A || 11

563 50 3
                                    

.....

ARYAN terus meluru masuk ke bilik dia dan Arieq sepanjang mereka berada di kampung. Panggilan Aryssa memanggil namanya turut diabainya.

"Ergh! Asal kau cakap macam tu, Aryan? Tak terasa hati ke dia?" omel Aryan sendiri. Birai katil diduduknya.

Menyesal pula cakap macam tu dekat Helena.

Tuk! Tuk! Tuk!

Kedengaran pintu bilik diketuk. Luas pintu dikuak. Figura Aryssa menyapa matanya.

"Kenapa mummy?" soalnya seolah tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Aryssa senyum. Kakinya menapak perlahan dekat ke arah anak sulungnya.

"Tak ada apa, saja nak tegur anak mummy. Kenapa tak boleh?"

Aryan senyum paksa. Dia tahu mummynya datang ke arahnya kerana mahu menegurnya.

"Bukan tak boleh tapi... Yan dah buat salah dengan mummy tadi. Yan minta maaf eh, sebab abaikan panggilan mummy," ampun Aryan meminta maaf.

Aryssa senyum. Senang dengan sifat anak-anaknya yang segera meminta maaf jika melakukan kesalahan.

"Mummy maafkan. Tapi mummy tak suka cara Yan layan Helena macam tu. Apa masalah Yan cakap macam tu dekat El?"

Aryan terkedu. Ni tak lain tak bukan pasti kembar dan adiknya sudah beritahu hal yang berlaku di sungai tadi. Argh, dia sepatutnya diamkan saja mulutnya dari berkata begitu kepada Helena.

"Mummy tahu. Yan sebenarnya dah jatuh hati dekat El kan? Dan Yan terpaksa nafikan sebab kerja kedua Yan kan?" tebak Aryssa.

Aryan tidak menjawab. Segala tebakan yang diberi oleh Aryssa memang benar belaka. Dia menyukai Helena. Namun dalam masa yang sama dia takut untuk berhadapan dengan Helena jika gadis itu mengetahui tentang kerja keduanya.

"Kalau betul Yan suka dan sayangkan dia. Jujur, Aryan." nasihat Aryssa.

"Tapi mummy, kita orang bukannya rapat macam orang lain. Baru sebulan kita orang kenal, jumpa pun gitu-gitu aje. Takkan dah jatuh cinta mummy."

"Yan. Mummy dengan daddy pun sebulan juga berjumpa dan kenal. Lepas sebulan berkenalan, terus tunang. Tunang pun dua minggu je. Lepas tu kahwin. Tapi mummy bahagia je hidup dengan daddy."

"Mummy dengan daddy lain, Yan lain."

"Apa yang lain? Mummy rasa, sama je dengan kamu. Sebelum mummy kahwin dengan daddy pun, daddy dah jatuh cinta dengan mummy. Lepas tu, baru mummy. Even, kami sama-sama ada kekurangan. Mummy tetap terima daddy kamu sepenuhnya."

Aryan tatap wajah lembut ibunya. Mendengar cerita dari ibunya membuatkan dia ragu-ragu hendak berterus terang atau tidak. Jika berterus terang, dia risau kena reject. Tapi kalau tak berterus terang...

Hmm...

•••••

"EH, Pieya. Kamu nak ke mana? Puas ibu cari kamu," tegur Mak Leha, ibu kepada Diana.

"Sorry ibu. Pieya hangat la dekat dalam. Tu ingat nak duduk kat pangkin sana. Sejuk sikit." Sengih Helena menunjukkan sebuah pangkin tidak jauh dari pintu rumah.

HelenaWhere stories live. Discover now