.....
TUK! Tuk! Tuk!
"Masuk," laung Helena apabila pintunya diketuk sebanyak tiga kali.
Tanpa hiraukan siapa yang melangkah masuk ke dalam biliknya. Helena khusyuk melakukan kerjanya. Sejak hotelnya bekerjasama dengan Eldrin's banyak kerja yang harus dia lakukan hingga terabai kerja keduanya sebagai gold digger.
"Pieya?"
Angkat kepala Helena dengar nama panggil rumahnya disebut. Melihat seseorang yang dikenali menyapa pandangan matanya. Bulat matanya terkejut. Sungguh dia tak sangka bahawa hari ini dia akan terima kujungan lelaki itu.
"Papa!"
Lebar bibir Dato Rahim mendengar panggilan ayah disebut oleh Helena. Mendengar nada yang digunakan, Dato Rahim yakin Helena pasti tidak sangka bahawa dia akan datang ke sini hari ini.
"Pieya sihat?" soal Dato Rahim sebaik melangkah masuk ke dalam bilik Helena.
"Alhamdulilah. Sihat. Papa sihat? Rindunya Pieya dengan papa." Tangan bapa saudaranya dikucup lalu memeluk tubuh bapa saudaranya. Baginya, tanpa bapa saudaranya pasti dia tidak berada di sini hari ini.
"Sihat. Papa pun rindu dengan anak kesayangan papa seorang ni," ujar Dato Rahim. Ubun Helena dikucupnya kilas.
Helena lepas tawa kecil lalu meleraikan pelukan. Sofa dituju lalu masing-masing melabuhkan punggung. Telefon gagang yang berada di sisi, ditekan satu nombor yang bersambung dengan pembantu peribadinya.
"Ayna, tolong bawakan air untuk Dato Rahim. Kopi O kurang manis dan saya macam biasa," pesan Helena kepada pembantu peribadinya.
Selesai menghantar pesanan kepada pembantu peribadinya. Helena teruja berjumpa dengan bapa saudaranya. Lebar bibirnya mengukir senyum.
"Apa hajat papa datang jumpa Pieya hari ini? Macam tak sangka setelah beberapa tahun Pieya dirikan HS Hotel. Akhirnya, papa sampai juga dekat sini."
"Ya. Papa pun tak sangka yang akhirnya papa sampai juga hajat nak jejak kaki ke sini. Sebelum ini, papa asyik sibuk aje," balas Datuk Rahim.
Helena senyum. Walaupun bapa saudaranya selalu sibuk. Sekurangnya, bapa saudara tahu bahawa dia ada untuk membantu bapa saudaranya.
"Kalau arwah abah dan mama Pieya hidup lagi. Mesti dia orang bangga dengan Pieya kan?" soal Datuk Rahim membuka pekung di dada.
Helena diam. Kepala angguk setuju dengan soalan Datuk Rahim. Andai saja kedua-dua ibu bapanya bersama abangnya masih hidup. Dia yakin mereka pasti bangga dengan dirinya.
"Maafkan papa, Pieya. Papa bukan sengaja nak buat Pieya sedih. Papa..."
"Tak apa, pa. Pieya faham. Kalau Pieya dekat tempat papa pun akan soal benda yang sama. Terima kasih, papa sebab sudi jaga Pieya. Pieya tahu Pieya dah banyak menyusahkan papa dan aunty Dian."
"Hey! Apa ke cakap macam tu dekat papa. Papa ikhlaslah jaga Pieya. Kalau bukan papa? Siapa yang nak jaga Pieya? Mak Teh? Pak su? Hmm, alamatnya memang rosaklah hidup Pieya dengan dia orang. Bukan Pieya tak tahu Mak Teh dan Pak su tu macam mana? Tamak. Nasib anak-anak tak turun sama keturunan macam mak pak dia orang," kutuk Datuk Rahim.
Helena senyum. Terhibur perasaannya mendengar kutukan bapa saudaranya kepada dua orang adiknya. Helena akui, Mak Teh dan Pak su tidak pernah menyukainya. Malah kalau boleh mereka mahukan dia jauh dari anak-anak mereka. Dan kerana itulah dia tak rapat dengan Dian kerana Mak Teh tak izinkan gadis itu rapat dengannya. Manakala Idlan, rapat dengannya secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa.
"Hmm, sebelum lupa. Papa datang sini sebab nak ajak Pieya balik rumah. Pieya ingat lagi tak, Sara? Alaa, sepupu kamu juga macam Dian dan Idlan," kata Datuk Rahim cuba mengingat kembali anak perempuannya kepada Helena.
Helena dengar sebaris nama itu hanya tayang wajah biasa. Sara. Huh, tipulah kalau dia tak ingat gadis bernama Sara itu. Baru saja dia jumpa gadis itu di mall minggu lepas. Entah bapa saudaranya tahu ke tak anaknya berada di Malaysia.
"Ingat. Kenapa dengan dia? Dah balik Malaysia ke, papa?" soal Helena sengaja bertanya soalan itu pada bapa saudaranya.
"Ya. In Sha Allah, esok dia sampai. So, papa ingat nak buat makan-makan sikit," kata Datuk Rahim sekali gus menjemput anak saudaranya datang ke rumah.
Angguk kepala Helena mendengar jemputan itu. Heh, kalaulah bapa saudaranya tahu sudah berada di Malaysia sejak seminggu yang lalu. Mungkin lelaki itu takkan buat majlis makan-makan.
"Pieya sibuk ke hujung minggu ni? Kalau sibuk, papa boleh buat tarikh lain. Janji Pieya balik rumah," kata Datuk Rahim.
"Eh, tak! Pieya okay aje cuma terkejut. Tak sangka Sara dah habis belajar. Yalah, dulu kan kuat buli Pieya."
"Pieya... Pasal tu, papa minta maaf. Mama..."
"It's okay, pa. Pieya tak ambil hati pun. By the way, papa nak Pieya sponsor apa-apa ke untuk majlis Sara?" tanya Helena. Sengaja dia berkata begitu. Manalah tahu Sara terkejut tengok dia sponsor sesuatu yang mahal kepadanya.
"No need. Pieya cuma perlu datang rumah aje. Dan kalau boleh, Pieya bawalah kawan untuk teman Pieya. Papa bukan apa, risau Pieya bosan. Pieya bukan tak tahu mama macam mana," ujar Datuk Rahim memberi maksud kepada Helena.
Helena senyum. Kepala angguk memahami maksud Datuk Rahim. Dia tahu Datuk Rahim tak mahu sesuatu buruk berlaku kepadanya.
"Kalau tak ada apa-apa, papa balik dulu. Ingat Pieya. Datang rumah. Papa tunggu."
"Baik." Akur Helena mengikat janji.
.....
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...