A || 01

1.2K 68 6
                                    

Happy reading !
.....

"YOU nak yang mana? I belanja."

Dengar akan perkataan itu, lebar bibir Helena mengukir senyum. Rambang matanya melihat barang perhiasan yang berada di situ. Namun di sebalik perhiasan itu, tiada satu pun menarik perhatiannya.

"The latest one, please?" pintanya selamba.

Stylish itu mengangkat wajah memandang wajah lelaki itu. Faham akan pandangan itu, laju lelaki itu mengangguk kepala membenarkan Helena untuk memiliki barang perhiasan tersebut. Tak lama selepas itu, stylish itu membawa perhiasan baru keluar.

"Ini the latest one." kata stylish itu.

Helena memandang barang perhiasan itu dengan penuh teruja. Sudah lama dia tidak membeli barangan perhiasan. Kali terakhir dia membeli adalah setahun yang lalu. Itu pun atas desakan ibu saudaranya.

"Like it?" soal lelaki itu.

Helena memandang lelaki itu. Bibirnya manis mengukir senyuman.

Tiba-tiba...

Pang!

Terkejut raut wajah Helena apabila pipinya di tampar oleh seseorang. Tajam anak mata memandang wanita elegant itu penuh sinis.

"Mama? What are you doing to her?" soal lelaki itu kepada wanita elegant merangkap ibunya.

"Isyraf! Are you blind? You tak nampak ke yang perempuan ni nak kikis harta you? Takkan you tak nampak?" tengking wanita elegant tu.

"But ma..."

Baru sahaja lelaki itu mahu menjelaskan perkara tersebut. Wanita itu terus memotong anaknya,

"Back home or you will never see me again." kata wanita itu terus berlalu pergi.

Isyraf menghantar pemergian mamanya. Dia berpaling memandang wajah Helena yang merah akibat tamparan mamanya.

"Helena... I'm so sorry. My mum..."

"It's okay. You pergi la kejar mama you. I know she was upset with you." kata Helena, tenang.

"How about you? I ambik you kan tadi."

Helena tarik ukir senyum.

"It's okay. Lagipun kawan I ada dekat area sini. So... I tumpang dia aje nanti."

"Are you sure?" Isyraf menyoal kepastian.

"Yeah. Pergi la, nanti mama you datang balik tampar I buat kali kedua pula." sindir Helena.

Isyraf memandang Helena serba salah. Walaupun gadis itu mengikis harta lelaki tapi beliau bukan la seperti orang sangkakan. Hanya orang tertentu saja mengenali gadis itu.

"I pergi dulu. Anything just call me," pesan Isyraf sebelum meninggalkan dia.

Helena mengangguk kepala perlahan. Matanya menghantar pemergian Isyraf. Helena mengeluh perlahan. Habis rosak imejnya kerana tamparan Datin Afifah.

"Ouh, by the way pack me for this jewellery." arahnya.

Stylist itu terkejut. Mampukah gadis itu membayar harga jewellery yang hampir mencecah harga setengah juta.

"Don't be shocked girl. I will pay this. Apa? Ingat aku sengket sangat?" Kad kredit berwarna hitam itu di lempar selamba ke atas meja kaca itu.

Terkedu stylist itu apabila melihat kad unlimited itu. Dan bukan semua jutawan mampu memilikinya.

HelenaWhere stories live. Discover now