Eiman hanya diam sepanjang perjalanan. Sejak terserempak dengan Rhea dan Ashraf tadi entah kenapa fikiran nya terasa seakan terganggu. Wardah yang duduk di sebelah sudah ketap bibir bila melihat Eiman yang tiba-tiba saja berubah diam sejak dia berjumpa dengan minah rambut karat itu tadi.
"Err Eiman... masih awal lagi ni.. kita jalan-jalan dulu nak?" Wardah cuba memecahkan kesunyian. Dia akan cuba ambil semula hati Eiman. Bukan senang hendak menawan hati lelaki seperti Eiman ini.
Alang-alang dah lelaki ini seakan suka kan dia, biar dia terus berjuang untuk dapat kan lelaki ini sehingga menjadi milik dia.
Eiman menoleh sekilas sebelum melihat semula ke depan.
"Wardah nak ke mana?" Soal nya perlahan.
"Tak kisah la mana-mana. Ke shopping mall ke.."
Eiman angguk. Mengikut saja cadangan Wardah. Lagipun dia memang tidak masuk pejabat lagi petang ini. Mood nak bekerja sudah hilang entah ke mana. Lantas kereta terus saja di pandu menghala ke arah shopping mall yang berdekatan.
Wardah lirik senyum. Dia kemudian mengeluarkan telefon bimbit nya sebelum menaip sesuatu di akaun instagram nya. Dia mengambil gambar nya bersama dengan Eiman secara curi-curi sebelum dia terus memuat naik gambar itu ke akaun instagram nya. Dan dia juga adalah antara rakan pengikut yang mengikuti akaun instagram minat rambut karat tu. Jadi kalau dia muat naik apa saja di akaun instagram nya, sudah pasti minah rambut karat itu akan dapat melihat dan membaca apa yang di update nya di situ.
'Bercinta dengan pelumba nombor 1 negara.. impian semua wanita'
Itulah caption yang di taip oleh Wardah sebelum dia terus menekan butang post. Sekarang dia berpuas hati sebelum telefon bimbit itu di simpan semula ke dalam beg tangan nya.
Eiman memasuki laluan menghala ke shopping mall. Sekarang sudah pukul 2.30 petang. Hari bekerja begini tentu saja tidak ramai pengunjung yang datang ke sini. Lagipun dia sendiri sudah lama tidak menjejakkan kaki ke shopping mall sebab terlalu sibuk menguruskan syarikat dan hujung minggu pula dia selalu nya akan training di litar lumba.
Eiman memberhentikan kereta setelah mendapat tempat parkir. Enjin kereta terus di matikan sebelum dia melangkah keluar. Wardah juga terus melangkah keluar sebelum mereka beriringan menghala masuk ke pintu utama shopping mall.
"Eiman, saya nak masuk ke kedai kasut tu boleh?" Wardah melihat ke arah kedai kasut Sketchers di situ. Mana la tahu untung dapat Eiman belanjakan dia beli kasut mahal ni.
"Oh, okay..." Eiman hanya menurut saja permintaan Wardah.
"Yeay... thank you... jom..." Wardah terus saja meluru masuk ke situ. Teruja hendak melihat koleksi-koleksi kasut Sketchers di situ.
Eiman sekadar mengekori di belakang Wardah sambil tangan di seluk ke dalam poket seluar. Sesekali dia membelek-belek juga kasut-kasut lelaki di situ. Bosan menunggu, kaki melangkah menuju ke tempat duduk dan dia sekadar duduk di situ menunggu Wardah. Pandangan hanya di hala ke luar pintu kedai. Bosan pun ada sebenarnya.
Rhea dan Ashraf juga baru tiba di shopping mall untuk menghadiri sesi wawancara sekejap lagi dengan wartawan dari majalah hiburan di ruang legar ini pada jam 3.30 petang nanti. Rhea sebagai wartawan peribadi pula akan membuat laporan yang lebih terperinci nanti sebelum di edit dan di hantar untuk di terbitkan di majalah hiburan. Laporan dia mesti lebih lengkap dan lebih terperinci daripada laporan wartawan-wartawan lain.
Ashraf terus menghala ke arah lobi hotel yang berada di bahagian hujung shopping mall ini untuk sesi make over sebelum sesi wawancara di adakan.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...