdaus memberikan amaran..

"Betul tu..kau kena hadap kami bertiga.."tempelak Fatih dan Noah bersetuju dengan kata Fatih..

"Aku janji takkan lukakan ataupun kecewakan Nadia..i really love her.."ujar Aidan dan Firdaus membuat muka toya..

"Ehh sebenarnya awak tak boleh terima kan Nadia dah kahwin dengan Aidan..yelah adik bongsu yang manja dengan awak dah kahwin..sebab tu bukan main bagi amaran dekat Aidan..awak sedih kan?"Luna yang tadi berdiam kini bersuara..dia tahu Firdaus sangat menyayangi adiknya Nadia..

"Ehh tak maknanya.."Firdaus geleng kepala..mereka yang berada disitu ketawa melihat Firdaus menindakkan kata-kata Luna..

"Majlis kau bila Fir?"soal Noah..

"Bulan 12 ni..kami tunggu Nadia habis pantang baru kami bernikah..betul tak sayang?"Firdaus memandang kearah Luna tunangnya..

"Ermm betul tu..lagipun nak buat majlis tu dekat kampung Luna..kesian pula dekat Nadia kalau adakan majlis waktu dia preggy atau pantang..Nadia ada cakap dia tak kisah..kalau dia dah tak larat dia tak ikut majlis kami tapi itulah ada orang tu taknak kalau adik kesayangan dia tak ada di majlis dia.."Luna menoleh kearah Firdaus..

"Mana ada!ehh awak yang cakap tunggu Nad habis pantang!"ujar Firdaus mengundang tawa mereka yang ada..

"Arghh apa-apa jelahh janji korang kahwin.."tempelak Fatih..

"Alahaai dua-dua sama je..ibu kamu cakap dekat maksu yang kamu dua yang nak tunggu Nadia habis pantang..."Puan Zurina adik kepada Datin Zaliha mendekati mereka yang sedang berkumpul di meja..

"Maksu ni kantoi arr..."Firdaus membuat muka masam..

"Eleeh macam orang lain tak tahu.."Puan Zurina menepuk bahu Firdaus..

Aidan terhibur melihat Firdaus dia menoleh kearah Nadia..wajah Nadia semakin comel kerana kandungan yang makin membesar..

Tak lama setelah itu Aidan meminta diri untuk kembali ke bilik hotel..kesian pula Nadia tidur tak selesa..

Tbc

DENDAM YANG TERINDAH(C)Where stories live. Discover now