.....
Helena mengambil file yang berada di atas meja. Sudah tiga hari berlalu sejak kejadian itu berlaku. Sedikit sebanyak menimbul segala keresahannya. Meskipun, yang kena saman itu adalah Sara. Tetap dia risau jika Datin Diandra ambil kesempatan dalam kesempitan terhadapnya.
Terdengar telefon pintar miliknya bergetar kuat. Segera dia capai. Nama Diana tertera pada skrin Iphone.
"El! Rindunya aku dekat kau!" sergah Diana sebaik salamnya dijawabnya.
Lepas tawa Helena dengar sergahan Diana. Dia tahu Diana rindu padanya. Maklumlah, dah sebulan berkahwin.
"Yayaya, aku pun rindu kau. Macam mana perkahwinan kau dengan Syakil? Okay?" tanyanya ingin tahu.
"Gila tak okay. Dia layan aku macam permaisuri kut." Bangga Diana
Helena mendengar kebanggaan Diana, mengucap syukur. Tidak dia sangka rakannya bertemu dengan lelaki yang baik.
"El, kau dengar tak aku tengah cakap dengan kau ni?"
"Ya, aku dengar. Syukur kau dah jumpa lelaki yang baik."
"Yea. Dah aku harap kau pun jumpa jodoh yang baik juga."
Helena senyum simpul. Dia juga turut harap sama.
"Eh, kau call aku. Kenapa?"
"Ouh, tak ada apa. Aku cuma rindu kau aje and aku dengar dari Syakil yang kau balik rumah papa kau? Betul ke?"
"Hmmm, haah. Balik kejap aje sebab papa buat majlis untuk Sara. Dan aku rasa kau tahu kut apa yang berlaku tiga hari lepas." kata Helena. Dan dia yakin Syakil pasti tahu berita itu.
"Ya. Aku ada dengar. Kecoh satu group family Syakil lepas tahu hal tu. Dia orang kata baju yang Ary pakai harga puluh ribu. Plus, hadiah tu dari Aryan. Memang mengamuklah member."
Helena sekadar menggumam. Dia tahu hal itu kerana Aryana ada cerita padanya tika hari kejadian.
"By the way, kau macam mana? Okay? Kay masih lagi ke dengan kerja gold... Hmm, kau faham-faham lah," ujar Diana tidak menjelaskan ayatnya.
"Aku okay. Dan pasal kerja tu. Aku dah berhenti. Aku rasa aku tak bolehlah nak buat dua kerja dalam masa yang sama," adu Helena.
"Alhamdulilah. Bagus la, kalau kau dah berhenti. Memang itu pun doa aku, lepas kau jumpa jodoh kau. Tak sangka Aryan buat kau berubah."
"Ish, mengarut la kau."
"Laaa, betul kan. Selalu kau la paling mengelat nak dengar nasihat orang. Tapi dengan Aryan, sekejap je kau berubah."
Helena tergamam sekejap.
"Eh, El. Nanti aku call kau balik. Mak mertua aku datang rumah. Apa-apa kita chit chat lagi okay."
Panggilan tadi terus diputuskan oleh Diana. Kata-kata Diana membuatkan dia sedikit kelu.
Sebab Aryan ke, dia berubah?
•••••
DA Architect
Aryan menyemak satu per satu kerja miliknya. Matanya bergerak seiras dengan huruf yang tertera. Lakaran kerja turut dilihatnya.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Masuk,"
Pintu dikuak. Wajah Aryana menyapa pandangannya.
"Kenapa?" soalnya terus.
Aryana sengih. Kakinya terus melangkah ke meja kembarnya.
"Dia dah terima surat saman tu."
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...