.....
FILE merah dicampak selamba di atas meja. Wajah diangkat memandang figura yang mencampak file merah sebentar tadi. Tanpa menyoal terus dia mencapai file tersebut.
"Tu, maklumat yang kau nak. Aku dah selongkar semuanya dan seperti kau tahu, dia ada dekat Malaysia." kata figura itu.
Aryan senyum sinis. Dia sudah agak perkara ini akan terjadi.
"Sediakan PJ. Esok kita balik Malaysia." arahnya.
Figura mengjongket kening pelik.
"Semudah tu je, kau bagi arahan kan? Kau tahu kan kerja kita kat sini tak settel lagi."
"Aku tahu. Tapi setakat benda kecil, daddy takkan marah punya la." balasnya.
"Suka hati kau la! Nanti pandai la kau jawab dengan daddy ye. Aku tak masuk campur." kata figura itu berlalu keluar.
Aryan berdecit.
"Tak guna punya kembar."
•••••
HELENA melangkah turun ke tingkat bawah. Bau haruman dari dapur membuatkan kakinya segera langkah ke sana. Hidangan nasi goreng kampung terhidang di hadapannya membuatkan perutnya terasa lapar.
Tanpa menunggu sesiapa menjemputnya, laju tangan mencapai pinggan dan mencedok nasi goreng ke pinggannya. Dengan lafaz bismillah dia menyuap nasi goreng kampung ke mulutnya.
Ermm, sedap!
"Hoi! Makan tak tunggu orang kenapa? Aku tahu la kau kebulur tapi tunggu la aku." marah satu suara dari belakang.
Helena berpaling ke belakang. Satu sengihan diberi kepada figura itu sebelum dia terus menikmati sarapan paginya.
"Awal kau bangun? Mimpi apa?" sindir Diana.
Helena tayang wajah kosong. Tanpa hiraukan sindiran Diana, dia tenang menikmati makan paginya.
"Ke kau mimpi pasal abang kau lagi?" tanya Diana perlahan.
Dengar akan itu, Helena memperlahankan suapannya. Ya, dia mengaku dia bukan sejenis bangun awal tapi kalau dia dah terjaga awal tu hanya beberapa sahaja yang tahu.
"Sorry, El. Aku...."
"Tak apa, Diana. Aku faham. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku selalu mimpi abang aku. Padahal dia dah tak ada dekat dunia ni. Dah lapan tahun berlalu tapi aku masih mimpikan dia." keluhnya, perlahan.
Diana serba salah.
"Kau tak nak cuba cari abang kau ke?" soal Diana berhati-hati.
"Aku tak nak letak harapan. Cukup la, mak lang aku dah buat macam-macam dekat aku. Kalau bukan sebab dia mungkin aku dah berjaya dekat luar sana."
Diana memandang lama wajah Helena. Dia tahu nasib Helena. Lima tahun berkawan dengan Helena sepanjang mereka belajar dulu membuatkan dia tahu gadis itu seorang yang kuat.
"Kau dah berjaya, El. Kau dah ada hotel kau sendiri. Aku yakin satu hari nanti kau boleh berjaya dengan usaha sendiri."
"Thanks Diana. Kalau bukan sebab kau, mungkin aku akan kekal jadi gold digger kut."
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...