.....
KEESOKAN harinya, Helena menapak masuk ke bangunan gah itu. Meski ini adalah kali pertamanya datang ke sini. Tapi dia bukan la seperti orang yang tak pernah nampak bangunan setinggi langit itu.
"Ya, boleh saya bantu?" soal receptionist itu sebaik Helena berhenti di hadapan kaunter pertanyaan.
Helena menanggalkan kaca mata hitamnya. Matanya memandang name tag yang tersemat di dada baju pekerja DA.
"Ermmm, saya nak berjumpa dengan Tengku Arief Aryan."
"Ouh, nak jumpa Tengku ya? Kejap saya call pihak atasan dulu."
Helena angguk kepala akur. Sementara tunggu, receptionist itu melakukan kerja. Sempat dia memerhati dekorasi lobi syarikat itu. Menarik.
"Cik, cik boleh naik ke tingkat 25. Di situ ada orang dah menunggu kehadiran Cik." kata pekerja itu.
Helena ukir senyum.
"Terima kasih."
Tanpa menunggu lama terus kakinya menapak ke elevator berdekatan. Button 25 di tekannya.
Ting!
"Miss Sophea?"
Helena berpaling memandang seorang gadis yang sama paras dengannya. Namun melihat pakaian yang tersarung pada tubuh gadis itu membuatkan dia sedikit malu.
"Cik?"
"Yes." Helena tersedar. Mata memandang segenap wajah gadis bertudung di hadapannya.
"Cik Sophea duduk dulu di sini. Actually, Tengku masih ada dalam perbincangan. Mungkin dalam lima ke sepuluh minit, dia akan keluar. So, Cik Sophea boleh tunggu?" tanya gadis itu menjelaskan keberadaan majikannya.
Helena mengangguk kepala perlahan. Lagipun, salahnya juga kerana datang terlalu awal.
"Okay, kalau macam tu, saya pergi buat kerja dulu. Cik Sophea ada nak minum apa-apa sementara menunggu?"
Geleng kepala Helena menolak cadangan gadis itu. Kerana dia yakin di dalam perbincangan dia bersama CEO Eldrin's akan minta pembantunya untuk sediakan minuman.
"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Apa-apa nanti Cik boleh panggil saya."
Helena tidak membalas. Matanya memerhati gadis bertudung itu berlalu pergi. Baru punggungnya hendak labuh ke atas sofa. Tiba-tiba telinga terdengar satu suara yang cukup kenal.
"Aryana?"
"Gosh! It's really you! Arghhh, rindunya aku dekat kau!" Aryana dan Helena berpelukan.
Serentak itu, Aryan dan Hadif keluar dari elevator. Terkejut mereka melihat Aryana berpelukan mesra dengan Helena.
"Ary kenal ke?" soal Hadif.
Aryan menjungkit bahu tidak tahu. Dia pun turut sama terkejut melihat kembarnya berpelukan dengan Helena.
"Bila kau balik Malaysia weyh? Tak bagi tahu aku pun," rajuk Helena.
Aryana sengih. Selamba dia mengambil tempat di situ bersama Helena.
"Dah setahun la. Kau tu yang menghilang. Kata nak contact aku bila sampai Malaysia. Tahu-tahu je dah hilang," cebik Aryana, manja.
Maklumlah, mereka mula berkawan ketika menjalani pengambaraan permodelan di luar negara beberapa tahun lepas.
"Sorry. Bukan aku tak nak contact kau. Tapi masa aku sampai Malaysia. Phone aku hilang. Tu yang lost contact. By the way, kau buat apa kat sini?" soal Helena. Pelik juga dengan kehadiran gadis dihadapannya di sini.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...