"I'll send you back Rhea" Ashraf yang melihat Rhea masih berdiri di lobi hotel menawarkan diri untuk menghantar gadis itu pulang.
"Eh takpe Ashraf. I nak call papa I je untuk datang ambil kejap lagi" Rhea menolak penuh hormat. Malas hendak menyusahkan majikan nya itu. Sudah tentu saja mereka sama-sama letih sekarang ini.
"It's late already pretty. Come I hantar you balik" Ashraf tetap berkeras. Sekarang sudah pukul 9 malam. Memang padat sedikit schedule dia hari ini dan Rhea pula baru hari pertama bekerja dengan dia dah terpaksa balik lewat macam ni.
"Err..."
"No objection. Come" Ashraf terus saja membuka pintu kereta nya menyuruh Rhea masuk.
Rhea melepaskan keluhan kecil sebelum perlahan dia masuk juga ke dalam perut kereta Ashraf.
Ashraf mula memandu kereta nya meninggalkan kawasan hotel dan terus keluar menyusuri jalan raya yang masih sibuk dengan kereta ketika ini.
"Penat?" Soal Ashraf sambil tangan nya melaras suhu penghawa dingin.
"Ya, penat jugak. Baru first day kan I kerja dengan you" Ujar Rhea sambil bersandar tenang. Pandangan hanya di hala ke hadapan.
Ashraf angguk.
"Ya, begini lah kehidupan I Rhea. Ada masa memang sibuk, ada masa boleh rileks. Esok I free. So you tak perlu datang kerja esok and bole rest aje di rumah. But If I need you anytime, you must prepare yourself"
"Okay.. thanks... untuk sesi tadi tu I akan cuba edit secepat mungkin"
"It's okay. Take your time pretty"
Rhea mengangguk. Sekarang baru dia terasa benar-benar letih. Berkali-kali juga papa dia call tadi bertanyakan bila dia akan balik. Nasib baik la papa tu jenis yang cool aje biarpun adakalanya perangai papa dia tu gila-gila dan menyakitkan hati.
Hampir 15 minit memandu, kereta mewah Ashraf sudah berhenti di hadapan rumah Rhea. Ashraf melihat sekilas ke arah rumah Rhea yang nampak mewah itu. Rumah banglo 2 tingkat.
"So, this is your house?"
"Ya, errr you tak nak masuk dulu?" Rhea membuka tali pinggang keledar sebelum tangan nya mula membuka pintu kereta.
"Tak kut. Dah lewat ni. Maybe next time"
"Okay kalau macam tu. Thank you ya"
"No problem Rhea. Take a rest, good night pretty. Sweet dreams... see you"
"Ya you too. Drive carefully"
"I will my Rhea" Ashraf angguk dan ukir senyum.
Dia kemudian menghantar pandangan sehingga lah Rhea sudah menghilang masuk ke dalam rumah. Senyuman simpul di ukir sebelum dia menggerakkan keretanya pergi dari situ.
Rhea memberi salam sebelum dia menolak daun pintu. Dia sedikit terkejut bila melihat daddy Haq dan abang Eiman dia ada di situ tengah berborak-borak dengan papa dia. Rhea kerut dahi. Dia melihat jam di dinding. Jarang-jarang nak tengok daddy datang ke sini kalau dah malam-malam macam ni.
"Rhea, baru balik?" Soal Carlo yang melihat wajah letih anak nya yang menapak perlahan menghala ke arah nya.
Rhea mengangguk lemah. Dia labuhkan duduk di sebelah papa nya. Sekarang dia benar-benar merasa letih dan mahu tidur saja. Mata dia sekarang ni bagaikan sudah terkena gam dengan gam gajah saja rasa nya.
"Nampak letih je Rhea ni. Banyak sangat kerja ke hari ni jadi personal reporter model tu?" Soal Haq bila jelas sangat dia melihat riak letih yang terpeta pada wajah Rhea sekarang ini.
YOU ARE READING
My Sweetheart (Complete)
Romance🌹spin off Cinta Lelaki Teragung🌹 Do you believe in fate and destiny? And I believe that you are my destiny.. Eiman Firas x Rhea Sophea Louis She fell first, he fell harder Sejak kecil, Rhea sudah mula sukakan Eiman. Dan bila meningkat dewasa, pera...