A || 04

610 51 1
                                    

.....

SEDAR akan lampu dewan mula gelap dengan sendiri. Mata Helena fokus pada pasangan baru melangkah masuk ke tengah karpet merah. Buat kali pertamanya, dia hadir ke majlis penuh gah ini.

"Tu Tuan Edward dan Ku Aminah. Mereka berdua adalah pemilik Edward Foundation."

Kerut dahi Helena dengar nama pemilik tu. Tapi bukankah mereka hadir sebagai tetamu Eldrin's?

"Ya, aku tahu kau pelik. Actually, semua syarikat yang terlibat ni berkaitan aje. Edward, Eldrin, DA and LD. Mereka semua bekeluarga. Jadi tak hairanlah kalau kau pening." kata Idlan cuba menjelaskan empat syarikat itu.

"Okaylah, aku ringkaskan. Edward Foundation, berpusat sebagai kesihatan. Salah satunya, Edward Medical Center. Selain dari tu, Edward juga ada buka empat pusat kebajikan bagi warga tua serta anak-anak yatim. Sekarang, Edward Foundation diuruskan oleh Aakif, anak sulung Darwish. Manakala, pusat kebajikan dijaga oleh Azif, adik Aakif dan Raihah, anak kedua Edryl."

"Edward Medical Center?" soal Helena apabila Idlan tertinggal satu.

"Yang tu dipegang oleh menantu Dato' Edhan, Hafiey Mikaeyl. Lagipun, dekat situ cucu-cucu Dato' Edhan banyak jadi doktor."

Angguk kepala Helena memahami satu syarikat itu.

"Kedua, DA. Macam yang kau tahu DA adalah sebuah architect firm. Dan aku tahu kau mesti tertanya macam mana syarikat luar boleh masuk dalam dua foundation hebat tu. Actually, tak ada yang pelik pun, cuma Tengku Danial sendiri yang nak libatkan diri sekali memandangkan dia merupakan cucu menantu bongsu dalam Edward family. Dan sekarang DA dipegang oleh anak sulung Tengku Danial, Tengku Aryan."

Diam Helena cuba mencerna cerita yang diterangkan oleh Idlan.

"Eldrin's pula ditubuhkan oleh Edrian dan Edryl memandangkan ketika itu, mereka tiga beradik tidak sehaluan dengan arwah Tan Sri Eldrin dua puluh lima tahun lepas. Lagipun, mereka memang tubuhkan foundation untuk keluarga Eldrin, memandangkan Eldrin dah ada architect firm. Jadi, mereka tubuhkan airlines dan hotel sebab anak sulung Edryl, Rayyan minat pada airlines. Manakala, hotel ditubuhkan sebab Tengku Aryan dan kembar perempuan dia."

"Jadi Tengku Aryan, pegang dua jawatan penting la kan? DA dan Eldrin's Hotel?"

"Yup. Tapi Tengku Aryan lebih kepada DA berbanding hotel. Lagipun, hotel tu business partner dia with his lovely twins. So, apa-apa kembar dia ajelah yang uruskan if ada berkaitan dengan hotel. Tapi untuk kerjasama ni, aku rasa kembar Tengku Aryan tak tahu," ujar Idlan.

"Last but not least,  LD, ni syarikat guaman. So, apa-apa masalah atau hal yang kau buat antara Edward, Eldrin dan DA. Kau akan di saman atau jatuh hukuman atas nama LD. Dan nasihat aku, kau jangan sesekali cari pasal dengan mereka sebab sekali kau buat hal. Memang beratus ribu saman kau kena bayar."

Helena diam. Otaknya cuba mencerna segala cerita Idlan. Jujur, terlalu banyak kejutan yang diterimanya.

Lagi-lagi bila kehadirannya ke hotel pagi tadi membawa satu kejutan kepadanya. Yalah, hotelnya bukanlah sehebat hotel yang lain. Tambahan hotel itu baru dibuka beberapa tahun yang lalu.

"Aku tahu kau masih keliru. Tapi aku rasa, kita patut kerjasama dengan mereka. Sebab yalah, siapa aje tak nak kerjasama dengan tiga syarikat terkenal tu?"

