"Mana Eiman dengan Rhea, Max?" Soal Haq sebaik sahaja dia melihat Max yang sudah labuhkan duduk dengan pinggan yang penuh dengan nasi dan lauk asam pedas. Masuk yang ini kali kedua dah Max tambah makan nasi.
"Masih kat atas lagi la kot uncle" Max sudah telan liur berkali-kali melihat lauk asam pedas di dalam pinggan nya. Baru hendak menyuap nasi ke dalam mulut, terus terhenti tangan nya bila mendengar lagi soalan dari uncle Haq.
"Dia orang buat apa lagi kat atas tu?" Soal Haq hairan. Kenapa budak-budak ni masih tak turun lagi. Sudah setengah jam mereka duduk makan di sini. Ada yang sudah selesai makan pun.
"Tak pasti pulak saya uncle" Max pandang wajah Haq sambil berkerut-kerut dahi nya kerana masih menunggu masa hendak menyuap nasi di tangan nya ke dalam mulut. Mana la dia tahu apa yang orang kat atas tu buat. Dah dia duduk kat bawah ni. Huhu.
"Eishal , pergi naik tengok mana along dengan kak Rhea. Apa dia orang buat lama sangat kat atas tu" Arah Haq lagi.
Sebab selepas ni dia dah rangka beberapa aktiviti riadah untuk mereka lakukan sampai petang nanti. Dia tak nak ada yang tidak ikut serta nanti.
"Eh takpe, tak pe, biar saya yang pergi tengok dia orang uncle. Lagipun saya dah habis makan ni" Wardah berbesar hati menawarkan diri.
Sejak tadi dia sudah tidak senang duduk di situ. Makan pun tiada selera sebenarnya. Sudah setengah jam berlalu namun Eiman dan Rhea masih lagi belum turun ke bawah. Entah apa yang mereka buat dekat atas tu. Membawa rasa hati yang geram, dia bingkas berdiri sambil memaniskan muka memandang ke arah Haq.
"Ha yelah kalau macam tu. Terima kasih Wardah"
Wardah angguk dan dia terus saja berlalu dari situ. Langkah kaki di ayun selaju mungkin kerana mahu sampai dengan segera ke tingkat tiga. Entah apa yang minah rambut karat tu buat dengan Eiman dekat atas tu. Memang tak tenang hati nya memikirkan.
"Max, temankan Wardah naik"
Terus tersedak Max yang tengah sedap mengunyah nasi bila mendengar arahan dari ayah Eiman itu. Aduh! Dah la tengah sedap-sedap makan asam pedas ni. Cari pasal betul la Eiman ni. Dah daddy Haq arah, mana berani nak bantah. Lambat-lambat dia bangun sambil memandang sayu ke arah pinggan nasi nya di situ. Nanti jumpa lagi la ye nasi.
"Ba...baik uncle...." Max segera mencuci tangan sebelum dia melajukan langkah kaki mengejar Wardah yang sudah berada di luar cafe.
Wardah yang sudah sampai di hadapan lif terus saja menekan butang lif. Tidak lama menunggu pintu lif terus terbuka dan dia terus saja meloloskan diri masuk ke dalam perut lif. Max yang mengejar di belakang tergopoh-gopoh juga meloloskan diri masuk ke dalam perut lif sebelum pintu lif tertutup rapat.
Max menoleh sekilas ke arah Wardah yang nampak macam tertelan batu saja gaya muka nya tu.
"Uittt ustazah! Ko apehal rajin sangat nak tawarkan diri naik ni?" Soal Max sambil bersandar di dinding lif.
Wardah menjeling tajam ke arah Max yang memandang nya dengan pandangan sinis di situ.
"Wooo macam nak terjojol biji mata tu jeling orang. Tapi kan masa aku kat sekolah tu, apa yang aku tengok semua ustazah baik-baik, ayu, sopan je.. tak de pulak aku tengok ustazah kat sekolah tu jeling-jeling macam ni. Memang la aku tak masuk kelas Pendidikan Islam, tapi kan ada juga yang pakaian ala-ala ustazah mengajar subjek lain. Elok je aku tengok. Kau dulu sekolah mana eh?" Panjang berjela pula soalan Max.
"Diam lah kau!"
Terkejut Max dengan jerkahan itu. Biar betul ustazah ni.
"Ustazah tak cukup kasih sayang agak nya kau ni. Kahkahkahkah!!!" Max ketawa geli hati sambil menahan perut nya.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romansa🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...