N || 21

524 34 3
                                    

.....

Tiba sahaja di rumah, bag tangan terus di campak ke atas sofa. Fikirannya melayang akan lamaran Aryan beberapa minit lalu.

Kahwin?

Dengan dia?

Nonesense.

Aryan tak sedar ke, bahawa dia bakal berkahwin dengan gold digger teragung Malaysia? Buatnya ada seseorang bocorkan rahsianya? Tak ke, malu seluruh keluarga kerabat Edward?

Malas mahu ambil peduli Helena naik ke tingkat atas untuk melepaskan lelah. Namun baru selangkah anak tangga pertama dia jejak. Kedengaran telefon pintarnya berdering kuat. Dia mencapai telefon pintarnya yang berada di bag tangan.

Papa Im is calling...

Berkerut dahi Helena melihat nama yang tertera. Jarang bapa saudaranya mahu telefonnya melainkan hal pejabat.

Tanpa menghiraukan sebabnya, Helena segera mengangkat panggilannya.

"Hello?"

"Hello, Pieya. Maaf la papa ganggu Pieya. Tapi papa nak tanya Pieya ada dekat mana?" tanya Datuk Rahim.

"Pieya baru aje sampai rumah, papa. Kenapa?"

"Nothing. Papa cuma nak jumpa kamu minggu depan boleh? Dekat pejabat. Papa ada hal nak bincang dengan kamu."

Mendengar akan itu, Helena berkira-kira mahu menolak. Meski perjumpaan mereka di pejabat. Tetap dia risau jika Sara datang menyerang di sana.

Yalah, dengan kejadian berlaku sebentar tadi. Dia yakin gadis itu akan marah pada dirinya.

"Pieya?"

Helena tersedar. Bibir nipis mengukir senyum.

"Sorry, pa. Pieya termenung kejap."

"Termenung siapa? Aryan?" usik Datuk Rahim.

"Ish, papa ni. Mengarut la. Taklah. Pieya termenung pasal masa depan je. Lagipun, banyak kerja Pieya nak kena uruskan lagi."

"Ya la tu. Macam mana dengan papa cakap tu? Boleh? Kalau tak boleh, tak apa. Lain kali bila Pieya free. Pieya datang ajelah pejabat Papa."

"Ermm, pasal tu. Pieya rasa boleh kut. Tapi aunty tak tahu kan pasal ni?" soalnya, risau.

Memang jika bersama Datuk Rahim. Dia akan panggil Datin Diandra dengan panggilan aunty. Meskipun, dia tak layak memanggil wanita itu dengan panggilan aunty. Dia kesah apa? Janji dia tak kacau siapa-siapa.

"Tak. Dia tak tahu. Lagipun, papa nak jumpa Pieya demi masa depan Pieya. So, Pieya jangan risaulah."

Helena tarik bibir senyum. Lega telinganya dengar bahawa perjumpaannya tidak diketahui Datin Diandra. Kalau tak, buat pasal sajalah tadah muka terima penampar wanita itu.

"Okay la, pa. Pieya jumpa papa isnin. Pieya off dulu. Bye!"

"Hmm. Hati-hati duduk rumah tu," pesan Datuk Rahim seraya mematikan panggilan telefon.

HelenaWhere stories live. Discover now