......
Suasana sepi di meja makan itu membuatkan keadaan jadi kekok. Aryana pandang Hana dan Helena. Kalau lah ada Hadif mungkin mereka takkan rasa janggal sebegini. Tapi lelaki itu sudah pulang apabila kerjanya sudah selesai.
Lagipun kerja Hadif hanya mencalarkan sedikit kereta Sara sahaja dan selebihnya Aryan mengupah seseorang untuk menghancurkan kereta Sara.
"Ermmm, El? Yan. Aku dengan Hana pergi tandas sekejap. Kau orang berdua tunggu sini eh," ujar Aryana.
Tanpa menunggu balasan Aryan mahupun Helena. Laju kaki mereka berdua berlari keluar dari restaurant.
Aryan memandang kilas bayangan Aryana dan Hana sudah menjauh darinya dan Helena. Melihat Helena enak makan ayam goreng yang dipilih oleh Aryana membuatkan bibirnya ukir senyum kecil.
"Kenapa? Ada apa-apa dekat muka I ke?" soal Helena seraya menyentuh wajahnya. Cermin kecil dibawa keluar dari bag tangannya.
Aryan memerhati tingkah Helena kelam kabut mengeluarkan cermin dari bag tangannya. Tak sangka dengan renungan sebegitu. Helena sudah menggelebah dengannya.
"Hey, tak ada apa-apa lah. Muka you okay. Tak comot."
"Aryan, you sengaja usik I kan?"
"What? I tak cakap apa-apa pun dekat you. You aje laju bawa keluar cermin. Girl, you look so beautiful. Aryana dan Hana pun tak mampu kalahkan kecantikan you," puji Aryan.
Helena terpanar. Dia tak salah dengar kan? Aryan puji dia?
"Yes, aku tengah puji kau. Kenapa? Kau tak suka?" soal Aryan.
Helena menunduk kepalanya. Selalu dia hanya mendengar pujian dari lelaki lain. Dan ia tak sama dengan cara Aryan berkata kepadanya. Nada itu seakan lembut dan ikhlas.
"El, kalau satu hari nanti ada seorang lelaki lamar kau? Kau akan terima tak? Maksud aku..."
"Kenapa you tanya? You ada cadangan nak melamar I ke?" gurau Helena.
"If I say yes? You akan setuju?"
Helena tergamam. Berkerdip kelopak matanya memandang wajah Aryan. Dia tak salah dengar kan?
Aryan melamarnya?
"Pardon?"
Aryan ukir senyum nipis. Melihat gadis di hadapannya terkejut dengan lamarannya membuatkan dia tekad. Dia inginkan gadis itu menjadi sebahagian dalam hidupnya.
"Kahwin dengan aku. Aku janji aku akan jaga kau."
"But... But why?" soal Helena sedikit terkejut.
"Nothing reasons. I just wanna marry with you," jelas Aryan.
Helena menggeleng kepalanya. Salah. Ini salah. Mana mungkin Aryan melamar dirinya untuk dijadikan isteri.
"No! You mesti ada sebab kenapa tiba-tiba nak kahwin dengan I. There are many reasons, Aryan to you prove a reasons," ujar Helena.
Aryan berdecit perlahan.
Kenapa susah sangat Helena buka hati untuknya? Jujur, dia suka dan sayang pada gadis itu tika mereka bertemu tujuh tahun lalu. Dan kini?
"Aku tak ada sebab untuk kahwini kau, Helena. Kenapa perlu ada sebab untuk berkahwin dengan kau? Atau kau sebenarnya memang tak suka aku?" Aryan menduga.
Helena tergamam. Bukan maksudnya untuk tidak menyukai Aryan tapi...
"No. I can't."
Aryan tersentak.
"I'm a gold digger, Aryan. Not your lover. I tak layak untuk jadi isteri you, Aryan." Helena bangun terus berlalu pergi dari situ.
