A || 23

87 12 0
                                    

.....

Aryan melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar mencari kelibat ibu serta ayahnya. Dia ada sesuatu hendak dikatakan pada mereka berdua.

"Hah, Yan. Cari apa? Dari tadi mummy tengok kamu terjenguk-jenguk. Kenapa? Ada masalah ke?" sergah Aryssa muncul di tepi Aryan.

Aryan terkejut. Kepala berpaling memandang susuk tubuh Aryssa. Meski, wanita itu sudah berusia lima puluhan. Raut wajah wanita itu tetap nampak cantik dan awet muda.

Patutlah, daddy tak cari lain.

"Arief Aryan..."

"Hah? Sorry, mummy. Yan serabut sikit hari ini," luahnya.

"Serabut? Serabut kenapa? Meh, sini cerita dekat mummy. Why? Yan ada masalah ke?" soal Aryssa seraya gamit anak sulung mendekat ke arahnya.

Aryan akur. Punggung labuh di sisi mummy. Tanpa banyak soal, kepalanya dijatuhkan pada peha Aryssa.

"Yan tak ada lah serabut mana pun. Biasalah ada musuh tak puas hati dengan Yan," adunya.

"Musuh mana pula kali ini? Mummy rasa Yan dah lama tak ada musuh kecuali yang baru-baru ni. Yan dah siasat ke, siapa di sebalik logo tu?" soal Aryssa sambil mengusap lembut rambut anaknya.

"Musuh zaman sekolah aje, my. Dia tak puas hati dengan Yan aje. Lagipun, dia tokan dadah. So, Yan buat apa yang patut ajelah. Dan pasal mummy cakap tu... Sorry. Yan masih tak jumpa. Yan masih perlukan masa untuk tahu siapa musuh kita tu, mummy."

"Tak apa. Take your time. Mummy dulu pun ambil masa juga nak tumpaskan musuh dulu. Chill. Lambat laun, kita tetap akan tahu juga siapa musuh kita tu."

Aryan diam. Mata dipejam menikmati belaian si ibu. Jujur, dia rindu hendak bermanja dengan Aryssa.

"Sebelum Yan lupa. Esok, Faliq turun Malaysia. Ada hal katanya," ujar Aryan.

"Baguslah. Nanti suruh dia datang rumah. Biar mummy masak untuk dia. Mesti dia rindu masakan mummy kan?"

"Tak tahulah, my. My masak aje apa-apa untuk dia. Semua dia makan."

"Yalah. Nanti mummy masak. Ni Yan ada apa-apa nak cakap dengan mummy lagi ke? Kalau tak ada, mummy nak naik. Penat. Nak rehat."

Aryan dengar akan hal itu. Laju bangun dari tempat baringnya. Mata memandang wajah Aryssa. Dia tak tahu permintaannya bakal mengejutkan Aryssa. Tapi dia sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawab itu.

"Mummy..."

"Ya. Kenapa? Yan ni pelik-peliklah malam ni. Selalu Yan tak macam ni. Yan gaduh dengan Ary eh?" tebak Aryssa.

Dia kenal anak-anaknya. Kalau salah seorang sudah bermanja dengannya. Pasti tengah gaduh.

Aryan geleng kepala perlahan. Dia tak gaduh dengan Aryana. Bahkan, gadis itu juga dia tidak kelihatan kerana sibuk. Jadi ceruk mana nak bergaduhnya pun.

"Bukan. Yan tak gaduh dengan Ary. Yan..." Telan liuar Aryan hendak menyatakan ayat itu.

Dia tak tahu bagaimana orang lain boleh sebut dengan mudah. Tapi jujur, ini adalah sesuatu yang mengejutkan mereka sekeluarga.

"Yan?"

"Ehem! Daddy mana? Yan nak daddy ada sekali dalam pengumuman Yan."

"Hah? Yan nak umum apa? Daddy ada dekat sini. Daddy dekat atas tadi ada kerja. Kenapa?" sergah Ashraff mengatur langkah ke arah Aryssa dan Aryan.

Aryan pandang wajah Ashraff dan Aryssa silih ganti. Dia tahu kedua-dua mereka akan terkejut. Tapi demi keselamatan Helena. Dia terpaksa.

"Yan dah lamar Helena untuk jadi isteri Yan. Tapi..."

Aryssa dengar akan bicara anak sulungnya sudah teruja. Tidak dia sangka anaknya begitu berani melamar Helena.

