H || 06

600 49 3
                                    

.....

HELENA menunduk kepala segan apabila melihat empat keluarga itu asyik memandang ke arahnya, Tak sangka pulak dia, apabila Aryana mengajaknya makan tengah hari sekali.

"So... Ni kawan Ary? Helena kan?" tegur Aryssa, lembut.

Helena ukir senyum.

"Ya, aunty."

Aryssa senyum. Daging yang dipanggang oleh Aryan tadi diambil lalu di letak ke atas nasi Helena.

"Jangan panggil aunty. Panggil je mummy,"

Helena senyum segan.

"Makan la. Jangan risau. Halal. Lagipun restaurant ni milik Aryan. Dia memang suka makanan Jepun." cerita Aryssa tanpa sedar.

"Mummy..."

"What? Mummy cuma cerita je, bukan apa pun."

Aryan mengalah. Aryana di sebelah Aryan ketawa perlahan. Tahu sangat yang kembarnya gelisah bila si ibu menukarkan nama panggilan.

"Ehem, nampak gayanya macam nak dapat menantu je Raff." usik Akmal.

"Abi! Apa ni?" tegah Aryan. Terkejut dengan usikan bapa saudaranya itu.

"Laaa, yang kamu terasa kenapa? Abi tanya daddy, bukan kamu." usik Mikaeyl pulak. Membela sepupunya yang mahu menyakat Aryan.

Ashraff ukir senyum. Melihat wajah Aryan terkena usikan dua rakannya itu. Kepala di geleng perlahan.

Helena hanya beriak biasa. Walaupun ada berbekas di hati. Tapi dia yakin mereka hanya sekadar mengusik.

"Ermm, Helena kerja apa? Sorry la mama tanya sebab muka Helena ni nampak familiar?" soal Bella setelah sekian lama diam.

Helena senyum. Namun tak sempat dia menjawab Aryana telah menjawab soalanya.

"Dia pengasas HS Hotel. Sebenarnya dia baru je lepas habis berurus niaga dengan Aryan. So dah alang-alang, Ary ajak la dia sekali. Plus she also a model."

Mereka semua yang berada di situ terkejut. Tidak dia sangka bahawa di hadapan mereka adalah merupakan pengasas salah satu hotel terkenal.

"Tapi bukan ke..." Baru sahaja Luth nak bertanya, Helena terlebih dahulu memotong Luth.

"Ya, itu nama saya. Helena Sophea. HS. Tapi I guna nama Sophea untuk urusan pejabat."

"But why?" soal Hadif ingin tahu.

Namun soalan itu tak mampu dijawab oleh Helena. Hanya dia ada saja mengetahui, kenapa memilih nama pangkal akhir jika hendak berurusan dengan klien.

•••••

PULANG sahaja dari makan tengahari bersama keluarga Aryana terus Helena memandu kereta pulang ke rumah. Urusannya di hotel, dia minta Ayna tangguh ke esok hari.

"El? Kau dah balik ke?" soal Diana di balik pintu.

Helena baru sahaja merebahkan diri di atas katil terbantut memejam mata apabola mendengar soalan dari Diana.

"Ya. Kenapa?" soalnya.

Tak lama selepas itu, Diana membuka pintu bilik Helena. Tenang figura itu melangkah masuk ke bilik Helena.

"Nothing. Saja tanya sebab terkejut, kau balik awal." kata Diana.

Helena tidak membalas. Dia tahu kepulangannya pada hari ini amat mengejutkan Diana. Tapi nak buat macam mana? Tubuhnya terlalu penat setelah makan tengah hari tadi.

HelenaWhere stories live. Discover now