Firdaus yang baru selesai solat isyak terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya..Dia mengaminkan doa dibaca tadi..
"Abang...boleh adik masuk?"suara Nadia kedengaran dari luar bilik...
"Masuk laa.."Firdaus melipat sejadah lalu disangkut..
"Abang..."Nadia melangkah masuk ke dalam bilik Firdaus yang baru selesai solat..
"Ada apa dik?kebetulan adik datang ni abang ada benda nak cakapkan"Firdaus duduk disofa biliknya Nadia pun mendekati abangnya..
"Abang nak cakap apa?"Nadia duduk disofa depan Firdaus dari raut wajah abangnya seperti ada masalah..
"Adik laa cakap dulu sebab abang nampak adik muram jee..macam ada yang tak kena"ujar Firdaus melihat adiknya yang tunduk melihat lantai..
"Abang cakap dulu..."
"Hmmm okey actually tadi waktu adik di makmal..abang dan ahli lembaga lain ada perjumpaan yang mengejut.."berkerut kening Nadia..menyuarat mengejut?
"Kenapa abang?syarikat kita ada masalah ke?"soal Nadia risau pula dengan keadaan syarikat yang dibina arwah bapa mereka..
"Adik actually syarikat kita ada masalah..sebenarnya sejak arwah bapa tak ada ada beberapa ahli lembaga yang menjual salam mereka ke satu individu ni...adik pun tahukan abang just ada 10% saham ibu dan adik masing-masing 5%..jadi saham keluarga kita ada 20% saham yang tertinggi dalam LZ..."Nadia cuba memahami apa yang disampaikan oleh Firdaus..
"Tapi ada individu tegaskan yang mereka ada orang yang mempunyai 35% saham dari saham syarikat kita hasil dari ahli lembaga yang jual saham dekat dia...secara umumnya siapa yang mempunyai paling besar saham dia akan jadi pemilik syarikat...adik faham kan apa yang abang cakap ni.."Firdaus memandang Nadia..
Firdaus mengeluh lembut Nadia angguk kepala..
"Jadi ada orang nak ambil alih tempat abang sebagai pemilik syarikat serta ceo?dan ahli lembaga lain sokong orang itu menjadi pemilik dan ceo yang baru.."terbuntang mata Nadia mendengar berita itu..
"Mana boleh macam tu abang..arwah bapa yang sudah payah naikkan syarikat ni..abang berusaha untuk LZ group kembali macam dulu..tapi kenapa diorang nak tukar pemilik dan ceo?abang dah buat yang terbaik..."kesal kelihatan diraut wajah Firdaus..takkan syarikat bapa akan jatuh ke tangan orang lain..
"Macam mana dengan projek dengan hospital Noah tu?Nadia dapatkan projek tu?"soal Firdaus dan Nadia terkedu untuk menjawab..
"Ada kenapa mengena ke dengan projek tu dengan kes saham ni?"duga Nadia lalu Firdaus angguk..
"Abang cakap dekat diorang supaya beri masa dekat kita..kalau projek ni berjaya maka abang tetap jadi ceo kalau tak maka orang lain akan gantikan..abang tak ada pilihan hanya itu yang ahli lembaga berikan pilihan..."Nadia meraup mukanya dengan kasar..macam mana penerimaan abangnya kalau tahu dia gagal untuk projek itu...
"Nadia?macam mana?"
"Ermmm..actually projek tu kena kerjasama dengan RUBY group..diorang bagi arahan macam tu..."Nadia mengeluh berat dengan hal ini...
"What?RUBY group?orang yang tuduh keluarga kita keluarga pembunuh tu?crazy!Noah cakap apa?"Firdaus tak sangka keadaan menjadi terlalu sempit untuk mereka..
"Noah tak boleh cakap apa..lagipun ahli lembaga hospital ermm..dorang bagi cadangan kita kerjasama dengan RUBY group kalau tak projek itu melepas.."terbayang muka Aidan yang dingin menatapnya kelmarin..Firdaus berfikir sejenak dengan apa yang berlaku...
