.....
SEDAR tak sedar, hari ini merupakan hari bahagia Diana bersama pasangannya Raja Syakil Imran. Walaupun lelaki itu dari kerabat diraja tapi sikit pun mereka tidak kesah akan keluarga Diana yang hidup kampung malah mereka lebih teruja menerima Diana sebagai ahli keluarga baru.
"Helena! Mana kau ni? Aku yang nak kahwin kau pula yang bersiap lama eh." bebel Diana.
"Ish, aku dah kata semalamkan kejut aku awal. Yang kau kejut aku pukul 9 kenapa? Kan aku dah lambat. Lepas tu salahkan aku pula," cebik Helena.
Diana sengih. Sengaja dia kenakan rakannya itu memandangkan hari ini adalah hari terakhir mereka untuk rapat sebegini.
"Ermmm, apa jadi dekat kau eh lepas aku akad nanti. Mesti kau sunyi kan? Ya la, rumah tu pun aku dah pindah."
Teringat dia sudah memindahkan segala barang ke rumah baru suaminya membuatkan dia sedikit sebak. Tapi dia ada juga letak sedikit baju di situ. Mana tahu, kalau gaduh boleh lari di situ.
"Aku tak kesah la. Lagipun, kau satu-satunya yang kawan aku ada dekat London dulu. Kalau kau tak ada, mungkin aku tak rasa hidup kampung."
"Haah, teringat kau datang sini dulu. Ya Allah, tak boleh lupa duh. Siap masuk sawah padi!" ketawa Diana.
Helena turut ketawa. Menggamit kenangan betul ketika dia tiba di daerah sawah padi ini.
"El... Walaupun aku tak ada dengan kau. Tapi aku nak sentiasa ingat yang aku ada selalu dengan kau. Aku harap kau dapat tinggal kerja gold digger kau tu. Kau dah kaya takkan la nak kikis harta orang lagi."
Helena ukir senyum nipis. Andailah, Diana tahu bahawa dia melakukan hal begini kerana terpaksa. Mungkin gadis itu takkan berfikir untuk berkata begitu kepadanya.
•••••
"YA Allah, Aryana! Cepat la sikit bersiap! Kamu nak mummy tunggu kamu lagi ke?" marah Aryssa pada anak perempuan tunggalnya.
Aryan berada di tepi kereta hanya menggeleng kepala perlahan. Perempuan dengan lambat memang berpisah tiada.
"Eh, bang. Kau datang sini awek kau tahu ke?" soal Arieq.
Aryan memandang Arieq. Jongket kening mendengar soalan adik bongsunya bertanya akan hal kekasihnya?
"Bila masa pula aku ada girlfriend?"
"Eh, hari tu Kak Ary kata..."
Baru sahaja Arieq mahu menjawab, serentak mereka berdua berpaling memandang ke arah pintu utama homestay. Ni lah jadinya bila ada seorang anak perempuan.
"Mummy! I forget my shoes!" jerit Aryana mengenangkan kasut sarungnya tertinggal di Kuala Lumpur.
Kini mereka sekeluarga berada di Kedah memandangkan isteri kepada dua pupu mereka merupakan anak jati Kedah.
"Ish, kamu ini, Ary. Ada-ada ajelah barang tertinggal. Nah, pakai kasut mummy. Nasib mummy ada bawak lebih. Kalau tak, memang jalan kaki ayam la kamu." bebel Aryssa.
Aryana sengih. Tanpa berlengah terus kakinya menyarung kasut sarung milik Aryssa. Eh, muat.
"Dah ke? Jomlah gerak. Yang lain dah tunggu dekat hujung lorong sana. Aryan, kamu drive kereta elok-elok. Sini kawasan kampung bukannya bandar." pesan Ashraff. Ni kalau tak di pesan mahu meluru laju anak sulungnya membawa kereta.
•••••
"KELUARGA pihak lelaki dah sampai," jerit salah seorang orang kampung yang berada di luar.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...