"Tapi aku pelik. Macam mana syarikat besar macam ni boleh tahu pasal hotel aku? Yalah, nak kata hotel aku terkenal? Rasanya Eldrin's hotel lebih terkenal kut," kata Helena seakan tidak percaya.

"Itu aku tak tahu. Tapi aku yakin kalau hotel kita berkerjasama dengan hotel Eldrin's mesti akan kebabom! Percayalah."

•••••

USAI makan malam, Idlan meminta diri untuk bertemu rakan-rakannya. Helena? Gadis itu bukannya sejenis bergaul dengan orang.


"Yow, Yan! Apa khabar kau? Sihat?" sapa Idlan, mesra.

Aryan senyum lalu mereka bersalam gaya lelaki, begitu juga dengan Luth dan Hadif.

"Alhamdulilah. Kau? Aku dengar cerita kau kerja dengan sepupu kau kan? Itu pun Hana bagi tahu aku." kata Aryan.

Idlan sengih.

"Haah. Saja tolong dia, plus dia pun tak ada sesiapa. So aku tolong je la." cerita Idlan.

"Lelaki ke perempuan sepupu kau?" soal Luth ingin tahu.

Idlan tarik senyum. Dah agak pasti soalan akan muncul jua di antara mereka.

"Perempuan, bro dan kalau aku cakap confirm kau orang takkan percaya," kata Idlan.

"Why? Pelik sangat ke, dengan sepupu kau?" soal Hadif. Pelik.

"Dia tak pelik tapi haih entah aku pun pening," ujar Idlan, perlahan.

"Pening sangat kau ni, Id sampai sepupu pun susah nak uruskan." ujar Aryan.

"Pening la. Kau percaya tak, kalau aku cakap dia gold digger?"

"Uish, takkan la. Pengarah HS Hotel kut takkan nak...." belum sempat Hadif habis kata. Idlan memotong.

"See, kan aku dah cakap yang kau orang takkan percaya."

"Tapi takkan lah..." Luth kelu. Tidak dia sangka bahawa Pengarah syarikat HS Hotel merupakan seorang gold digger.

"Id lambat lagi ke? Esok aku nak kerja la." sergah Helena apabila rasakan Idlan sudah terlalu lama berbual dengan tiga jejaka itu. Dia tak kenal siapa mereka. Tapi yang pasti, dia mahu segera pulang ke rumah.

"Alaa, kejaplah. Aku baru nak jumpa kawan aku," rungut Idlan.

Helena hanya tayang wajah menyampah. Kalau bukan sebab Idlan lebih arif akan hubungan kerjasama itu. Mungkin dia takkan hadir ke majlis ini. Sudahlah kebanyakkan tetamu hadir ada seorang dua pernah menjadi mangsa gold diggernya.

"Eh, siapa ni Id? Tak pernah nampak pun, kau dengan perempuan. Awek eh?"usik Hadif.

Idlan ketawa. Helena. Makwe dia? Ermm, memang masuk lombong la jawabnya.

"Bukan awek aku tapi ini la cousin aku, Helena Sophea. Helena, kenalkan Luth, Hadif dan Aryan. Dia orang cicit Tuan Edward."

"Hai!" sapa Hadif dan Luth serentak.

Helena ukir senyum nipis sekadar hormat berkenalan. Manakala, Aryan sudah terpaku sebaik nama itu meniti di bibir Idlan.

Sophea. Nama tu.

"Yan, kau mengelamun kenapa duh?" sergah Luth.

Aryan tersentak. Matanya melilau mencari wajah Idlan dan Helena. Rasanya tadi dua figura itu ada di hadapannya.

"Mana Id? Balik dah?" soalnya.

"Haah, cousin dia ajak balik. Penat katanya."

"Tapi... Id ada cakap yang esok cousin dia akan datang jumpa kau kat Eldrin's Hotel. Hal apa aku tak tahu la pula," sambung Hadif.

"Ouh, haah. Tapi esok aku ada mesyuarat dekat DA. Nanti kau cakap dekat Id suruh dia pesan dekat sepupu dia datang DA aje la." pesan Aryan kepada Hadif.

Hadif angguk kepala akur. Maklumlah, dia juga merupakan salah seorang pembantu Aryan di pejabat.

......

HelenaWhere stories live. Discover now