.....
PAGI itu, Helena masuk ke pejabat seperti biasa. Walaupun kadang-kadang dia sibuk mengikis harta orang. Urusan di pejabat tetap menjadi keutamaannya.
"Selamat pagi, Cik El." tegur pekerja-pekerja di situ.
Helena hanya senyum nipis. Kakinya melangkah masuk ke elevator.
Ting!
"Helena!"
Helena membuka cermin mata hitam miliknya. Wajah Aryana menyapa matanya membuatkan dia sedikit pelik.
"Kau buat apa dekat sini? Bukan sekarang waktu kerja ke?" soal Helena. Agak terkejut dengan kehadiran Aryana di hotelnya.
Aryana sengih.
"Saja. Lagipun, Yan dengan Hadif tak ada dekat officce. Outstation. So dah alang-alang aku bosan dekat sana. Aku datang la sini. Pasal kerja, don't worry. Aku dah siap tadi." tutur Aryana laju.
"Untung la abang boss," perli Helena. Memang tak dinafikan itu salah satu untung jika bekerja dengan keluarga.
"Ehhh, tak juga. Kalau dia mood baik boleh la, sekali mood singa datang. Hmm, jangan harap la aku nak keluar macam ni." Aryana mengambil tempat di hadapan Helena.
Sesekali matanya memandang dekorasi pejabat milik rakannya itu.
"Cantik. Pandai kau deco," puji Aryana.
Helena senyum nipis.
"Hmm, kau ada nak minum apa-apa tak? Aku boleh suruh P.A aku buatkan?" soal Helena.
"Boleh juga. Green tea. Kau tahukan aku ni macam mana?"
Helena mengangguk kepalanya. Dia, Aryana dan Hana sama sahaja, dua-dua kaki minum tea hijau. Orang lain tak suka, tapi mereka suka.
Lama mereka berbual bersama. Tapi tangan Helena berjalan menyiapkan tugasannya.
"Ermm, El aku nak tanya something boleh?" soal Aryana, teragak-agak.
Helena memandang wajah Aryana. Kerut dahinya mendengar keizinan Helena ingin bertanya sesuatu kepadanya.
"Tanya apa?" balas Helena.
Aryana serba salah. Dia sebenarnya dah lama nak tanya tapi...
"Kau jadi gold digger sebab dia eh?"
Helena kaku. Matanya memandang wajah Aryana.
"Sorry la aku tanya. Aku cuma curious aje. Ya la, kau dah kaya kut. Hotel lima bintang, model lagi. Takkan kau nak stay kikis harta orang?" Perlahan nada suara Aryana bertutur.
Helena mengeluh perlahan. Dia faham maksud siapa yang dikatakan oleh Aryana.
"Kalau bukan sebab dia pun, aku akan tetap macam ni juga."
Aryana berkerut dahi pelik.
"Maksud kau?"
Helena yang seakan tersedar akan keterlanjurannya terus menggeleng perlahan.
"Tak ada apa la. Eh, dah lunch. Jom lunch sekali. Aku belanja," ajak Helena.
Aryana ukir senyum suka. Salah satu perkara yang dia suka. Belanja.
"Aku onz je, kita ajak Hana sekali." cadang Aryana.
Helena mengangguk kepala akur. Tangannya ligat mengemas barang-barang di atas meja.
"Okay dah. Hana kata dia datang sini ambil kita." kata Aryana.
Helena mengangguk kepalanya. Ahh, lagi senang dia nak berehat. Kalau ada orang tolong ambikkan.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...