"Adik setuju je laa dengan cadangan dorang tu..setidaknya kita berusaha untuk kekalkan syarikat ni milik kita..."putus Firdaus dengan berat dan dengan perlahan Nadia angguk..
Mereka masing-masing memikirkan masalah yang dihadapi mereka..Nadia tak sangka keadaan seperti berubah di sekelilingnya..
........
Aidan menatap Tan Sri Ramdan dengan tajam dia tak percaya papanya sanggup berbuat begini..
"Papa!apa yang papa buat?beli saham LZ group?kenapa papa?"Aidan tak faham kenapa Tan Sri Ramdan sanggup..
"Yes!salah ke cara papa?lagipun papa beli saham dengan sah dari ahli lembaga mereka..dengan cara ni kita boleh rampas syarikat mereka!mereka yang buat arwah mama kamu meninggal tak patut bahagia!"Aidan terus keadaan Nadia namun setelah arwah mamanya disebut dia rasa sibu..
"Papa..papa ada bukti yang lain selain gambar Dato Loqman dalam kereta didepan makmal yang terbakar tu?"
"Bukti?bukan Aidan yang tengok depan mata arwah mama kamu minta tolong!ada lelaki berdiri depan arwah mama kamu ketika awal kebakaran berlaku!"Tan Sri Ramdan mula hilang sabar melihat Aidan..
"Yee memang Aidan nampak papa!ada lelaki berdiri depan arwah mama dan Aidan nampak arwah Dato Loqman dalam kereta tu..tapi Aidan masih tak jelas ada dua orang lelaki tu orang yang sama...papa bukan ke Aidan cakap biar yang balas dendam..."Aidan benci keluarga itu namun entah kenapa dia kurang setuju dengan cara papanya..
"Then?bila Aidan nak balas dendam?papa tak nampak pun apa yang Aidan buat untuk balas dendam selain Aidan hanya ganggu anak dia Nadia!!"Aidan terkedu apabila nama Nadia disebut...
"Papa..."
"Kalau Aidan taknak balas dendam biar papa yang buat!"tegas Tan Sri Ramdan..
"No papa!biar Aidan yang balas dendam...Aidan akan buat kita kerjasama dengan anak dia untuk projek di Laguna tu sebelum Aidan rampas semua hasil projek tu.."biarlah dia handle balas dendam ni kerana dia tahu apa yang dia buat...risau kalau Tan Sri Ramdan balas dendam dengan cara lain yang lebih teruk..
"Okey..papa akan tengok kali ini kamu boleh buat ke tak..kalau tak biar papa dan uncle kamu yang handle balas dendam ni...lagipun uncle kamu nampak berminat dengan anak arwah Dato Loqman tu si Nadia...kalau dia jumpa uncle kamu baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah..."Aidan genggam tangan menahan marah apabila terdengar terdengar unclenya dan Nadia disebut..
"Uncle?dia nak buat apa dengan Nadia?lagipun uncle tu playboy!usung perempuan sana sini.."
"That's point..uncle kamu nak Nadia macam mana dia dapat perempuan lain..dia cakap dia akan buat sampai di Nadia tu datang merayu dekat dia kalau dia handle balas dendam ni.."Aidan mengetap bibir rahangnya ke kiri ke kanan menahan marah..
"Cakap dekat uncle dia tak boleh masuk campur soal balas dendam ni..dan paling penting jangan sentuh Nadia!"ujar Aidan dengan tegas dan dia keluar dari bilik kerja papanya..Tan Sri Ramdan tak sangka Aidan akan bereaksi begitu..
Aidan menutup pintu bilik kerja papanya dengan kuat..bara di harinya makin menjadi-jadi...uncle nakkan Nadia?jangan harap!tak ada sesiapa boleh sentuh isterinya selain dirinya...
Tbc
YOU ARE READING
DENDAM YANG TERINDAH(C)
RomanceAku percaya bahwa cinta itu adalah kebahagiaan namun bila ku mencintaimu itu menyiksakan.. ~~~~~~~~~~~~~ "Siang hariku bagaikan malam..pelangi pun berwarnakan gelap inikah yang dinamakan patah hati?..tak pernah aku bayangkan bila insan patah hati t...