.....
Aryan melangkah masuk bilik rahsia itu. Wajahnya sungguh dingin pada tika itu. Matanya memandang anak-anak buahnya yang sedang bersantai di situ.
"Eh, Boss," sapa Fahmi, orang kanan Aryan.
Mereka yang tadi bersantai semuanya bergegas bangun menunduk hormat kepada Aryan. Kalau tadi Aryana dan Arieq masuk ke bilik itu mereka boleh bawah berbincang lagi tapi apabila Aryan yang masuk memang semua berdiri tegak ala askar.
"Bawa report tu," arah Aryan.
Fahmi mengangguk faham. Kakinya turut mengikut langkah majikan mereka.
"Kes apa pulak kali ini?" soal Hadif sebaik melihat wajah Aryan menyapa pandangan mereka.
Aryan hanya beriak biasa. Kerusi di tempat utama diduduknya. Disebelahnya terdiri Aryana dan Arieq. Disebelah mereka ada Hana, Izz, Leyla, Luth dan Hadif.
"Fahmi," tanpa menunggu lama terus maklumat itu diberi kepada sepupu-sepupunya.
"Dadah?"
"Malaysia?"
Aryan senyum sinis. Sudah lama dia tidak membuat kerja gila.
"Ni semua bawah syarikat Tan Sri Damien. Kau tahu kan, anak dia Fariz Danish. Dia pun ada kena mengena dalam hal ni dan sebagai tambahan adik dia, Firhad adalah merupakan penagih dadah." ujar Aryan.
Mereka hanya teliti membaca maklumat diberi.
"So, kau nak buat apa?" soal Luth.
Aryan senyum.
"Simple. Destroy them."
•••••
"Ni maklumat yang kau minta. Dari apa yang kau nampak. Huzair macam dah hilang sebelum kemalangan tu berlaku." jelas Luth.
Bukan mudah untuk dia cari maklumat tentang abang kandung Helena. Lagi-lagi kemalangan itu berlaku tujuh tahun dulu. Memang susahlah sebab kebanyakkan kes itu sudah tertutup.
Aryan diam memerhati setiap sudut gambar yang diambil oleh pihak berkenaan. Melihat setiap satu gambar membuatkan dia rasa tidak puas hati.
Dia tahu pasti ada sesuatu yang abnormal berlaku di tempat kejadian. Jika tidak, bagaimana Helena boleh hidup. Sedangkan, keadaan kereta itu teruk di bahagian belakang bukannya hadapan.
Melihat gambar itu penuh teliti membuatkan dia yakin kemalangan itu adalah satu rancangan dari seseorang.
Kalau ikutkan maklumat tentang keluarga Helena. Ayah Helena bukanlah seorang yang sombong hingga nak dijadikan mangsa korban.
"Yan, aku dengar cerita dari Ary. El reject kau. Betul ke?" sergah Hadif seraya melabuhkan punggung di atas kerusi berdekatan Aryan dan Luth.
Luth mendengar akan berita itu, terkejut. Jujur dia tak tahu menahu pula bahawa lelaki itu melamar Helena.
"Hmm... Dia reject aku. Tapi tak apa. Nanti aku planlah lain supaya dia dekat dengan aku. Kau orang jangan risau. Bauan nasi minyak sudah berselerak di udara."
"Jangan cakap kau nak buat kerja gila, Yan. Tahu dek mummy dan daddy memang masak kita," bicara Luth.
"Aku tahu. Sebab tu, aku perlukan mummy dan daddy dalam hal ni. Kau orang jangan risau. Aku tak cukup gila lagi nak buat sesuatu di luar kawalan. By the way, tunang tak beritahu?" sindir Aryan pada dua pupunya, Luth.
"Haah. Ni lagi seorang tunang tak bagi tahu. Nasiblah ibu tanya aku pasal kau. Kalau tak, sampai sekaranglah aku tak tahu," bebel Hadif.
Luth diam. Dia juga tiada jawapan untuk soalan Aryan mahupun Hadif. Dia pun masih terkejut sebenarnya. Tahu-tahu aje sudah bergelar tunangan orang.
"Entah. Aku pun masih terkejut sebenarnya. Yalah, tiada angin tiada ribut. Tiba-tiba abi dan umi masuk meminang anak kawan dia. Katanya nak berkenan."
"Jadi kau redha aje lah?" soal Hadif seakan tidak percaya pada Luth.
"Dah tu? Kau nak suruh aku buat apa? Melawan? Tak guna nak melawan kalau aku tak ada apa-apa. Lagipun, bukan aku tak kenal pun siapa tunang aku tu."
"Memanglah kau kenal. Tapi masalahnya kau orang tak bercinta. Tak cukup dengan tu, kau orang pernah gaduh besar tau." Kuat suara Hadif mengingatkan semula kejadian beberapa tahun lalu.
"Benda dah lepaskan? Buat apa nak kenang. Plus, aku dan dia dah matang. So?"
"Apa so-so? Tak ada so-so. Aku tengah geram dengan kau ni. Tunang tak ajak. Kalau aku tahu kau orang nak kahwin awal. Aku cari seorang untuk peneman."
"Tu lah, ada orang nak ditolak. Sekarang, baru tahu menyesal," sindir Aryan sedas.
Bukan dia tak tahu ada seseorang sedang tunggu Hadif. Tapi Hadif buat tak tahu saja kerana ingatkan dua pupunya tidak mempunyai sesiapa. Sekali, nah! Dua sekali dua pupunya bakal dimiliki orang.
"Tak apa. Nanti majlis aku dengan Helena. Kau cari jodoh dekat sana. Now, aku nak kau fokus dengan masalah yang kita hadapi sekarang. Dan jangan lupa plan kita pasal Fariz nanti," bicara Aryan.
Angguk kepala Hadif dan Luth akur dengan arahan Aryan.
"Aku dengar Faliq nak turun Malaysia. Ary tahu ke?" soal Luth.
Mengingatkan dua pupu mereka di Russia membuatkan jiwa mereka dipalu rindu. Maklumlah, mereka terpaksa berpisah jauh walaupun mereka boleh sahaja terbang ke sana. Tapi rasanya rindu mereka tidak cukup kuat seperti rindunya Ary kepada jejaka itu.
"Tak. Kau orang jangan kantoikan pula dekat Ary. Aku tak nak dia stress kalau tahu Faliq balik Malaysia."
"Kenapa? Bukan tu perkara baik ke? Kau pun tahu macam mana hubungan Ary dan Faliq tu," tutur Hadif
"Sebab aku tahulah, aku tak nak Ary stress. Lagipun, Ary ingat Faliq dah ada dekat Malaysia lama dah. Tapi rupanya... Sebab tu aku tak nak kau orang bongkarkan hal ni. Bila dah tenang sikit, baru aku beritahu Ary."
"What you mean yang Ary ingat Faliq dekat Malaysia? Jangan cakap dekat aku yang mu..."
Hadif pandang Luth. Melihat jejaka itu menutup mulutnya. Tahulah dia bahawa lelaki itu minta dia diam.
"Buat masa sekarang fokus dulu pasal Fariz. Dah redha nanti baru kita fokus pasal Ary."
.....
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...