Aryana dan Hana tiba di restaurant tersebut, berkerut dahi bingung melihat Helena melangkah keluar dari situ. Mata Aryana memandang Aryan.
Melihat raut wajah lelaki itu berubah kecewa. Dia yakin ada sesuatu yang sudah berlaku di antara mereka berdua.
•••••
Sara menghempas pintu rumahnya dengan kuat. Datin Diandra tika itu berada di ruang tamu terkejut dengan kehadiran anaknya.
"Baru balik?" soalnya. Tubuh Sara yang terlentang di sofa dipandangnya.
"Hmm, tak ada mood la nak cakap dengan mama," balasnya.
Datin Diandra memandang anaknya pelik. Tiada mood? Pelik.
"Kenapa? Cuba bagi tahu mama?" soalnya ingin tahu apa yang dirunsingkan oleh anak perempuannya.
"Lagi satu, kereta kamu mana? Mama tak ada dengar bunyi kereta masuk pun?"soal Datin Diandra. Kerut dahinya tidak mendengar enjin kereta anaknya.
Sara hela nafas kasar. Mata menjeling menyampah. Kalau bukan sebab Aryana, mungkin sekarang keretanya selamat. Tapi apa apa yang boleh dia lihat selain biar keretanya seratus peratus hancur berkecai.
"Kena tarik sebab buruk sangat," ujar Sara tenang padahal dalam hati hanya dia sahaja tahu betapa membaranya dia kepada adik Aryan.
Datin Diandra mengerut dahi pelik. Kena tarik?
"Aik, baru beli kut takkan dah kena tarik?" soal Datin Diandra lagi.
"Ma! Please la, Sara tak nak ambik tahu pasal kereta tu boleh tak? Kalau bukan sebab Aryana, Sara mungkin drive lagi kereta tu."
"Aryana? Maksud kamu anak kepada Tengku Danial Ashraff?"
"Ya la, ma. Sakit hati Sara, ma tengok kereta Sara hancur macam tu je. Bukan tu je, rasanya dah viral satu Malaysia!"
Datin Diandra terpempan. Sungguh dia tak sangka anak perempuan Tengku Danial Ashraff akan bertindak lebih kejam. Malah mereka juga sudah merosakkan harta kesayangan anaknya, Sara.
"Ma... Dengar tak, Sara cakap ni."
Datin Diandra tersentak. Matanya memandang wajah Sara.
"Kamu cakap apa? Mama tak berapa dengar tadi."
"Sara nak balas dendam. Sebab dia orang, Sara malu. Sebab dia orang juga, Sara kehilangan kereta yang Sara sayang. Mama tolong Sara please..." pujuk Sara.
Datin Diandra memandang wajah anak perempuannya dengan riak tak percaya. Balas dendam?
"Boleh ke? Kamu bukan tak tahu betapa kuatnya kuasa pengaruh keluarga Edward tu. Sekali kamu buat hal, susah kamu nak uruskan."
"Arggh! Yang tu letak tepi la, ma. Yang penting dendam Sara terbalas. Ugh, suka hati dia je calar kereta Sara. Sara tak kira. Sara nak balas dendam jugak," tekad Sara.
Datin Diandra memandang wajah anak perempuannya. Dia tahu anak perempuannya marah akan tindakan keluarga Edward.
Tapi...
"Please, ma. Mama je boleh tolong Sara sekarang ni," rayu Sara.
Datin Diandra memandang anak perempuannya. Walaupun dia sering marah pada Sara. Namun anaknya tetap ada guna kepadanya kelak.
"Yalah, mama tolong. Tapi mama tolong yang mana mampu je. Selebihnya, Sara uruskan sendiri boleh?"
Sara menjerit teruja. Tubuh Datin Diandra dipeluknya erat.
"Argh! Sara sayang mama. Mama the best! Jangan risau. Kerja mama senang je nanti." Sara senyum sinis. Fikirannya mula terbayang kerja-kerja balas dendamnya.
.....
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...