A || 12

543 40 0
                                    

.....

ARYAN melangkah masuk ke bilik rahsia keluarganya. Di situ terdiri dari sepupu-sepupu dan adiknya. Manakala, selebihnya ada beberapa anak buahnya yang turut terlibat mengikuti mesyuarat itu.

"Aku tak tahu siapa? Tapi aku syak dia ada kaitan dengan kes mummy lapan belas tahun lepas." kata Hadif lalu memberi arahan anak buahnya menyerah maklumat yang dia terima beberapa hari lalu.

Aryan menyelak setiap helaian isi kandungan itu. Tiada apa yang menarik di dalam. Namun yang menjadinya pelik adalah kenapa mereka cari mummy dan bukan mereka?

"Kau dapat agak siapa?" soal Luth.

Aryan memandang wajah sepupu-sepupunya.

"Aku pun tak sure tapi daddy ada beritahu yang masa mereka selamatkan mummy. Tiada seorang pun yang terlepas."

"Then, takkan ada orang berdendam pula? Tapi atas sebab apa?" soal Hana.

"Aku pun tak sure, Hana. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia berdendam dengan mummy? Kalau tak, macam mana dia orang boleh terfikir nak didik kita guna semua senjata ni?"

"Tapi... Ayah kata, mummy dengan daddy sepatutnya tak ada  kaitan dengan dunia ni. Dengan kata lain, family kita memang dah tiada kaitan dengan hal ni sebab keselamatan kita semua. Tapi tak tahu kenapa tiba-tiba lepas tujuh tahun. Mummy dan daddy buat perancangan kembali." cerita Hadif.

Aryan diam. Mata memandang Aryana. Begitu juga Aryana memandang adik bongsunya, Arieq.

Mereka perlu tahu kenapa kedua-dua ibu bapa mereka membuat perancangan semula.

•••••

KHUSYUK mengemas dapur. Tiba-tiba Aryssa menghidu sesuatu yang tidak menyenangkan di luar. Kakinya melangkah keluar dari dapur. Melihat sebuah kotak hadiah yang ditinggalkan di situ.

Tanpa teragak-agak Aryssa ambik dan buka kotak tersebut.

"Astagfiruhalazim." Kotak itu terus Aryssa campak jauh darinya.

Ternampak satu surat jatuh ke tanah. Segera Aryssa ambil. Mata membaca satu persatu ayat yang tertulis.

Happy family?

Heh, kau jangan buat-buat lupa Aryssa.

Perhitungan kau dengan aku takkan pernah selesai. Jangan ingat lapan belas tahun aku senyap aku akan biarkan kau hidup bahagia.

Kau tunggu Aryssa. Kau tunggu, aku akan pastikan kau mati dekat tangan aku.

Aryssa terkedu. Tidak dia sangka bahawa ada musuh ingin membalas dendam kepadanya. Sangkanya, hadiah itu dari musuh tiga anaknya memandangkan mereka yang mengambil alih kumpulan keluarga.

Rupanya...

Tanpa menunggu lama, Aryssa terus naik ke atas. Telefon pintar dicapai. Whatapps group keluarganya dibuka.

Sweeties Cousins

- Someone's back

Haykal kerek
+ Who's back?

Mikaeyl sengal
+ Siapa pulak yang balik ni?

Hubby
+ Why sayang?

Akmal poyo
+ Aku rasa aku tahu siapa balik

Bella cuwitt
+ Rys? You okay?

HelenaWhere stories live. Discover now