......
TAJAM anak mata Aryan memandang tepat ke arah Aryana. Aryana duduk di sebelah Ashraff sudah mengerun ketakutan. Padahal dia tak ambil kesah pun akan pandangan tajam Aryan kepadanya.
Maklumlah, dia sudah beritahu Aryssa akan hal yang dia katakan pada petang tadi.
"Aryan... Mummy tanya ni? Betul ke?" soal Aryssa lembut. Ketika ini, mereka baru selesai makan malam bersama.
Aryan pandang wajah ibunya. Dia tahu ibunya takkan paksa dirinya untuk berkahwin. Tapi melihat cahaya mata bersinar mummynya, dia tahu mummynya mahu dia berkahwin.
"No, mummy. Kita orang baru kenal. Tak sampai seminggu lagi. Plus, dia datang pejabat sebab perniagaan hotel je, my. Tak lebih tak kurang." jelas Aryan.
"Tapi... Masih boleh berkawan kan?" celah Aryana.
Aryan memandang wajah Aryana. Sabar ajelah dapat kembar tak cukup akal begini.
"Ary. Enough. Biar la Yan buat keputusan. Kamu tu jangan nak kenenkan Aryan je. Kamu tu tak ada calon?" sindir Ashraff.
Aryana mencebik.
"Tak ada. Lagipun selagi Yan tak kahwin. Ary tak nak kahwin. Plus, siapalah nakkan Ary ni kan? Dah la hodoh lepas tu degil, kuat menipu, apa lagi Yan kau tambah jap," pinta Aryana meminta abang kembarnya menyenaraikan keburukan dirinya.
Geleng kepala Aryssa melihat anak perempuanny terlebih akal.
"Dah-dah. Mummy penat nak dengar kau orang dua gaduh. Nasib Arieq tak ada. Kalau tak memang pening kepala mummy nak lyan kau orang," bebel Aryssa.
Aryana sudah tersengih manakala Aryan hanya tayang wajah kosong.
"Tapi kan mummy. Mummy sebenarnya berkenan dengan Helena kan? Kan?" usik Aryana.
"Aryana..."
"Apa? Ary tanya je." cebik Aryana apabila ditegur oleh Ashraff.
"Dah-dah, jangan gaduh boleh tak? Aduh, pening kepala mummy layan korang dua ni tahu tak?" marah Aryssa.
Serentak dengan itu, kedua-dua diam menikus. Meskipun, umur sudah menginjak 25 tahun. Perangai tak ubah seperti budak 5 tahun. Gaduh sesaja.
"Sowwy," manja Aryana meminta maaf. Manakala Aryan tidak berkata apa-apa kerana dia tidak bersalah dalam hal ini.
"Erm, sebelum mummy lupa. Make sure, minggu depan tiga-tiga ni cuti eh. Kalau tak..." tajam anak mata Aryssa memandang tiga mahkluk di hadapannya.
"Kenapa tiba-tiba sayang minta kita orang minta cuti ni? Ada apa-apa planning yang I tak tahu ke?" soal Ashraff. Sedikit terkejut tiba-tiba isterinya meminta seluruh ahli keluarga cuti serentak.
"Haah, mummy. Kenapa tiba-tiba minta kami cuti serentak? Nak kata ada majlis. Rasanya baru je semalam kita pergi kan? Takkan ada lagi." tebak Aryan. Selalu kalau mummy minta cuti. Tak lain tak bukan pasti ada aktiviti melibatkan keluarga.
"Betul. Kita ada majlis kahwin nak kena hadir," ujar Aryssa.
"Kahwin? Siapa kahwin? Mummy ke daddy?" soal Aryana.
Serentak itu sebuah bantal selamat terkena pada mukanya.
"Daddy!!"
"Tu sebab kamu cakap mengarut."
Aryan melepaskan ketawa jahat. Melihat adik kembarnya kena marah dengan Ashraff membuatkan dia puas.
"Ish, merepek apa kamu ni, Ary. Ni majlis kahwin anak Mama Azira."
"Zira?"
"Siapa?"
"Syakil ke mummy?"
Serentak ketiga-tiga itu bertanya soalan kepada Aryssa. Aryssa menghela nafas berat. Payah juga ada anak-anak terlebih biul ni.
"Iya, Syakil kahwin. Anak Azira. Puas?" jawab Aryssa, satu per satu merujuk soalan suami serta anak-anaknya.
"Tapi... Sejak bila pula Syakil bertunang, sayang? Biy tak tahu pun?" soal Ashraff. Pelik bila tiba-tiba Aryssa beritahunya, anak kepada sepupunya mahu berkahwin.
"Mana la sayang tahu. Azira baru bagitahu sayang pagi tadi. Dia kata kahwin dengan orang biasa je. Orang kampung."
"Wait a minute, mummy? Kampung?" soal Aryana. Raut wajah mula berubah kepada sesuatu yang sukar ditafsirkan.
Aryssa mengangguk kepalanya.
"Yup. Kenapa? Kamu tak suka?" soal Aryssa kepada Aryana. Dia tahu anak-anaknya pasti tak suka dengan suasana kampung. Maklumlah sejak kecil hanya menetap di bandar.
"No! Bukan tak suka tapi terlebih kepada suka! Maigod akhirnya dapat juga merasa balik kampung!" teruja Aryana apabila mengetahui dia bakal pulang ke kampung.
Geleng kepala Aryan dengan perangai adik kembarnya. Balik kampung macam nak pergi overseas. Excited.
"Kau jangan nak excited sangat, Ary. Nanti kaki kau kena pacat ke apa jangan kau nak menjerit panggil nama aku."
"Bluerkk! Tak kesah. Lagipun, entah kau yang panggil aku. Macam boleh percaya aje kau tu." sindir Aryana, sengaja.
Tajam anak mata Aryan memandang adik kembarnya. Kalau bukan sebab mereka adik beradik kembar. Memang dah lama dia campak Aryana jauh dari sini.
......
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...