.....
"Sebenarnya, aku prank kau aje."
Dengar akan lima patah perkataan itu. Hancur hatinya dirasainya tika ini. Dia tidak tahu kenapa? Tapi... Begini kah rasa lelaki yang mendampinginya selama ini tika dia menolak cinta mereka?
"Weyh, El! Asal kau teruja nak pergi mandi sungai. Kau tahu tak, aku dengan Hana dah tak sabar nak mandi sungai tau," ujar Aryana.
Helena ukir senyum nipis. Bagaimana dia hendak teruja jika jiwa dan hatinya hancur tika ini. Dia tidak tahu kenapa dia rasa begini. Dan dia tidak sepatutnya rasa begini.
Aryan di belakang memerhati saja tingkah si Helena hanya diam sepanjang perjalanan mereka sepupu sepapat ke sungai. Bukan dia tak tahu yang Helena terasa hati dengannya.
Dengan penipuan yang diberi semalam. Siapa aje tak terluka. Di tambah pula ayat mulanya mengajak gadis itu berkahwin, pasti gadis itu sangka satu lamaran yang main-main.
"WAHHH! Cantiknya sungai dekat sini! Daebak!" jerit Aryana teruja tatkala mereka tiba di sungai yang terdapat di kampung isteri Syakil.
Aryan di belakang menggeleng kepala perlahan melihat adik kembarnya. Kenapa la dia dikurnaikan adik kembar terlebih terencat?
"Hah, Yan? Geleng kepala dah kenapa?" sergah Damia. Anak kedua, Edrian.
Aryan berpaling memandang wajah cantik kakak sepupunya. Bibir tarik ukir senyum nipis.
"Tak ada apa, kak. Pening memikirkan si Ary tu. Akhir-akhir ni dah macam orang tak betul. Mummy pun pening nak melayan."
Damia senyum. Faham dengan maksud yang dikatakan oleh adik sepupunya itu.
"Biasa la tu, Yan. Teruja balik kampung. Kamu pun tahu kan kita mana ada kampung."
Aryan mengangguk perlahan. Sepanjang mereka hidup belum pernah lagi mereka jejak ke kampung. Dan inilah kali pertama mereka ke sini. Tapi masalahnya yang terlebih teruja ni Aryana dan Hana, yang lain okay ja.
Helena melihat aksi dua rakannya, geleng kepala perlahan. Teruja jumpa sungai macam jumpa bag keluaran terbaru.
"Eh, El. Cepat la sini. Teman kita orang mandi!" jerit Hana memanggil Helena.
Helena geleng kepala menolak ajakan Hana. Bukan dia tak mahu mandi. Tapi dia tiada mood hendak mandi sungai setelah hatinya hancir buat pertama kali.
"Tak nak. Kau orang mandilah. Enjoy sepuas-puasnya. Lepas ini, susah nak datang sini."
Hana mengangguk kepala setuju dengan kata-kata rakannya. Maklumlah, mereka hanya di sini sekali saja untuk raikan dua pupu mereka berkahwin. Esok lusa mereka sudah kembali bekerja di bandar. Dan dengan kesibukan di bandar. Pasti sukar untuk mereka raikan rasa gembira sebegini.
"Yan, tolong abang pasang api ni. Boleh kita bakar-bakar."
Terdengar suara garau memanggil Aryan. Helena paling wajah memandang ke arah dua jejaka yang berada di situ. Dari jauh mata memerhati Aryan melakukan kerja yang dipinta oleh abang sepupunya.
"Aih, kalau dah suka tu jujur je la. Tak payah pendam-pendam."
Tersentak Helena dengar sergahan kecil itu. Kepala berpaling memandang ke sisi di mana dua kakak sepupu Aryana dan Hana berada. Helena mengukir senyum manis.
"Dah berapa lama kamu kenal dengan Ary dan Hana? Setahu akak dua orang tu jarang nak ada kawan?" soal Damia mula mengambil tugasnya sebagai seorang kakak.
"Ermm, dalam dua ke tiga tahun. Kami kenal masa sama-sama masuk modeling. Ingatkan dua orang tu kawan sebab berkepit je tapi tak sangka mereka sepupu," tutur Helena bercerita.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...