.....
"Tengku. Ni maklumat yang Tengku minta," kata Fahim seraya memberi ipad miliknya kepada Aryan.
Aryan segera mencapai ipad tersebut. Mata memandang satu per satu aksara yang tertera di situ.
Name : Helena Sophea Binti Muaz
Age : 25 tahun
Birth Date : 31 Mei 1999
Hospital Birth : Hospital Kuala Lumpur
Religion : Islam
Race : Melayu
Father : Muaz Bin Ahmad
Mother : Asiah Binti Imran
Abang : Saqeef Huzair Bin Muaz
**info tambahan : kedua-dua ibu bapa serta abang Helena meninggal kemalangan di tempat kejadian.
"Cik Helena juga merupakan seorang gold digger paling terkenal di Malaysia."
"Orang terakhir menjadi mangsanya adalah Isyraf Dato Ramli. Dan mereka tak pernah berhubung sejak kes Datin Afifah menampar Helena di kedai emas tersebut."
"Saya juga ada dengar dari kelab malam yang Helena pergi, Fariz Tan Sri Damien pernah cuba mendekati Helena tapi malangnya Helena menyimbahnya dengan air haram." jelas Fahim satu per satu maklumat yang diterimanya kepada Aryan.
Aryan angguk kepala perlahan. Melihat maklumat yang diterimanya cukup memuaskan hatinya.
"Bagus. Aku suka kerja kau. In Sha Allah, dalam masa terdekat ini aku bagi kau kerja berat sikit. Kau okay kan kalau aku bagi kerja berat?" soal Aryan.
"Okay aje, Tengku. Lagipun, sekarang ini saya lapang. Kalau Tengku nak bagi sekarang pun, saya okay." balas Fahim.
Aryan tarik ukir senyum. Bangga kerana memiliki anak buah yang bersemangat mahu melakukan kerja. Tak sia-sia dia ambil Fahim sebagai pembantunya di dunia kedua.
•••••
SETELAH beberapa jam dia mendengar segala perbincangan masalah dari lembaga pengarah. Akhirnya, tubuhnya dapat juga dia regangkan membetulkan segala otot sendi.
"Huh, aku tertanya la kan? Macam mana Pak Long boleh bagi kau buka perniagaan sendiri. Padahal kau tu pembawa malang je. Tak sangka pulak boleh berjaya sampai macam ni." pedas suara seseorang menyindir dirinya.
Helena angkat kepala berpaling wajah gadis yang sama baya dengannya berdiri tegak di hadapan pinyu bilik mesyuarat. Melihat kehadiran sepupunya di sini membuatkan dia tak tahu kenapa gadis itu membenci dirinya? Sedangkan mereka adalah sepupu.
Tapi saling benci membenci?
"Kau nak apa, Dian? Kalau kau datang sini sebab nak kacau aku. Tak payah la. Aku tak ada mood nak gaduh dengan kau," ujar Helena. Jujur, jika kehadiran Dian Adzara di sini semata untuk ganggunya.
Buang masa saja. Kerana dia takkan layan wanita itu.
Dian senyum sinis.
"Aku perlu mood kau ke untuk gaduh? Tak kan?"
Helena memandang Dian dengan riak menyampah. Tak tahulah apa yang dengki sangat Dian kepadanya. Nak kata, gadis itu tak berjaya? Rasanya lebih berjaya darinya. Tapi tulah, tetap tak rasa puas hati dengannya.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...