MS 8

2.5K 135 9
                                    

Wardah terus meletakkan pinggan kotor ke dalam sinki dan di cuci bersih. Seketika matanya melilau melihat sekeliling rumah agam yang memang sangat mewah ini. Sejak pertama kali dia menjejakkan kaki ke sini dulu, dia benar-benar merasa teruja melihat dalam rumah agam ini. Bukan calang-calang orang yang mampu ada rumah semewah dan se gah ini. Dia ukir senyum simpul. Entah kenapa terasa senang hati pula sekarang ini bila melihat layanan Eiman pada nya tadi. Berbunga-bunga rasa hati nya. Andaikata dia di takdirkan menjadi isteri Eiman suatu hari, jadi itu bermaksud dia ada peluang lah untuk merasa tinggal di rumah mewah macam istana ni kan? Jauh sudah dia berangan.

"Eiman aku punya" 

Satu suara menegur nya dari belakang. Dan dia tahu siapa gerangan empunya suara itu. Tidak pula dia mahu menoleh untuk melihat. Dia sekadar lirik senyum sinis.

Rhea peluk tubuh. Memandang tajam belakang tubuh Wardah yang langsung tidak kalih sedikit pun di hadapan sinki itu. Memang perangai perempuan alim macam ni ke? Namun dia tidak pula mahu buruk sangka begitu kerana tak semua perempuan yang baik dan alim berperangai macam Wardah ni. Dia yakin perempuan alim di luar sana adalah sebaik-baik perempuan yang telah Allah ciptakan di dunia ini. 

"Awak cakap apa ni Rhea? Saya tak faham" Wardah berbicara selembut mungkin. Dia tidak mahu cari gaduh pula kat sini dengan perempuan rambut karat ni.

"Jangan nak pura-pura tak faham pulak" Balas Rhea keras.

Kedengaran Wardah tergelak kecil sebelum dia pusingkan tubuh menghadap Rhea di situ. Dia melihat sekilas ke arah wajah Rhea yang tebal dengan solekan itu. Dia tertawa sinis. Nak nampak cantik dengan solekan, dapat apa? Hati nya berkata-kata.

"Ye saya memang tak faham apa yang Rhea maksudkan ni..." Balas Wardah lagi. 

"Kau jangan nak kacau abang Eiman. Ramai lagi lelaki kat luar sana yang boleh kau pilih. Kau perempuan baik, tentu saja ada lelaki yang sesuai dan layak dengan kau. Mungkin ustaz atau alim ulama" Rhea memandang Wardah dengan perasaan sebu.

"Jodoh dan pertemuan adalah perancangan Allah. Saya tak ada daya hendak mengaturnya Rhea. Kalau dah memang jodoh saya dengan Eiman, saya nak kata apa?"

Rhea sungging hujung bibir. Elok sungguh la bicara perempuan ni. Tapi tadi masa bermesra-mesra bercakap dengan abang Eiman, langsung tak nampak terus perangai alim nya ni. Ni tiba-tiba berubah jadi alim balik. Ada apa dengan perempuan ni sebenarnya?

"Kalau kau betul perempuan alim, tak mungkin kau boleh bermesra-mesra dengan abang Eiman tadi. Bukan sepatutnya kau jaga batas dan pergaulan ke?" Soal Rhea geram.

Wardah geleng kepala perlahan. Ini rupa nya yang menjadi ketidakpuasan hati perempuan ni.

"Oh itu.. itu sebab kita berada di khalayak ramai. Jadi tidak salah kalau saya nak tunjukkan kemesraan bila berbual dengan keluarga rumah ni. Sama macam saya berbual dengan Rhea juga"

"Aku cakap pasal kemesraan kau dengan abang Eiman. Aku tak cakap pasal ahli keluarga yang lain!" Wajah Rhea sudah berubah tegang. 

Rhea menapak mendekati Wardah. Dia memandang tajam ke arah Wardah yang sedang memandang tajam juga ke arah nya. 

"Aku bagi amaran dengan kau, jangan kacau abang Eiman lagi"

"Awak kenapa nak halang saya rapat dengan Eiman ni Rhea?" Soal Wardah tidak puas hati.

"Aku dah cakap tadi kan yang abang Eiman tu aku punya" Rhea menolak sedikit bahu Wardah. 

"Eh kenapa main tolak-tolak ni Rhea. Saya tak nak cari gaduh kat sini Rhea" Wardah menunjukkan riak cemas walaupun Rhea hanya menolak nya dengan lembut saja tadi.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now