MS 62

3.1K 159 10
                                    

Haq dan yang lain-lain memberhentikan kereta mereka di tepi jalan. Kawasan yang hanya di kelilingi hutan tebal, hanya bunyi unggas yang kedengaran menyapa halwa telinga. Haq melingas melihat ke sekeliling. Mereka perlu cepat bertindak untuk sampai ke tempat persembunyian Wardah dan konco-konco nya.

"Kita nak masuk dari arah mana ni Haq?" Carlo turut melingas melihat ke sekeliling kawasan. Hutan tebal begini perlu peka dengan laluan. Bimbang tersesat pula nanti.

Haq sekadar melihat di kiri dan kanan nya. Seperti yang Saiful maklumkan tadi, banyak perangkap yang mereka pasangkan dekat sini
Jadi mereka perlu berhati-hati sekarang untuk mengelakkan mereka tercedera.

"Kita ikut laluan tu" Tunjuk Haq ke arah satu laluan kecil di hadapannya. Kelihatan laluan itu seperti laluan yang biasa di lalui oleh orang.

Carlo angguk perlahan. Eiman dan Max juga sama. Mereka berempat terus mengatur langkah penuh hati-hati untuk memasuki kawasan hutan.

Berkali-kali juga Max melingas ke kiri dan ke kanan. Dia telan liur yang terasa kesat di kerongkong. Mesti banyak hantu kat sini. Dia mempercepatkan langkah mengejar Eiman di hadapan. Takut la kalau tertinggal jauh di belakang.

Haq kemudian memberi isyarat berhenti. Dia seakan merasakan ada sesuatu dekat sekitar sini. Dia tunduk mengutip batu yang sedikit besar sebelum melontar nya jauh ke depan. Dan sekelip mata saja terus keluar buluh-buluh runcing dari dalam rimbunan rumput di situ.

"O M G!! What the hell!!" Terbeliak mata Max melihat. Dah serupa macam dalam filem Rambo la. Tu kalau tertusuk dekat perut, mau nya terburai usus-usus agak nya. Eeiii seram la nak bayangkan.

Haq memberi isyarat supaya mereka meneruskan perjalanan. Cuaca pun sudah mulai gelap sekarang. Tidak mahu melengahkan masa, mereka percepatkan langkah. Seketika tadi sempat Haq menghantar pesanan kepada Saiful supaya menghantar anak-anak buah nya ke sini untuk bersedia jika ada sebarang kemungkinan yang berlaku kelak.

*****

"Ashraf?" Soal Rhea terkejut melihat keberadaan Ashraf di sini.

Ashraf duduk melutut di hadapan Rhea. Pandangan mata nya menjamah seluruh wajah gadis kesayangan nya yang banyak kesan-kesan luka, namun sedikit pun tidak mencacatkan kejelitaan raut wajah nya.

"A...Ashraf.. apa semua ini?" Soal Rhea dalam nada getar. Apa lagi kejutan yang perlu dia lihat selepas ini. Kenapa Ashraf pun berada di sini?

"I'm sorry pretty.. I didn't mean to hurt you.. I'm really sorry..." Ashraf menunduk. Dia benar-benar tidak tega melihat gadis kesayangan nya di sakiti begini. Dada nya mula berombak kencang. Bingkas dia berdiri sebelum pusing tubuh nya ke belakang.

"Siapa yang buat gadis kesayangan aku sampai luka-luka macam ni? Siapaaa!!!" Ashraf menjerkah kuat. Penumbuk di kepal rapat. 

Semua yang berada di situ diam tidak bersuara. 

"Siapa yang buattttt!!!" Sekali lagi Ashraf menjerkah.

"Heiiii!!! Kau ni apahal hah!" Soal Wardah geram.

Ashraf tidak menjawab sebalik nya dia terus saja mara menghampiri beberapa orang konco-konco ayah nya yang berdiri di situ. Satu persatu wajah di situ di perhatikan tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tanpa amaran, dia melayangkan penumbuk ke lelaki yang pertama secara mengejut.

"Kau kan salah sorang dari nya!?" Soal Ashraf tegang. 

Wardah yang melihat kelakuan Ashraf segera menghampiri sebelum dia menumbuk perut Ashraf di situ menyebabkan Ashraf terus membongkok menahan rasa senak pada perut nya.

"Kau jangan nak huru harakan keadaan lah bodoh!! Jangan sebab rasa cinta bodoh kau tu, kau lupa diri Andrean!! Ingat apa tujuan utama kita!" Jerkah Wardah kuat.

My Sweetheart (Complete)Where stories live. Discover now