"Helena setuju tak? Wah! Mummy nak dapat menantu lah ni?" soal Aryssa teruja.

Aryan senyum. Melihat wajah teruja si ibu membuatkan dia tak sabar hendak meneruskan ayatnya.

"Ya, mummy bakal dapat menantu. Tapi sayangnya, dia tolak Yan, mummy." Perlahan nafas Aryan dihela.

Mengingatkan kejadian semalam membuatkan dia rasa kecewa. Dia tahu Helena takut akan keceman orang luar kerana pekerjaannya sebagai gold digger. Tapi dia tidak kesah. Kerana dia tahu pekerjaan itu bukan pekerjaan tetap Helena.

Bahkan dia juga tahu bahawa Helena melakukan pekerjaan itu kerana seseorang.

"Sabarlah Yan. Mungkin dia masih terkejut?" sangkal Aryssa. Dia tahu anak lelakinya sayangkan Helena.

Jika tidak, kenapa lelaki itu nampak gelisah ketika di kampung isteri dua pupunya, dua bulan yang lepas?

"Ya  yan tahu tu. Mungkin dia dalam terkejut sebab Yan lamar dia macam tu. Jadi... Kali ini Yan nak minta tolong sesuatu dari mummy dan daddy."

Jungkit kening Aryssa dan Ashraff mendengar bicara anak lelaki mereka. Serentak kedua-dua berpandangan antara satu sama lain.

"Maksud Yan?"

Aryan berdehem. Dia cuba untuk kekal tenang walaupun sebenarnya dia tidak tenang dengan pengumuman ini.

"Yan nak mummy masuk meminang Helena. Kalau boleh as soon as possible. Yan tak nak terlambat. Biarlah orang nak cakap apa pun. Yan tetap nak Helena jadi isteri Yan."

Terkejut Aryssa dan Ashraff mendengar permintaan Aryan. Sangkanya, lelaki itu hendak beritahu perihal lain. Rupanya...

"Are sure about this, Yan?" soal Ashraff. Hal kahwin bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila kedua-dua mereka mempunyai masalah sendiri.

Mafia dan gold digger.

Dia risau jika perkahwinan ini diteruskan. Ada sesuatu di luar jangkaan akan berlaku.

"Yes. I'm sure, daddy. Yan yakin. Yan boleh pandu rumah tangga ni. Lagipun, Yan kahwin dengan Helena bukan sebab cinta dan sayang. Tapi Yan nak lindungi dia. You know, masalah yang kita dapat baru-baru ni ada kaitan dengan Helena. Jadi, sebelum apa-apa berlaku pada dia. Yan nak jaga dia. Meskipun, dia bakal mengkhianati Yan."

Aryssa pandang Ashraff. Mendengar permintaan anak sulung mereka membuatkan mereka risau. Meski, lelaki itu kata boleh jaga diri.

Ibu bapa mana tak risaukan anak? Meski, mereka sudah lanjut usia. Anak tetap anak.

"Kalau Yan dah cakap macam tu, daddy tak boleh nak buat apa-apa sebab Yan sanggup ambil risiko tentang perkahwinan. Daddy takkan masuk campur. But if you need help, daddy dan mummy akan selalu ada," putus Ashraff.

"Betul, Yan. Mummy bangga dengan Yan sebab sanggup ambil risiko. You know, bukan mudah nak kahwin dengan seseorang ada kaitan dalam masalah kita."

Aryan pandang Aryssa dan Ashraff. Sangkanya, kedua-dua ibu bapanya akan membantah. Sebaliknya...

"Daddy tahu Yan pelik. Tapi bagi daddy itu adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Kalau dulu mummy dan daddy boleh bersama. Takkan Yan dengan Helena tak boleh bersama?"

"Maksud daddy?"

Ashraff pandang Aryssa. Dia tahu risiko bila musuh ada kaitan dengan keluarga masing-masing. Dulu, dia pun ada musuh dalam keluarga. Jadi, dia faham situasi Aryan.

"No need to know. Cukup Yan tahu masalah Yan dan Helena sama macam daddy dan mummy. Bezanya, kau orang kahwin ada majlis," ujar Ashraff.

Aryan tidak mengerti. Namun, dia malas ambil peduli. Yang penting dia dan Helena harus bersama.

HelenaWhere stories live. Discover now