R || 13

585 45 2
                                    

.....

HELENA berjalan santai sambil mencari pakaian di pusat membeli belah terkenal itu. Hampir seminggu dia tidak keluar berseronok kerana kerja yang banyak di hotel. Tambah pula ketiadaan Diana di rumah memang jarang dia hendak keluar.

Khusyuk melihat kiri kanan butik berada di mall. Tiba-tiba bahunya dirempuh kasar oleh seseorang. Helena mengaduh. Boleh tahan kuat, bahunya dirempuh.

"Hey! Kau buta ke?" marah gadis itu.

Dengar suara itu seakan sudah lali di telinganya. Helena menanggalkan rayban hitamnya di wajah. Atas bawah matanya memandang wajah gadis itu. Seperti tidak sangka bahawa dia akan berjumpa dengan gadis itu di sini.

"Kau!" Terkejut gadis itu apabila mengetahui Helena berada di hadapannya.

"Huh, tak sangka kau hidup lagi," ujar Helena memerli.

"Kenapa? Kau rasa kasihan dekat aku ke?" bidas gadis itu, sinis.

"Excuse me. Siapa kau, sampai aku perlu kesian dekat kau?" sinis Helena memandang sepupunya.

"Hey, Sophea! Kau jangan buat-buat lupa pula yang aku ini sepupu kau. Kalau bukan sebab papa aku nak ambil kau duduk rumah kita orang. Kau ingat kau siapa?"

"Dengar sini, Sara Alaynna. Aku tak minta pun papa ambil aku. Kalau papa kau tak ambil aku sekalipun. Aku boleh jaga dirilah. Tapi di sebabkan papa kau merayu dekat aku. Biar aku dijaga oleh dia. So, aku ikut. Kau ingat aku hamak sangat ke duduk dengan keluarga kau?"

Tujuh tahun lepas, dia tak pernah terfikir untuk duduk bersama keluarga saudara maranya. Meskipun, dia baru kehilangan keluarga. Dia tahu tiada siapa di antara boleh dipercayai kerana harta yang dimiliki serta merta jatuh padanya.

Tambahan, ketika itu umurnya sudah cukup matang untuk menjalani hidup sendiri. Namun, disebabkan sayang akan seorang bapa saudaranya. Dia terima untuk dijaga oleh lelaki itu.

Malas hendak terus berbalah dengan sepupunya itu. Helena mengambil langkah untuk beredar dari situ. Dari dia terus tersakiti, baik dia blah.

Bukan dia tak kenal perangai sepupunya bagaimana?

Namun baru beberapa langkah, terhenti kakinya apabila nama Aryan di sebut oleh Sara. Dia tidak tahu bagaimana Sara boleh tahu hal Aryan.

Tapi dia yakin dia sudah sorok sehabis baik akan identiti lelaki itu.

"Kenapa? Terkejut aku boleh tahu pasal Aryan?" soal Sara, memerli.

"Nope. Aku tak terkejut pun kau boleh kenal Aryan. Sebab, ya lah. Dia kan arkitek terkenal. Siapa aje tak kenal? Tambah pula, CEO of DA and Eldrin's Hotel. Fuh, rugilah kalau tak ada yang kenal kan?" provok Helena sengaja.

"Tapu sayang... Kenal ke, dia dengan kau? Silap-silap belum sempat kau jumpa dia, dia dah tolak jumpa kau," sambung Helena sambil ketawa kecil.

Sara ketap bibir geram. Dia sedar kelebihan yang dimiliki oleh Helena menyukarkan dia. Mana mungkin Aryan pandang dia.

"Kau jangan ingat, kau ada berkait rapat dengan Aryan. Kau boleh senang? Not to much, Helena. Langkah mayat aku dulu." gertak Sara.

Helena senyum sinis. Sikitpun dia tak tergugat akan gertakan sepupunya itu.

"Ouh, aku kena langkah mayat kau dulu eh? Kejap, aku buat sekarang."

"Helena Sophea!" Helena senyum. Sinis. Tch, tadi berani sangat cakap macam tu.

Sara menaik menunding jarinya ke arah Helena. Sungguh dia tidak sangka bahawa Helena berani hendak melakukan sesuatu kepadanya.

"Hmm? Kenapa angkat jari macam tu? Kau ada nak cakap sesuatu dengan aku ke? Yalah, selalu kau dengan mama kau kan suka cakap bukan-bukan pasal aku?" sengaja Helena memarakkan hati Sara. Dia tahu Sara takkan berani melawannya di sini. Kerana tika ini, dia yang berkuasa.

"You too much, Sophea! Kau jangan nak tuduh orang, kau pun sama kan?! Dasar kaki kikis."

"Dan kau lagi teruk dari aku," tambah Helena tanpa segan silu.

•••••

HELENA merebahkan dirinya ke atas katil miliknya. Siling rumah di tenungnya. Peristiwa tujuh tahun lalu amat memedihkan hatinya. Kalau bukan sebab dia mungkin keluarganya masih hidup tika ini.

7 tahun lalu...

"Seronok la, adik. Hadiah mama papa belikan," usik Saqeef, abang kepada Helena.

Helena mengukir senyum. Dia memandang wajah mama dan papanya yang sedang memandu di hadapan. Tidak dia sangka bahawa kedua ibu bapanya akan beli hadiah untuknya sempena kejayaan menduduki nombor satu dalam peperiksaan.

"Terima kasih, mama, papa. Adik bersyukur sangat mama dan papa belikan hadiah yang adik minat sangat." Teruja Helena apabila hadiah yang dipintanya dapat ditunaikan.

"Sama-sama, sayang. Selagi mama dengan papa masih hidup. Kami akan beri apa-apa keperluan adik minta. In Sha Allah." Helena mengukir senyum. Gembira melihat keluarganya kelihatan bahagia.

"Abang pun akan bagi apa adik minta."

Helena mencebik mendengar ayat yang dituturkan oleh abangnya.

"Ceh, abang menipu boleh la."

"Eh, abang tak tipu la. Betul, abang akan beri apa-apa hadiah adik minta."

"Okay. Kalau macam tu, adik nak abang peluk adik. Bukan untuk hari ini tapi selamanya. Promise?" Jari kelingking naik, dihulur kepada abangnya.

Puan Asiah dan Encik Muaz melihat aksi dua beradik itu melalui cermin pandang belakang, ukir senyum. Gembira mereka melihat keakraban dua beradik itu.

Saqeef senyum lalu menyambung jari kelingkingnya bersama adiknya.

"Janji."

"Abang!" Helena tersedar dari tidur lenanya. Telefon pintar yang terletak di atas night stand dicapai lalu dibuka melihat jam.

0430 a.m

Helena meraup wajahnya. Mimpi tadi seakan bermain di mindanya. Tanpa dia sedar, dia menangis merindui keluarganya.

"Mana janji abang? Mana? Mana abang?" Helena mengogoi menangis teringat akan janji abang kandungnya bersamanya, tujuh tahun lalu.

Dan kerana janji itu juga, mereka sekeluarga terlibat dalam satu kemalangan.

.....

HelenaWhere stories live. Discover now