.....
"YAN."
Aryan baru melangkah ke kereta miliknya, berpaling tatkala telinganya mendengar suara seseorang memanggilnya. Melihat kembarnya berlari ke arahnya dengan pakaian lengkap ingin keluar membuatkan dahinya berkerut seribu.
Baru dua hari dia pulang ke Malaysia. Namun baru hari ini dia nampak kelibat kembarnya itu.
"Hantar aku ke hotel Helena boleh? Aku nak jumpa dia," kata Aryana memberi arahan kepada kembarnya.
"Hotel Helena? Dah kenapa kau nak pergi ke sana pula? Macam tak ada hotel sendiri aje," sindir Aryan, menyampah.
"Ish, suka hati aku lah. Lagipun, El yang ajak aku keluar. So, ada masalah ke?" bidas Aryana membalas sindiran Aryan.
"Tak ada. Tapi kereta kau mana? Bukan selalu kau paling rajin ke, nak drive?"
Bukan sehari dua dia kenal kembarnya itu. Selalu gadis itulah yang paling tak suka tumpang keretanya walaupun serumah. Tapi hari ini? Tiba-tiba aje.
"Kereta aku dekat bengkel. Arieq calarkan kereta aku."
Aryan menjungkit kening. Arieq calarkan kereta Aryana? Hmm, nampak sangat tempah maut Arieq.
"Kalau kau tak nak hantar. Tak pe, aku boleh tempah grab." Laju tangan Aryana mengambil telefon pintar miliknya di dalam bag tangannya. Applikasi grab dibuka.
Namun belum sempat dia hendak menempah. Laju telefon pintarnya dirampas.
"Oi! Tak yah la rampas!" dengus Aryana.
Aryan memandang wajah kembarnya tanpa perasaan. Applikasi grab dideletenya.
"Masuk. Aku hantar. Kau jangan nak buat perangai naik grab. Aku tahu kau naik grab siap kau!"ugut Aryan.
"Laaa, naik grab pun nak ugut ke? Bukannya tak ada duit nak bayar," balas Aryana. Kakinya atur melangkah ke pintu penumpang.
"Aku ugut sebab sayang. Kalau melayang nyawa kau? Siapa nak ganti? Aku?"
"Ish, ya la ya la. Baru nak feeling selekeh sikit," kata Aryana.
Aryan tarik senyum sinis. Melihat pakaian yang tersarung pada tubuh Aryana membuatkan dia hendak lepas tawa besar.
"Kenapa?" soal Aryana apabila sedar Aryan seakan hendak ketawa pada dirinya.
"Nak feeling selekeh, tak pakai dress mahal-mahal kak."
Aryana hanya menjeling. Malas dia mahu bertekak dengan kembarnya itu. Akhirnya mereka berdua turut meninggalkan rumah banglo.
•••••
JAM dipergelangan tangan di kerling kilas. Melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul satu membuatkan dia sedikit resah.
Mana tak resah kalau Aryana kata, beliau akan berada di sini sebelum pukul satu. Tapi nak hampir pukul satu pun, kelibat Aryana masih tidak kelihatan.
Hari ini, mereka berdua sudah berjanji mahu ke shopping mall. Tapi apabila dia mahu mengambil Aryana. Aryana menolak, katanya ada orang hantar dan hanya menunggunya di hadapan pintu hotel.
Leka menunggu, tiba-tiba sebuah kereta Audi Rs7 berhenti di hadapannya. Melihat number plat kereta itu sudah semestinya dia tahu siapa pemilik kereta mewah itu.
"Lama dah ke, kau tunggu?" soal Aryana sebaik keluar dari kereta mewah itu.
Helena memandang kilas wajah lelaki itu. Walaupun kejap. Lelaki itu tetap kelihatan kacak, seperti hari-hari sebelumnya.
YOU ARE READING
Helena
Romance• romance • - BOOK 2 - 2ND SERIES OF SHE Sequel : Aryssa TENGKU ARIEF ARYAN × HELENA SOPHEA kesinambungan cerita pertama, juga sudah tamat tapi dimansuhkan atas sebab-sebab tertentu. kini sedang diupdate dan diubah. ; on - going ! [ revamp version...