MS 40

3.9K 169 24
                                    

Haq, Carlo, Puspa, Najwa dan Eishal, masing-masing terlopong sebaik saja menyaksikan rakaman secara langsung di media sosial yang telah tersebar luas ketika ini. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Tiada seorang pun yang bersuara. Semua diam tidak berkutik akibat terkejut.

"Patut la tiba-tiba je Eiman nak suruh lamar Rhea cepat-cepat, sebab ni rupanya..." Haq bersuara. Dia geleng kepala perlahan. Memang betul-betul daring la budak-budak zaman sekarang ni.

Agak terkejut juga dia tadi bila melihat Ashraf berani mati melamar Rhea di atas pentas runway di khalayak ramai begitu. Patut la Eiman jadi tak keruan. 

"Tapi aku geram betul ni kau tak! Berani dia cuba nak cium anak dara aku kat situ! Kalau dapat dengan aku, memang aku cepuk si Ashraf ni!" Carlo meluah rasa geram. Berani betul nak buat anak kesayangan dia macam tu.

Semua terlihat dengan jelas di situ. Nasib baik Eiman cepat sampai. Kalau tidak, 1 Malaysia agak nya melihat Rhea kena cium free dekat situ. 

"Assalamualaikum" Suara memberi salam mengalih pandangan mereka semua ke muka pintu.

"Waalaikumussalam. Haa dah balik pun bakal pengantin ni" Najwa bersuara.

Eiman terus saja singgah di rumah Rhea bila dia melihat kereta daddy nya masih berada di luar tadi. Rhea terus menghampiri mama nya dan duduk di situ. Rasa penat pulak tubuh nya sekarang ini. 

"Rhea okay tak ni?" Soal Carlo melihat ke arah anak nya yang nampak kurang ceria saja.

"Okay je papa" Rhea bersandar malas  sambil mengeluh kecil.

"Hmm alang-alang Rhea dengan Eiman dah sampai ni, baik lah kita bincang terus tarikh majlis ni. Senang nanti kita sediakan terus hantaran tu, terus bertunang sementara nak tunggu urusan pendaftaran nikah tu selesai" Haq bersuara. Sedikit sebanyak hati nya mula bimbang selepas melihat berita yang tersebar itu tadi. Bimbang melihat kelakuan Ashraf yang sangat pelik itu.

Seolah-olah Haq dapat rasakan yang Ashraf takkan berhenti di situ saja. Dia bimbangkan keselamatan Eiman dan Rhea.

"Eiman nak nikah dengan Rhea 2 minggu dari sekarang"

"Hah!!???" Serentak itu semua mereka menjerit akibat terkejut. Memang boleh mati sebab terkejut agak nya mereka ni nanti. 

"Eh, terburu-buru sangat ni Eiman. Kelam kabut kita nanti nak buat persiapan. Sekurang-kurang nya buat persediaan dalam masa sebulan ke" Berapa banyak kejutan yang Haq nak kena dengar hari ini.

"Eiman tak nak tangguh lama-lama daddy. Lagi pun Eiman dah ready nak pikul tanggungjawab ni. Eiman nak jaga Rhea" Eiman mengerling sekilas ke arah Rhea yang sekadar memandang nya tanpa perasaan di situ. 

"Rhea pula macam mana? Setuju ke?" Soal Haq bila dia melihat Rhea hanya diam di situ.

"Ha.. err.. err... Rhea ikut aje lah daddy" Malas hendak fikir panjang. Nak bantah pun memang tak boleh dah. Tak nak menyusahkan hati orang tua. 

"Hmm... dah kalau macam tu kata Eiman dan Rhea, kami ni ikut aje lah. Lepas ni kita urus apa yang wajib dulu" 

Semua angguk dan setuju dengan kata-kata Haq. Yalah benda baik elok lah di percepatkan. 

******

Tepat jam 8 malam, Eiman tiba di hadapan pusat tinju di mana dia akan menyahut cabaran Ashraf untuk beradu kekuatan malam ini. Ini pun dia pergi senyap-senyap langsung tidak memberitahu sesiapa. Tidak mahu hati ibu dan daddy nya risau nanti. Dia hela nafas seketika. Pejam mata untuk sesaat dua. Menyahut cabaran ini, bermaksud dia kena bersedia untuk balik dalam keadaan muka lebam-lebam nanti. Tapi demi Rhea, dia sanggup lakukan apa saja sekarang.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now