Nadia yang menunggu pintu lift terbuka memeluk tubuhnya..ingatan kembali kearah Aidan yang tadi masuk ke dalam pejabat Noah..Lama pula lift pun nak naik keatas ni..
"Nadia..."suara Aidan dari belakang menyentak Nadia dia terkejut...
Aidan berdiri rapat di belakang Nadia..Aidan bongkokkan sedikit badannya untuk berbisik ke telinga Nadia..
"Kau masih isteri aku..kau tak patut dekat dengan lelaki lain..."sinis sekali bisikkan Aidan dan Nadia hanya tersenyum kecil..
"Isteri?awak ada isteri ke?bukan ke cincin perkahwinan pun awak dah buang?awak masih ada isteri?"Nadia geleng dia masih ingat ketika Aidan baling cincin ke dalam kolam itu..
"Kau jangan main-main dengan aku Nadia..."dingin sekali suara Aidan..dapat Nadia rasa hembusan nafas Aidan di sisi wajahnya menandakan Aidan masih rapat dengannya...
"Main-main?whatt?"Nadia berpusing menghadap Aidan lalu dia angkat tangan kanan menunjuk jari jemarinya...
"Tengok jari saya ni..ada ke cincin perkahwinan kita?tak ada kan?awak ingat awak seorang je ke boleh buang cincin?saya pun boleh laa Aidan..."sedikit tinggi suara Nadia menatap tajam kearah Aidan..
Aidan ketawa besar bergema ruang menunggu lift nasib baik la tiada orang disitu kerana aras ini hanya untuk pejabat ketua-ketua sahaja..
"Kau jangan nak melawan dengan aku...selagi keluarga kau tak datang sujud depan aku..selagi itulah kau harus tanggung dosa yang keluarga kau buat terhadap keluarga aku!"tegas Aidan merah matanya menatap Nadia..
"Dosa apa Aidan?awak ada bukti ke untuk tuduh semua ni?selagi tak ada bukti saya takkan percaya..!"Nadia tak duduk diam dia pun turut berkeras..
"Hei!aku cakap sebab ada bukti laa..bukti keluarga kau pembunuh arwah mama aku!"kuat suara Aidan menepik..
"Okey awak ada bukti kan?so tunjuk dekat saya Aidan!tunjuk bukti tu depan mata saya!selepas tu awak boleh yakinkan saya untuk sujud minta maaf dekat keluarga awak..."berair mata Nadia menatap mata Aidan yang menatapnya penuh kebencian dan dendam..
Ting!
Lift pun sampai ke aras mereka..lama betul lift ni pun satu masalah...Nadia lari masuk ke dalam lift pantas dia menekan butang supaya pintu kembali tutup..
Aidan yang memerhati Nadia yang didalam lift..dia tak mengejar langkah Nadia namun dia hanya tersenyum sinis..
........
Aidan berusaha fokus dalam penyelidikan yang dia jalankan sekarang..di dalam makmal di bangunan syarikatnya tempat dia menghabiskan masa..
"Tunjuk bukti tu depan mata saya!selepas tu awak boleh yakinkan saya untuk sujud minta maaf dekat keluarga awak..."
Aidan yang sedang meniliti kerja penyelidikan terganggu fikirannya apabila teriang bicara Nadia siang tadi...
"Haishh..."Aidan meletak kembali bikar yang berisi daun yang dia kaji..
"Aidan?kenapa?ada yang tak kena ke?"doktor yang turut bersama penyelidikan mereka itu melihat Aidan dengan kehairanan jarang sekali Aidan tak fokus terhadap penyelidikan..
Aidan seorang penyelidik di syarikat mereka begitu juga Nadia yang guna seorang penyelidik di syarikat keluarganya..
Syarikat mereka adalah industri farmaseutikal yang menemui,membangun,mengeluarkan dan memasarkan ubat atau ubat farmaseutikal untuk digunakan sebagai ubat yang akan diberikan atau ditadbir sendiri kepada pesakit,dengan tujuan untuk menyembuhkan mereka,memberi vaksin atau mengurangkan gejala.
Syarikat farmaseutikal mungkin berurusan dalam ubat generik atau jenama dan peranti perubatan. Mereka tertakluk kepada pelbagai undang-undang dan peraturan yang mengawal paten, ujian, keselamatan yang sangat ketat...
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...