Deringan telefon bimbit yang nyaring sedikit menganggu fokus Eiman yang sedang memandu. Dia mengerling sekilas ke arah skrin iphone nya yang masih berkelip-kelip. Naik nombor yang tidak di kenali di situ dan dia hanya membiarkan sahaja panggilan itu tidak berjawab.
Tidak lama selepas itu, iphone nya berdering lagi sehingga Haq terus menoleh ke situ.
"Kenapa tak jawab call tu Eiman?"
"Tak penting dy. Nombor tak di kenali malas la nak jawab" Eiman terus saja memandu perlahan menyusuri jalanraya yang mula sibuk ketika ini. Sekarang sudah pukul 1 tengahari.
Sekali lagi iphone nya menyala. Eiman mula kerut dahi. Kenapa berkali-kali nombor yang sama ini menghubungi nya?
"Jawab je lah Eiman. Takut ada panggilan penting ke apa tu" Haq bersuara lagi.
Eiman pantas menekapkan earbuds ke telinga nya sebelum dia menyentuh butang menjawab. Kedengaran suara seorang lelaki menyapanya di hujung talian.
"Assalamualaikum, Encik Eiman Firas ke?" Soal suara itu menyebabkan Eiman sedikit hairan.
"Waalaikumussalam. Ya saya. Siapa ni ya?"
"Saya Inspektor Fakrul. Encik kenal dengan Encik Maxwell anak Anthony ke?" Eiman semakin hairan bila mendengar lelaki yang sedang bercakap dengan nya sekarang adalah seorang pegawai polis.
"Dia kawan saya. Kenapa ya Inspektor?" Hati mula rasa tidak tenang sekarang ini. Ada apa-apa yang telah berlaku dengan Max ke?
"Saya nak maklumkan yang Encik Maxwell telah terlibat dalam kemalangan dan sekarang dia dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans"
Terus tersentak Eiman mendengar. "Ya Allah!"
Haq yang mendengar turut tidak sedap hati.
"Kenapa Eiman?"
"Max accident dy. Kita ke hospital sekarang!"
"Ya Allah... " Haq turut terkejut sebelum dia menghubungi Carlo untuk memaklumkan tentang berita itu. Puspa, Eishal dan Wardah juga turut sama terkejut dan hanya mampu terdiam. Tidak tahu hendak menunjukkan reaksi apa. Kenapa macam-macam saja perkara yang berlaku hari ini?
Eiman terus menekan pedal minyak dan melajukan pemanduan nya menghala ke hospital. Dia benar-benar risau sekarang ini memikirkan keadaan Max. Memasuki perkarangan hospital, Eiman terus saja menghala ke tempat parkir.
Dia terus keluar dari perut kereta sebelum berlari selaju mungkin menghala ke arah wad kecemasan. Kaunter pendaftaran di hampiri.
"Err nurse, ada tak mangsa kemalangan yang bernama Maxwell anak Anthony di hantar ke sini tadi?"
"Sekejap ya encik" Jururawat itu terus saja memeriksa sistem berkenaan pesakit di dalam komputer di hadapan nya.
"Oh ada encik. Encik Maxwell sekarang dalam wad rawatan kecemasan"
"Thank you nurse" Eiman terus saja berlari menghala ke arah wad kecemasan di hujung sana. Dia kemudian berhenti dan berdiri di hadapan pintu sambil cuba untuk mengintai ke dalam.
"Macam mana Max, Eiman?" Soal Haq yang sudah sampai di situ.
"Tak tahu lagi daddy. Dia masih di rawat kat dalam. Eiman risau!" Eiman mengeluh kecil.
"Tak apa. Kita duduk dulu. Banyakkan berdoa semoga Max selamat dan tak ada apa-apa yang serius berlaku" Haq cuba menenangkan anak nya yang nampak sedikit gelisah itu.
Carlo terus menghampiri Haq. Entah kenapa dia pun merasa tidak sedap hati sekarang ini.
"Haq, kau tak rasa apa-apa ke?" Soal nya berbisik perlahan. Tidak mahu di dengari oleh sesiapa.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romansa🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...